Thursday, 12 October 2017

Siapa Saya ?!


Hai kepada pembaca-pembaca yang sudi singgah di blog ini.
Terima kasih.
Ingin saya menceritakan serba sedikit berkenaan diri saya.






Nama saya Liyana atau juga dikenali sebagai Leya.
Salam perkenalan.

Saya lahir pada tanggal 11 Mei 1989 dan sekarang berumur 28 tahun.
Bekerja sebagai akaun eksekutif dan masih menyambung pelajaran dalam bidang akaun sebagai pelajar sambilan sahaja.
Keluarga saya terdiri daripada bapa, ibu, kakak dan adik lelaki.
Saya dilahirkan di Kota Kinabalu, Sabah dan menetap disana sehingga berumur 4 tahun. Kemudian kami sekeluarga berpindah ke Kuala Lumpur. Semasa berada di tingkatan 4 kami berpindah ke Kajang pula, iaitu tempat tinggal saya sekarang.

Minat dan Hobi ?
Hobi saya bukanlah membaca novel, buku/majalah, bukan juga mengumpul setem, dsb. Sejak beberapa tahun lepas saya berminat menangkap gambar dan juga mengumpul koleksi-koleksi gambar pemandangan yang ditangkap setiap kali percutian.
Bagaimana timbul minat ini?
Pada hujung tahun 2015, saya membuat keputusan untuk membeli kamera mirrorless jenama Fujifilm. Memang sudah lama saya ingin membeli kamera, akhirnya pada tahun dapat juga saya membelinya. Agak mahal, tapi berbaloi. Pada mulanya saya membeli kamera untuk menangkap gambar swafoto sahaja kerana saya dan rakan-rakan memang suka berswafoto setiap kali berjumpa. Maklumlah kamera hadapan di telefon pintar saya kurang lawa, jadi agak tidak puas hati dengan hasilnya. 
Sejak mempunyai kamera, saya jadi rajin keluar berjalan-jalan. Hampir setiap hari minggu saya akan keluar samada ke taman, pusat beli-belah dan juga ke bukit untuk 'hiking'. 
Setiap kali keluar saya pasti akan membawa kamera untuk mengabdikan setiap detik sebagai kenangan.
Disebabkan minat mula menebal saya membuat keputusan untuk memasuki kelas asas fotografi yang dianjurkan oleh Saiful Nang Akademi (SNAP). Sahaja masuk untuk mempelajari kegunaan butang-butang yang wujud dikamera saya. Selama ini saya hanya menggunakan fungsi auto sahaja.Haha.
Berguna juga memasuki kelas tersebut, dapat juga saya mengenali lebih rapat dengan kamera saya. Walaupun masih tidak mahir, tetapi bolehlah dari pada kosong kan?!

Panjang lebar pula saya bercerita mengenai kamera kan, haha. 

Tujuan saya membuka blog ini adalah untuk berkongsi kisah-kisah pengembaraan saya bersama Kamera Kesayangan sejak dari tahun 2016 hingga sekarang dan selamanya. LOL. 


Diari, gambar dan juga bajet pasti akan menjadi coretan utama saya selepas ini.


No comments:

Post a Comment