Pulau Ketam merupakan sebuah perkampungan nelayan yang didiami oleh masyarakat Cina. Pulau ini terletak berhampiran dengan Pelabuhan Klang. Di sini popular dengan makanan laut walaubagaimanapun kebanyakan restoren di sini adalah tidak halal.
Bagi muslim yang ingin melawat ke sini digalakkan untuk membawa bekal sendiri kerana takut tidak jumpa restoren halal dan untuk berjimat.
Dek kerana kebosanan tiada aktiviti di hujung minggu, saya merancang trip ini dan disertai oleh dua orang rakan. Kami sengaja ke sini kerana:
i. Kedudukannya yang strategik, tidak terlalu jauh dan tidak terlalu dekat
ii. Tidak pernah lagi melawat ke sini
iii. Rasa macam boleh dapat shot menarik di sekitar perkampungan ini
Untuk ke sini anda perlu mengambil feri (RM14 dua hala) atau speed bot (RM20 dua hala). Kami memilih menaiki feri kerana murah. Tiket boleh di beli di jeti. Disebabkan ramai yang membuat khidmat feri dan speed bot ke Pulau Ketam, anda pasti akan dikerumuni sebaik sahaja tiba di jeti.
Apa yang anda perlu bawa sewaktu ke sini ?
i. Payung (jika anda pergi pada hujung dan awal tahun, payung merupakan keperluan utama kerana pasti akan hujan)
ii. Makanan tengahari / jajan-jajan (terpulang)
iii. Topi (cuaca tak menentu, sekejap panas, sekejap hujan)
iv. Air minuman
v. Baju ganti (diletak di dalam kereta sebagai persediaan sekiranya anda menaiki speed bot kemungkinan baju anda untuk basah adalah tinggi)
Kami bertolak ke pelabuhan klang pada jam 9.00 pagi dan tiba di sana lebih kurang jam 9.30 pagi. Jika anda membawa kereta, jujur saya katakan nak mencari parking disini sangat sukar lebih-lebih lagi jika anda tiba lambat seperti kami. Kereta penuh di tepi-tepi jalan, dikawasan parking juga sudah penuh, jadi kami parking jauh sedikit iaitu di sekitar kawasan kilang / pejabat. Nasib baik dapat juga parking walaupun jauh.
Kami menaiki feri dalam jam 10.30 pagi dan tiba di sana dalam jam 11.00 pagi. Keadaan cuaca sewaktu kami tiba masih panas. Kami berjalan-jalan disekitar kampung. Permulaan sewaktu masuk ke kawasan kampung pelbagai gerai-gerai kecil yang menjual topi, mainan dan juga deretan restoren-restoren. Agak meriah di situ. Terdapat juga kedai yang membuat khidmat menyewa basikal. Untuk berjalan di sini anda hanya ada 2 cara sahaja iaitu menggunakan kaki atau basikal. Ramai pengunjung menyewa basikal di sini kerana mudah untuk mereka pusing satu kampung. Kami memilih untuk berjalan kaki sahaja kerana tiada bajet untuk menyewa basikal dan mudah untuk saya menangkap gambar.
![]() |
Di jeti Pulau Ketam |
![]() |
Kawasan Perumahan |
![]() |
Balai Polis Pulau Ketam |
![]() |
Kawasan kedai dan restoren. Basikal bersepah-sepah..haha |
![]() |
CNY mood on! |
![]() |
Semangat bergambar walaupun hujan |
Kawasan perumahan di sini agak menarik kerana setiap rumah berbeza warnanya dan pemilihan warna semuanya terang-terang belaka. Cantik jugalah jika tangkap gambar. Kawasan persekitarannya sedikit kotor (sedikit ke?), tapi rasanya air surut waktu kami datang jadi dapat lihat segala sampah sarap dsb di bawah (agak busuk sikit, sikit je).
![]() |
Hati-hati berjalan jangan sampai kemalangan dengan basikal ya..huhu |
![]() |
Colorful! |
![]() |
The houses |
![]() |
Tak tahulah pandang apa tu |
![]() |
Tempat menjemur ikan kering |
Apa yang menarik bagi saya di sini saya dapat melihat kehidupan penduduk-penduduk pulau dengan lebih dekat, dapat merasai suasana perkampungan nelayan cina dan persekitarannya yang sedikit berbeza dari perkampungan nelayan lain yang pernah saya kunjungi. Disebabkan kurangnya bakat, saya hanya dapat tangkap beberapa keping sahaja gambar yang cantik (untuk saya lah).
Dalam jam 3.00 petang kami bertolak pulang ke jeti port klang semula.
Bagi mereka yang duduk berdekatan dengan Port Klang (KL, Putrajaya & Selangor), jika anda kebosanan waktu hujung minggu / tiada aktiviti, bolehlah melawat ke Pulau Ketam, berbaloi kerana hanya berbekalkan RM40 sahaja anda boleh sampai ke sini (duit bot + tol + petrol + makan tengahari).
![]() |
Hipster konon |
![]() |
Dah x ada idea nak buat gaya apa masa ni |
Informasi dipersembahkan baik. Thank you. Kipidap.
ReplyDeleteTerima kasih ^^
DeleteTerima kasih
ReplyDeletesama-sama ^^
Delete