Saturday, 25 November 2017

KAFE BERTEMAKAN BURUNG HANTU YANG KAWAII !


Hi, kali ini saya nak bercerita tentang satu kafe yang terletak di Bukit Jalil. Kafe ini bertemakan OWL. Siapa OWLs lover angkat tangan sikit !

Saya bukanlah peminat tegar owl, tetapi ada banyak jugalah beg saya bergambar owl. Owl ni bila da dijadikan kartun (anime) comel je tengok, kalau tengok owl yang sebenar scary juga lagi-lagi tengok masa tengah malam (Pengalaman saya tersempak burung hantu tengah malam). Huhu.

Saya dan seorang rakan baru sahaja selesai hiking di bukit Gasing, PJ, disebabkan waktu yang masih awal kami rancang untuk berjalan-jalan dahulu sebelum pulang. Tanpa perancangan dan blur untuk ke mana, saya teringat satu kafe yang selalu muncul di IG saya. Saya pun terus mencadangkan untuk ke kafe tersebut kerana temanya yang menarik. Selum ke kafe kami sempat tukar baju dulu di AEON. Haha.

Berpandukan waze sebagai penunjuk arah, kami bergerak ke Bukit Jalil, dalam jam 12.00 tengahari kami tiba di sana. Kafe nya kecil sahaja, adalah dalam 10 meja kot. Nasib baik masih ada meja kosong waktu tu. Kami memesan hidangan Tuna Croissant, Waffle Berries, Earl Grey Tea dan Latte (corak owl).

Sementara menunggu pesanan kami sampai, kami bergambar dahulu. OOTD kan. Huhu.
that coffee, cute
Teapot pon Owl, comel sangat!
Baru satu dish sampai , penuh meja

Okay sekarang waktu untuk 'review' makanannya.

Tuna Croissant - Superb. Yums!

Waffle - Nicely done! Crunchy diluar, lembut didalam. Nampak pun dah sedap kan?

Tea -  Boleh tahan (tapi jug comel sangat)

Latte - Not sure sebab saya bukan peminat Kopi. Barista mereka hebat dapat buat gambar ni, macam susah je...


Dari segi harga, standartlah untuk kedai hipster. RM30 perlu ada dalam tangan jika ingin ke sini.

Deco kafe sangat cantik, sesuai untuk lepak dengan kawan-kawan. Kami lepak di sini dalam satu jam lebih sahaja.
Sempat tangkap gambar OOTD depan kafe

Hari masih muda, jadi kami decide untuk ke taman berjalan-jalan sikit. Kami singgah di Taman Bukit Jalil kerana tidak jauh dari kafe tadi. Cantik juga taman ini terutamanya bahagian bridge ini.
Spot cantik untuk bergambar
Tasik di taman ini

Lagi satu tasik di sini (spoil je bangunan belakang tu, huhu)

The trees

terjumpa lagi spot untuk bergambar

Disebabkan tidak ramai orang lalu lalang di situ, kami dengan gembira set timing di kamera dan mula berposing. Tripod tidak bawa, jadi letak sahaja kamera di batu-batu yang ada di sana. Dan inilah hasilnya.
LOL

Sedang berjalan-jalan di sini, kami ternampak 2 kumpulan monyet sedang bergaduh. Tak tahulah apa yang digaduhkan, nampak macam satu famili yang sama. Dalam kumpulan monyet-monyet itu terdapat 2 hingga 3 ekor baby monyet. Comel sangat.
orang joging pon dia nak join juga

Serius banyak monyet..scary pula

Setelah sejam lebih berada di sini, langit yang cerah perlahan-lahan bertukar keorenan. Nampaknya sudah tiba masa untuk kami pulang. Sebelum pulang sempat kami lepak di kedai mamak minum teh ais dulu. lol.
Dah start gelap dah ni

Sekian sahaja aktiviti saya pada hari ini. Jika ada masa terluang saya akan post berkenaan kedai-kedai hipster lain yang saya pernah kunjungi.

Berikut merupakan maklumat kafe untuk rujukan.

Alamat:
The Owls Cafe
Jalan Jalil Jaya 6, Bukit Jalil 57000, Kuala Lumpur
Waktu Operasi:
10.00 pagi hingga 11.00 malam
No. Telefon:
03-9543 9828


Keep Calm and Wait my Next Entry !



-Liyana Abdah- 


Thursday, 23 November 2017

DIARI JEPUNKU 7 - SHIRAKAWA-GO !

DATE : 22 SEPTEMBER 2017

7.0 Destinasi
Shirakawa, Gifu

7.1 Perjalanan
Takayama Nohi Bus Centre > Suganuma Village > Ainokura Village > Ogimachi Village (Shirakawa-go) > Tokyo



7.2 Suganuma Village
Kami membuat keputusan untuk mengikut ‘"bus tour"’ untuk pengembaraan kami ke Shirakawa-go. Bas kami bertolak ke Shirakawa tepat jam 8.50 pagi. Tidak ramai yang mengikuti tour ni, mungkin sebab bukan musim cuti di Jepun (agaknya). Terdapat dalam 4-6 orang tempatan dan 7-9 orang pelancong asing termasuk kami yang mengikuti trip tersebut.
Jurupandu kami seorang wanita Jepun agak muda juga jika dilihat dari paras rupanya. Beliau memperkenalkan dirinya sebagai xxxx (Maaf tidak ingat namanya, gomennasai~!)
Sepanjang perjalanan beliau menerangkan sejarah dan asal usul kampung-kampung yang akan kami lawati nanti.
Selepas 1 jam atau mungkin lebih kami tiba di perkampungan Suganuma. Kami hanya tengok dari dalam bas sahaja kerana pakej yang kami pilih adalah perkampungan Ainokura dan perkampungan Ogimachi. Suganuma merupakan perkampungan yang paling kecil dimana hanya mempunyai lebih kurang 9 buah rumah sahaja. Bas hanya berhenti dalam 5 minit untuk kami mengambil gambar dan cuci mata.
Inilah kampung Suganuma, cantik tetapi kecil jika dibandingkan dengan kampung Ainokura dan Ogimachi

7.3 Ainokura Village
Bas meneruskan perjalanan ke perkampungan Ainokura. Dalam 15 hingga 30 minit kami tiba disana. Cuaca pada waktu itu agak mendung dan berangin, memang sesuai sangat untuk berjalan-jalan. Kami hanya diberi masa satu jam setengah di sini. Jurupandu kami memberitahu bahawa jika kami ingin melihat dan menangkap gambar seluruh kampung kami boleh mendaki ke atas bukit. Ingatkan rendah, rupanya tinggi juga. Haha.
Kami tidak jadi naik ke atas, jadi kami berjalan-jalan disekitar kampung tersebut. Kami terpegun melihat keindahan kampung tersebut. Ini belum lagi kampung Ogimachi. Jariku tidak lekang mengetip butang kamera. Tanpa sedar sudah sejam lebih kami berpusing-pusing disini. Sempat juga kami singgah ke kedai cenderahati. Mulanya aku tidak mahu membeli apa-apa kerana ingin membeli di Stesen bas sahaja nanti, tetapi terbeli juga. NAFSU~
Belakang itu adalah muzium, kami tidak masuk kerana tidak sempat
Bunga dan rumah. Indahnya~



7.4 Ogimachi Village (Shirakawa-go)
Sebelum ke perkampungan Ogimachi, bas kami singgah ke restoren berdekatan dengan Ogimachi untuk makan tengahari. FYI, makan tengahari temasuk dalam pakej. Jimat. Restoren tersebut terletak di atas bukit. Di situ kami dapat melihat pemandangan seluruh perkampungan Ogimachi. MasyaAllah, serius cantik sangat. Terpegun kami melihatnya. Selesai makan kami segera ke luar untuk berswafoto. Puas hati dengan gambar yang ditangkap kami beransur ke bas untuk meneruskan perjalanan.
Pemandangan dari restoren. MasyaAllah sangat indah !
Inilah lunch kami, sangat sedap
Akhirnya selepas 15 minit, kami tiba juga ke kampung tersebut. Kami melawat ke muzium “"Gassho-zukuri Minkaen"” dahulu sebelum ke perkampungan. Muzium ini merupakan muzium terbuka dimana terdapat rumah-rumah tradisi yang masih dikekalkan rupa luaran dan dalamannya. Disini terdapat juga air terjun kecil, sungai, sawah padi dan juga taman. Kami melawat kedalam rumah untuk merasai suasana di dalam rumah jepun lama. Rumah ini mempunyai 2 tingkat dan loteng. Agak besar juga di dalam. 
Kami sempat singgah membeli aiskrim perisanya kurang pasti tapi rasanya seperti almond. Sedap. Di sini terdapat juga aiskrim perisa soba (tak sempat nak rasa 😅)
Selesai berjalan di "Gassho-zukuri Minkaen" kami segera ke perkampungan Ogimachi. Kami perlu melintas satu jambatan yang berjarak dalam 300m (rasanyalah). Usai melintasi jambatan kami pun tiba di kampung tersebut. Kami berjalan-jalan di situ sambil menangkap gambar untuk dijadikan kenangan. Kampung ini sangat cantik ditambah pula dengan padi yang menguning, rumah-rumahnya yang unik, pokok-pokok menghijau (ada sedikit sudah menguning) dan langit membiru. PERFECT! Ini baru sahaja pemandangan waktu musim panas, bayangkan jika pemandangan waktu musim sejuk, musim luruh dan musim bunga 😍😍😍
Kami tidak sempat untuk meneroka kampung tersebut dengan lebih menyeluruh kerana kami perlu ke Tokyo pula. Tepat jam 3.10 pm bas kami bergerak semula ke Takayama. Dari situ kami perlu mengambil tren ke Tokyo. Jika ada rezeki, InsyaAllah saya pasti akan kunjung semula ke sini. Serius berbaloi-baloi 😎
Spot popular untuk menangkap gambar. Sangat cantik !
Di dalam muzium terbuka. Cantik air terjun kecil ini.
Jambatan gantung ke kampung Ogimachi
Comel sangat orang-orang ni..haha

~Tamat Episod Ketujuh~


Bonus - Sarubobo
Disebabkan aku tidak sempat membeli cenderahati di kampung-kampung tadi, aku membuat keputusan untuk membelinya di bandar Takayama sahaja. Dalam jam 4/5 petang kami tiba di bandar Takayama. Kami bergambar dahulu bersama cik 'tour guide' dan mengucapkan terima kasih kepadanya. Aku mengajak rakanku singgah di kedai jual cenderahati di stesen bas. Aku memilih untuk membeli 'sarubobo' keychain kerana ia merupakan maskot bagi daerah Gifu. Mengikut sejarah yang diceritakan oleh cik guide kami, sarubobo merupakan patung mainan untuk anak-anak kecil dan juga bayi pada waktu dahulu. Lama kelamaan patung tersebut telah dianggap sebagai simbol kebahagiaan hingga menjadikannya maskot penting bagi penduduk Gifu.
Tour guide kami sedang menerangkan berkenaan Sarubobo. Layankan saja~

Mari layan video pula




Keep Calm and Wait my Next Entry !



-Liyana Abdah- 

Friday, 17 November 2017

APA ADA DI PULAU KETAM ???


Hi, kali ini saya ingin menceritakan pengalaman berjalan di Pulau Ketam, Klang.
Pulau Ketam merupakan sebuah perkampungan nelayan yang didiami oleh masyarakat Cina. Pulau ini terletak berhampiran dengan Pelabuhan Klang. Di sini popular dengan makanan laut walaubagaimanapun kebanyakan restoren di sini adalah tidak halal.
Bagi muslim yang ingin melawat ke sini digalakkan untuk membawa bekal sendiri kerana takut tidak jumpa restoren halal dan untuk berjimat.

Dek kerana kebosanan tiada aktiviti di hujung minggu, saya merancang trip ini dan disertai oleh dua orang rakan. Kami sengaja ke sini kerana:
i. Kedudukannya yang strategik, tidak terlalu jauh dan tidak terlalu dekat
ii. Tidak pernah lagi melawat ke sini
iii. Rasa macam boleh dapat shot menarik di sekitar perkampungan ini

Untuk ke sini anda perlu mengambil feri (RM14 dua hala) atau speed bot (RM20 dua hala). Kami memilih menaiki feri kerana murah. Tiket boleh di beli di jeti. Disebabkan ramai yang membuat khidmat feri dan speed bot ke Pulau Ketam, anda pasti akan dikerumuni sebaik sahaja tiba di jeti. 

Apa yang anda perlu bawa sewaktu ke sini ?
i. Payung (jika anda pergi pada hujung dan awal tahun, payung merupakan keperluan utama kerana pasti akan hujan)
ii. Makanan tengahari / jajan-jajan (terpulang)
iii. Topi (cuaca tak menentu, sekejap panas, sekejap hujan)
iv. Air minuman
v. Baju ganti (diletak di dalam kereta sebagai persediaan sekiranya anda menaiki speed bot kemungkinan baju anda untuk basah adalah tinggi)


Kami bertolak ke pelabuhan klang pada jam 9.00 pagi dan tiba di sana lebih kurang jam 9.30 pagi. Jika anda membawa kereta, jujur saya katakan nak mencari parking disini sangat sukar lebih-lebih lagi jika anda tiba lambat seperti kami. Kereta penuh di tepi-tepi jalan, dikawasan parking juga sudah penuh, jadi kami parking jauh sedikit iaitu di sekitar kawasan kilang / pejabat. Nasib baik dapat juga parking walaupun jauh. 

Kami menaiki feri dalam jam 10.30 pagi dan tiba di sana dalam jam 11.00 pagi. Keadaan cuaca sewaktu kami tiba masih panas. Kami berjalan-jalan disekitar kampung. Permulaan sewaktu masuk ke kawasan kampung pelbagai gerai-gerai kecil yang menjual topi, mainan dan juga deretan restoren-restoren. Agak meriah di situ. Terdapat juga kedai yang membuat khidmat menyewa basikal. Untuk berjalan di sini anda hanya ada 2 cara sahaja iaitu menggunakan kaki atau basikal. Ramai pengunjung menyewa basikal di sini kerana mudah untuk mereka pusing satu kampung. Kami memilih untuk berjalan kaki sahaja kerana tiada bajet untuk menyewa basikal dan mudah untuk saya menangkap gambar.
Di jeti Pulau Ketam 
Kawasan Perumahan 
Balai Polis Pulau Ketam
Kawasan kedai dan restoren. Basikal bersepah-sepah..haha
CNY mood on!
Dalam sejam kami berjalan-jalan di kawasan kedai dan perumahan tiba-tiba hujan turun. Nasib baik semua bawa payung. Kami memilih untuk berehat di balai raya (kalau xsilap la) ada beberapa meja disediakan di situ. Kami berehat dan makan bekalan yang dibawa tadi. Dalam sejam lebih juga kami melepak di situ, hujan masih turun renyai-renyai. Dek kebosanan, kami membuat keputusan untuk sambung berjalan semula. Hujan pun hujanlah payung kan ada~
Semangat bergambar walaupun hujan
Sewaktu kami tiba terdapat tarian naga di lakukan di kawasan tokong (masih CNY waktu ini). Alang-alang sudah ada persembahan kami tonton sajalah. Lagi pun memang kami kene tunggu naga habis menari sebab nak ke seberang jalan sana. Haha. Selesai tarian naga kami teruskan perjalanan melihat rumah-rumah penduduk di situ. Jika anda teringin untuk merasa duduk di pulau ini sehari, terdapat rumah tumpangan untuk di sewa. Harganya saya kurang pasti. 

Kawasan perumahan di sini agak menarik kerana setiap rumah berbeza warnanya dan pemilihan warna semuanya terang-terang belaka. Cantik jugalah jika tangkap gambar. Kawasan persekitarannya sedikit kotor (sedikit ke?), tapi rasanya air surut waktu kami datang jadi dapat lihat segala sampah sarap dsb di bawah (agak busuk sikit, sikit je).
Hati-hati berjalan jangan sampai kemalangan dengan basikal ya..huhu
Colorful!
The houses
Tak tahulah pandang apa tu
Tempat menjemur ikan kering
Di sini terdapat juga mural-mural di dinding rumah mereka, macam dekat penang dan seksyen 7 shah alam. Bolehlah anda bergambar sakan di sini. 
Apa yang menarik bagi saya di sini saya dapat melihat kehidupan penduduk-penduduk pulau dengan lebih dekat, dapat merasai suasana perkampungan nelayan cina dan persekitarannya yang sedikit berbeza dari perkampungan nelayan lain yang pernah saya kunjungi. Disebabkan kurangnya bakat, saya hanya dapat tangkap beberapa keping sahaja gambar yang cantik (untuk saya lah). 
Dalam jam 3.00 petang kami bertolak pulang ke jeti port klang semula.
Hipster konon
Dah x ada idea nak buat gaya apa masa ni
Bagi mereka yang duduk berdekatan dengan Port Klang (KL, Putrajaya & Selangor), jika anda kebosanan waktu hujung minggu / tiada aktiviti, bolehlah melawat ke Pulau Ketam, berbaloi kerana hanya berbekalkan RM40 sahaja anda boleh sampai ke sini (duit bot + tol + petrol + makan tengahari).


Keep Calm and Wait my Next Entry !



-Liyana Abdah-