Wednesday, 1 November 2017

DIARI JEPUNKU 1 - TOEI KYOTO STUDIO PARK


DATE : 16 SEPTEMBER 2017

1.0 Destinasi
Toei Kyoto Studio Park

1.1 Perjalanan
KLIA2 > Kansai Airport > Kyoto Station > Toei Kyoto Studio Park > Kyoto Station > Osaka loopline > Apartment (Airbnb)


1.2 Pengenalan
Tepat jam 1.55 pagi, 16 September 2017, bermulalah pengembaraan kami ke Jepun selama 10 hari 9 malam. Perancangan kami untuk ke Jepun memakan masa selama satu tahun. Bermula dari bulan September 2016 sehingga bulan September 2017. Setiap kali ada "Travel Fair" kami akan mengunjunginya untuk mendapatkan maklumat berkaitan tempat-tempat menarik di Jepun, selain daripada itu kami juga menggunakan khidmat "Encik Google". Terima kasih "Encik Google", jasamu akan kukenang. Beberapa kali "itinery" kami telah dirombak, biasalah tamak semua tempat nak pergi.


1.3 Taman bertemakan zaman Edo
Temanya cukup unik untuk menarik perhatian kami supaya berkunjung ke sini. Selesai sahaja membeli tiket masuk, kami menjejakkan kaki ke dalam taman dan kami dapat merasakan diri ini seperti berada di zaman Edo. Ya, zaman dimana terdapatnya samurai-samurai dan ninja seperti di dalam drama Jepun (ataupun Naruto?). Kawasan taman amat bersih, cantik dan unik. Walaupun tiket masuk sedikit mahal (2,200 yen) tetapi amat berbaloi dengan pengalaman yang kami rasai.






1.4 Abam Samurai
Tujuan utama kami ke sini adalah ingin berjumpa dengan Samurai dan Ninja. Malangnya kami tidak jumpa samurai yang lengkap berpakaian seragam besi. Walaubagaimanapun, kami telah bertemu dengan seorang abam Samurai yang baik, mesra lagi kacak. Kami sempat berbual-bual dan berswafoto dengan beliau.
Hasrat kami ingin melihat persembahan ninja terpaksa dibatalkan disebabkan kelewatan kami. Namun masih terdapat satu lagi persembahan dari salah seorang artis mereka. Alang-alang sudah disana, kami pun menonton persembahan tersebut. Persembahan yang unik, kanak-kanak yang hadir amat terhibur dengan gelagat pakcik tersebut.




1.5 Abam Ninja
Selesai di bahagian samurai, kami meneruskan pengembaraan ke kawasan ninja. Cuaca yang sedih (hujan) pada hari tersebut menyukarkan sedikit pengembaraan kami. Walaubaggaimanapun ia tidak membantutkan semangat kami untuk meneruskan misi. Kami sempat bertemu dengan seorang abam ninja dan semestinya tidak melepaskan peluang untuk berswafoto bersama. Kini misi kami telah terlaksana. #misiberjaya




1.6 Rumah Hantu Jepun
Dari jauh kami ternampak satu rumah yang kelihatan sedikit suram. Kami melihat peta dan mengenal pasti rumah itu adalah "Haunted House". Memandangkan masih ada sedikit masa, kami membuat keputusan untuk merasai pengalaman di rumah hantu Jepun. Kami dikenakan bayaran sebanyak 500 yen seorang. Penjaga kaunter rumah hantu ini berjaya "psycho" kami berdua sebelum masuk ke dalam dengan mengatakan "this house is very haunted, the level of scary is high" hingga membuatkan rakanku dalam dilemma. 
Aku berusaha memujuk rakanku untuk masuk kerana aku tidak berani untuk masuk seorang. Sebaik sahaja masuk ke dalam kami disajikan dengan video seorang wanita cantik yang lengkap berkimono dan bersanggul. Melihat video tersebut sudah cukup membuatkan aku kecut perut hinggakan kami membuat keputusan untuk keluar dari situ. Kami mengetuk pintu dan memberitahu bahawa kami ingin keluar. Malangnya kami hanya menerima balasan ini dari mereka "There's no turning back, you have to go thru to get out". OMG!!! Lama kami berdiri dihadapan pintu sambal mengumpul kekuatan diri untuk mengharungi rumah hantu tersebut. Akhirnya kami berjaya keluar dari sana. Haha. Guess what? Dua minit sahaja kami didalam. LOL.



1.7 Kamen Rider
Selesai sahaja sesi bertakut-takutan, kami masuk semula ke dalam bangunan "entrance" dan sambung jalan di dalam. Di sini terdapat pelbagai figura-figura anime popular seperti One Piece, Sailormoon, Naruto dan Slamdunk. Tiba-tiba kami baru tersedar aras dua juga terdapat pameran, tanpa berlengah kami pun menuju ke atas. WOW. Untuk peminat kamen rider, di sini adalah tempat anda. Disini terdapat muzium kamen rider dimana kami tidak sempat kunjungi kerana telahpun tutup. Harapan untuk bergambar bersama Kamen Rider Decade musnah. #redhaje





~Tamat Episod Pertama~

Bonus - Sesat mencari rumah sewa

Di dalam kesejukan angin malam yang kuat dan hujan renyai-renyai, kami berdua tersadai di tengah kegelapan malam ditemani cahaya lampu jalan yang malap. Di Jepun jam 6 petang sudah gelap seperti jam 8 malam waktu Malaysia. Keadaan kawasan perumahan di sana amatlah sunyi, bunyi tarikan bag ku telah memecah kesunyian malam. Gerekk gerekkk gerekkk...bunyi bag ku. 
Berpusing-pusing kami mencari rumah yang telah ditempah, namun hampa. Kami bertanya kepada makcik-makcik yang baru sahaja keluar dari 7-eleven dengan harapan mereka boleh memberi petunjuk. Bagai ayam dan itik perbualan kami, nasib ku baik kerana aku memahami sedikit bait-bait ayat yang diperkatakan oleh makcik tersebut. Walaubagaimanapun, kami masih gagal menjumpainya. Jam sudah menunjukkan jam 11 malam. Angin malam makin kuat hingga basikal-basikal yang di susun di hadapan rumah jatuh terbalik di tolak angina. Rakanku membuat keputusan untuk cuba mencari di lorong yang berlainan. Alhamdullillah kami berjaya menjumpainya. 

LAGI GAMBAR DI TOEI KYOTO STUDIO PARK




LEBIH MAKLUMAT LANJUT BERKENAAN TOEI KYOTO STUDIO PARK
Official Website


Episod 2 - Osaka>

TIPS : 
Dari Osaka ke Toei Kyoto Studio Park menggunakan JR Pass
Dari stesen Osaka ambil tren Tokaido-Sanyo line turun di stesen Kyoto, kemudian ambil tren San-in line turun di stesen Hanazonoo. Dari stesen ini anda hanya perlu berjalan kaki dalam 10 minit sahaja (1 km) untuk Toei Park.



Keep Calm And Wait My Next Entry


-Liyana Abdah- 


Follow me on Instagram Personal   I   Instagram Photography

No comments:

Post a Comment