Tuesday, 19 June 2018

AL-KISAH DI PULAU CAREY

18.02.18

Assalamualaikum semua.

Entry kali ini saya nak cerita sikit tentang day trip saya + sorang rakan ke Pulau Carey, Klang. Sebenarnya, rumah kawan saya dekat je dengan Pulau Carey, tapi macam biasalah, tempat yang paling dekatlah yang kita tak akan explore kan ?  Haha..

Al-kisahnya, kebosanan duduk di rumah, kebetulan kawan ajak keluar, jadi saya pun cadanglah untuk ke Pulau Carey sebab memang ada dalam bucket list lama da, memang nak cepat2 cross kat bucket list..haha

Hari yang ditunggu telahpun tiba, saya dari Putrajaya naik ke Klang, park dekat rumah kawan. Lepas tu naik kereta dia pula, nak jimat minyak :P Dari rumah dia ke Pulau Carey adalah dalam 20 minit je..aihh memang dekat sangatlah.

Pulau Carey ni tak rasa macam pulau sangatlah sebab pemisahnya hanyalah Sungai Langat, jambatan pun dalam beberapa ratus meter sahaja. Apa ada dekat sini? Urmm..macam tak ada apa pun..lols..tapi kami nak pergi ke Pusat Kebudayaan Dan Kraftangan Orang Asli Pulau Carey.

Masa datang sini hanya ada kami dan sekumpulan remaja (datang untuk buat assignment berkenaan orang asli Pulau Carey). Memang sunyi sepi tapi yang bestnya bila tak ada orang, boleh selfie sesuka hati. 

Pusat Kebudayaan Dan Kraftangan Orang Asli Pulau Carey
Tiket masuk (Warganegara) - RM20

Pintu masuk

Dapat free crown daun tu..hehe

Tak sure ni apa, tapi xsilap mereka akan menari mengelilingi benda ni

Kraftangan hasil penduduk asli pulau carey

Tak ada orang jaga, so tanpa segan silu kami bergambar kat dalam muzium ni..huhu

Ya nenek

OOTD


Kat situ tulis kena bayar RM5 kalau nak try, tapi xde orang jaga pun. Try la sesuka hati

Acah2 je ni



Try baju orang asli (sebenarnya dah salah pakai tu)

Persembahan tarian dari orang asli pulau carey



Kami kat sini sampai tengahari sahaja. Kemudian kami gerak cari kedai makan. Selesai makan, kami gerak ke destinasi seterusnya iaitu Bukit Jugra. Tak tak tak, kami tak nak hiking dan bukan juga nak berparagliding. Tak mampu dua2 tu. Haha. Kami datang sini untuk pemandangan sahaja. Harini aktiviti hanyalah bergambar. LOL.

Dari Pulau Carey ke Bukit Jugra makan masa 40 - 45 minit sahaja. Kat sini memang popular untuk aktiviti paragliding. Jika anda mampu untuk melabur RM100 - 200 bolehlah datang sini ya. 

Bukit Jugra
Tiket Masuk - Tiada

Selain paragliding, kat sini juga popular dengan monyet..haha


Yass the scenery tho...
  
Mercu tanda

Tips: Salah satu teknik untuk nampak kurus, berdiri belakang pokok

Wow, macam best je duduk atas tu

Selain berparagliding dan hiking, kat sini juga anda boleh melawat muzium dan juga istana bandar yang terletak disekitar bukit ni. Kami hanya singgah ke Muzium In-situ Jugra yang terletak di kaki bukit Jugra. Tiada bayaran masuk dikenakan. Masa kami datang hanya ada dua orang pemuda yang sedang melawat muzium tersebut. Di muzium ini banyak memaparkan sejarah Sultan Selangor, bangunan2 bersejarah disekitar Jugra dan juga sejarah muzium insitu tersebut.

Muzium In-Situ Jugra
Tiket Masuk - Percuma

Pintu masuk
Armoored truck digunakan pada Zaman Perang Dunia Ke-2

Bye2, kami nak ke destinasi seterusnya

Next, kami cadang untuk ke Kuan Wellness Eco Park di Tanjung Sepat. Masa tengah google tempat menarik kat Selangor, terjumpa pula website ni, tengok gambar macam cantik je. Dari Jugra ke sini makan masa dalam 30 - 35 minit. Tiada bayarn dikenakan untuk masuk ke sini, cuma jika anda nak masuk ke mini zoo perlu bayar RM5. 

Kuan Wellness Eco Park
Tiket Masuk - Percuma
Mini Zoo - RM5

Small love

The cafe
Meleayan kerenah burung
Happy Merak





Kawaii


Wefie

Dengan ini berakhirlah day trip kami di Selangor. Seronok juga sekali sekala keluar jalan kat tempat2 berdekatan yang tak pernah kami tahu pun wujud. 
Jimat + Seronok + Kenagan Indah

Jika campur kos minyak, makan dan tiket masuk tak sampai RM50 pun.
Jika kami decide untuk lepak di mall, memang confirm lebih RM50 melayang. Tiket wayang weekend RM18 + Makan RM20 + Dessert RM15, belum tambah lagi kalau tershopping kat sana, kos minyak, tol dll.

Kesimpulannya, buat aktiviti outdoor lebih jimat dan input memori lebih banyak berbanding lepak di mall. Hihi. Ok bye, jumpa lagi di next entry.


Monday, 18 June 2018

OMURICE HEAVEN ? -OMULAB-

13.05.18

Halo!

Siapa peminat Jepun mesti tahu apa tu Omurice kan? 
Omurice ni macam nasi goreng Pattaya lah cuma bezanya Omurice ni telurnya duduk atas nasi nya, tak dibalut macam nasi goreng pattaya. (tapi kadang2 ada juga yang balut sekali ngan nasi)

Kat Jepun menu ni agak popular terutamanya pada golongan kanak-kanak. Ada macam2 jenis Omurice juga depends pada restoren. Tapi Omurice yang original mestilah telurnya kena gebusss lepastu ada sos (sos daging or sos resipi restoren). Ummpp fikir je dah buat terliur,,hehe

Sekarang anda tak perlu nak ke Jepun dah nak rasa Omurice ni, kat Selangor dah ada kedai yang jual Omurice kat Seksyen 17, PJ. 

Sempena birhday saya, my bff nak belanja kat sini <3
Kami datang dalam jam 11.00 pagi, sengaja datang awal sebab takut penuh nanti.

Kami order 2 jenis omurice, 1 manisan dan 1 teapot. Ok time to review!

Master Demiglace (MD)
Bagi saya ini original Omurice sebab simple je, ada telur gebus atas nasi goreng daging bersama sos demiglace.
Rasanya memang sedap, telurnya bahagian luar masak tapi bila potong, fuhh meleleh bahagian dalamnya separa masak. Memang terbaik! Rasa sedap, simple dan sos demiglace pon cun. Bagi mereka yang tak biasa makan makanan Jepun mungkin akan rasa pelik sikit mula2 sebab nasi gorengnya style Jepun.
Rate : 4****
Harga : RM22.90

Sebelum
Selepas
(p/s : Check IG saya untuk video detik2 sewaktu memotong Omurice ni. Sangat satisfy!)


Double Omurice (DO)
Yang ini unik sikit sebab dihidang bersama sos 'blue cheese'. Dalam menu tulis nasi goreng Wafu, saya tak sure la pula wafu tu apa, tapi sedap kot. Rasa memang berbeza dengan MD omurice. Sosnya lebih lemak berkrim, telurnya pula cara masa tak sama dengan MD. DO telurnya dimasak lebih nipis daripada MD dan cara potongnya juga berbeza. MD perlu potong secara 'Horizontal' manakala DO perlu potong secara 'Vertical', barulah dapat effect umpph gitu.
Rate : 4****
Harga : RM22.90

Sebelum
Selepas

Warabi Mochi
Mochi ni macam jelly yang liat2, tekstur macam kuih koci tu takpun macam tekstur teobokki.
Mochi ni dimakan bersama kinako (serbuk kacang soya) dan caramelized brown sugar. Manisan ni popular di Jepun pada musim panas sebab mochi ni rasanya fresh dan sejuk bila makan.
Rasanya biasa2 sahaja, not bad.
Rate : 3.5***
Harga : RM7.00



Body Boost Teapot
Teh bunga roselle bersama hirisan lemon. Sedap sangat teh ni. Rasa bunga roselle yang segar ditambah dengan rasa masam lemon. Ummphhh. Klau Omulab ada jual uncang teh ni memang nak beli sangat2 lah..hehe.
Rate : 5*****
Harga : RM10.00

Warna cantik, rasa sedap. Terbaik.

Address:
Omulab 
7, Jalan 17/45, Seksyen 17, 46400 Petaling Jaya, Selangor.
Waktu : Buka setiap hari kecuali Isnin, dari jam 10.30 am hingga 9.30 pm

Sekian sahaja untuk entry kali ini. Nanti rajin saya update restoren lain pula okeh!

TIPS : Jangan selfie lama sangat dengan Omurice tu, dapat je Omurice, tangkap gambar cepat2 lepas tu cepat2 potong sebab nanti kalau dah sejuk telur tu mengeras, so jangan salahkan chef kalau masa potong Omurice telurnya tak lembik kat dalam ya. Salah sendiri. Huhu.

L.O.V.E