Wednesday, 1 November 2017

APA YANG MENARIK DI CHIANGMAI ?!


Post kali ini saya ingin kongsi dengan anda tempat-tempat yang menarik di Chiangmai & Chiangrai, Thailand.

Sebelum terjun ke topik utama, saya ingin menerangkan berkenaan Chiangrai/mai. Mesti anda pelikkan kenapa banyak sangat nama bandar di Thailand bermula dari Chiang.
Mengikut sejarah Thailand, nama bandar Chiangrai telah diambil sempena nama Raja mereka pada waktu itu iaitu Raja Rai. Raja Rai telah membangunkan kawasan itu untuk dibuka sebagai sebuah negeri. Chiang bermaksud Bandar manakala Rai adalah nama beliau. Maka terjadilah Chiangrai. Walaubagaimanapun, kedudukan Chiangrai agak berdekatan dengan Myanmar iaitu dekatnya seperti dari KL ke Kuala Selangor. Disebabkan ancaman yang diterima dari jiran sebelah Raja Rai telah membuat keputusan untuk berpindah ke kawasan baru iaitu 200 km ke bawah. Kawasan ini telah diberi nama sebagai Chiangmai yang bermaksud 'Bandar Baru'.

Okay berbalik pada tajuk utama kita kali ini, berikut adalah senarai tempat yang menarik untuk dilawati di Chiangmai dan Chiangrai.

1. Wat Rong Khun (White Temple), Chiangrai
(Rating : 4.5 bintang)
Kuil ini dibina untuk Raja mereka iaitu Raja Bhumibol Adulyadej. Seorang pelukis yang popular di Thailand telah mengutarakan idea untuk membina sebuah kuil dengan menggunakan dana sendiri (beliau sangat kaya) dan setiap reka bentuk dan lukisan di dalam dan di luar kuil tersebut adalah hasil seni dari beliau. Kuil ini masih belum siap sepenuhnya, hanya 3 bangunan sudah siap dibina manakala hanya dua bangunan yang sudah siap diukir sepenuhnya. Jumlah keseluruhan bangunan yang akan dibina adalah 9 buah. Dijangka bangunan akan siap sepenuhnya dalam masa 70 tahun. Lama tak ? 
Kenapa lama sangat ? Kuil ini mengambil masa yang lama untuk disiapkan kerana setiap ukiran dan lukisan yang dibuat adalah mengikut standart pelukis tersebut. Jika beliau tidak berpuas hati dengan karyanya beliau akan memadam / membuang semuanya dan mula semula. 
Walaubagaimanapun, beliau sudah mula mencari perantis-perantis dan melatih mereka dalam menyiapkan kuil ini. (Ajal tidak berbau, sediakan payung sebelum hujan kan)
Kuil ini seperti namanya, Putih, kesemua bangunan disini berwarna putih, sangat cantik dan unik. Di bahagian dalam pula, pelukis ini telah melukis gambar watak-watak hero dan kartun seperti spiderman, doraemon, pikachu, dragonball dsb. Pelik pemikiran artis, tetapi sudah sampai disana layankan saja. (Dibahagian dalam iaitu kawasan sembahyang tidak dibernarkan menangkap gambar, jadi tidak dapat tangkap gambar doraemon dsb sebagai kenangan)
Di luar terdapat juga hasil seni beliau yang lain seperti arca dan patung-patung pelik. Jom layan gambar-gambar dibawah.

Tengah maintenance waktu ni, rosak pemandangan sikit
Selepas melalui titi ini, anda tidak boleh berpatah semula
(Apa yang saya faham, titi ini macam titian maksirat la, kalau dah lepas sini ke heaven lah, errk O_o)
Bangunan yang belum siap di ukir lagi
Yang perempuan jangan duduk sebelah sami ni ya, nanti kena marah..huhu..belakang je boleh
Tangkal doa yang digantung oleh pengunjung-pengunjung

Daun Aluminium berjuraian
Patung Kamen Rider pun ada ok !


Loceng doa


2. Mae Ka Chan Hot Spring (Kolam Air Panas)
(Rating : 3.5 bintang)
Ini merupakan lokasi pertama yang saya singgah apabila menjejakkan kaki ke bumi Chiangmai. Hot spring di sini kecil sahaja. Setakat untuk merendam kaki dan berehat sebentar sebelum meneruskan perjalanan ke Chiangrai. Di sini terdapat kedai-kedai menjual souvenirs dan juga makcik-makcik yang menjual telur yang direbus di dalam kolam air panas. Saya tidak rendam kaki di sini kerana tidak membawa selipar (tidak mahu kasut basah), setakat mengambil gambar dan bergambar. Sempat juga saya shopping selendang corak gajah disini.
Menggelegak air tu~
Makcik yang jual telur rebus. Harganya 100 bhat untuk 4 biji telur rebus
Cantik deco nya

3. Golden Triangle (Sempadan Myanmar - Thailand - Laos), Chiangrai
(Rating : 4 bintang)
Golden Triangle merupakan sempadan bagi tiga buah negara iaitu Thailand, Laos dan Myanmar. Pemisahnya hanyalah sungai. Jika anda teringin nak 'check-in' lokasi di facebook atau Instagram untuk tiga negara sekaligus, ini adalah tempatnya. Pemandangan di sini agak cantik dan menarik terutamanya pada waktu senja. Air sungai di Thailand kebanyakkan berwarna coklat teh tarik. Tak tahulah kenapa, mungkin tiada sistem kumbahan terancang. Di sini juga terdapat tugu besar Buddha yang disaluti dengan cat emas dan terdapat juga tugu gajah dan lain-lain. Sesuai sangat dijadikan latar untuk bergambar.

Belah sini adalah Myanmar. Dekat je kalau berenang 5 minit dah sampai.
Sini pula adalah Laos. Jauh sikit je.
Tugu Buddha keemasan
Tugu apa tak pasti, yang pasti dalam gambar nampak lawa.


4. Mae Sai Market (Sempadan Myanmar), Chiangrai
(Rating : 3 bintang)
Di sini anda boleh membeli belah buah pisang kaki, kacang gajus, pistachio, buah plum dsb kerana murah di sini berbanding di Malaysia. Boronglah ya. Selain makanan di sini juga ada menjual pakaian, topi, kasut dan bermacam-macam lagi. Di sini seperti pasar malam di Malaysia cuma ianya terletak betul-betul bersebelahan gate masuk ke Myanmar. Saya sempat membeli topi di sini, harganya murah sahaja RM18, kualitinya okay dan design memang cun!

TIPS: Singgah di sini dalam 40 hingga sejam sudah memadai. Jangan shopping lebih-lebih nanti tidak cukup duit untuk shopping di Chiangmai.
Northern most of Thailand
Sini dah Myanmar dah. Pemisahnya hanya sungai kecil ini sahaja.

Suasana di Mae Sai market
Signboard sempadan
Topi yang dibeli di Mae Sai market


5. SA Paper & Umbrella Handicraft Center, Chiangmai
(Rating : 4 bintang)
Ini merupakan lokasi yang menarik untuk di kunjungi. Anda dapat melihat bagaimana cara-cara  payung tradisi Thailand di buat di sini. Mereka menggunakan pokok SA sebagai bahan utama iaitu kertas. Mereka akan mewarnakan payung-payung ini menggunakan cat khas untuk membolehkan warnanya tahan lama. Pelbagai corak di lukis pada payung untuk menyerikannya lagi. Payung ini kurang sesuai untuk dipakai pada waktu hujan, mungkin pada waktu panas tiada masalah. 
Kebanyakkan payung yang dijual adalah untuk tujuan hiasan sahaja. Anda juga boleh membeli payung ini sebagai kenangan. Terdapat pelbagai saiz payung dari yang kecil sebesar lengan baby sehingga besar sebesar manusia dewasa. Boleh lihat gambar dibawah untuk perbezaan saiz kecil dan besar (Harap anda nampak payung kecil tu). 
Selain daripada itu, jika anda berminat untuk melukis payung sendiri, di sini ada juga menyediakan aktiviti itu tetapi perlu tempah awal untuk mereka menyediakan bahan-bahan.
Kene pukul sampai lumat dahulu kemudian akan direndam dalam air.
Selepas rendam kena kaut semula untuk di keringkan menjadi kertas
Membuat rangka payung
Siap rangka, mereka akan gam kertas-kertas tadi sehingga beberapa lapisan
Payung yang telah siap
Antara corak payung yang dah siap. Saya beli payung kecil tu sebagai kenangan. Harganya 70 bhat.
Picture spot ! Cantik tangkap gambar kat sini.


6. Maesa Elephant Camp, Chiangmai
(Rating : 4 bintang)
Tidak sah kalau datang ke Thailand tidak tengok gajah kan ? Jadi memang wajib untuk datang ke sini untuk melihat gajah. Kalau tak minat pun datang juga lah sekadar 'check in'. LOL.Terdapat beberapa aktiviti yang anda boleh lakukan disini iaitu:

i. Elephant Ride 
800 bhat untuk 15 minit, satu gajah boleh naik 2 orang. Siapa yang belum pernah cuba bolehlah rasai pengalaman menaiki gajah disini. Jika sudah pernah tak perlulah naik lagi, kesian pada gajah-gajah tu..Huhu
Bos-bos excited naik gajah
ii. Elephant feeding 
Anda boleh beli pisang atau tebu harganya dalam 30 hingga 40 bhat seikat. Nanti boleh beri makan pada gajah-gajah di sana tambah sekali pakej selfie dengan gajah!

iii. Elephant Shower 
Dekat sini anda boleh skodeng secara terang-terangan gajah mandi. Haha. Boleh rakam video sekali. Biasa gajah disini akan mandi berkumpulan 2-4 ekor. Seronok tengok diorang mandi sambil bergurau-senda. Jangan sembur air kat kami sudah.
Gajah berkubang..huhuhu
iv. Elephant Show 
Ini acara utama dan paling menarik di sini. Gajah-gajah disini akan membuat persembahan untuk pengunjung-pengunjung. Antara aksi yang dipamerkan oleh mereka adalah bermain bola sepak (bukan bola sepak biasa ya, saiznya 5x ganda besar), menari (guna belalai dan kepala sahaja), melukis dsb. Saya amat kagum melihat gajah-gajah tersebut melukis. Serius lawa! Genius! 
Walaubagaimanapun, agak kesian melihat seekor gajah yang degil ditarik telinganya untuk masuk ke ruang persembahan untuk melukis, tetapi hasil seni gajah tersebut A+ !
The artist ! Ada bakat di situ
Hasilnya..semuanya lawa-lawa
Gajah bersama tuannya membuat persembahan

TIPS : Jangan 'boo' gajah di sana jika persembahan mereka kurang memuaskan. Kesian saya melihat seekor gajah gagal menjaringkan bola ke gol dan segelintir penonton 'boo' padanya, sedih sungguh muka dia. Tetapi agak kelakar pula bila sesetangah gajah mula berlagak di hadapan penonton sambil memusingkan kepala dan belalainya jika mereka berjaya menjayakan persembahan tersebut. Haha. Batak sorakan juga gajah-gajah ni.


7. Bai Orchid & Butterfly Farm, Chiangmai
(Rating : 4 bintang)
Jika anda suka bunga dan rama-rama boleh singgah di sini. Ladangnya kecil sahaja tetapi cantik. Bunganya semua segar-segar dan lawa. Sesuai sangat untuk sesi fotografi disini. Di sini juga terdapat taman rama-rama, kecil sahaja tetapi ada banyak juga rama-rama dan kupu-kupu di dalam. Seronok saya menangkap gambar bunga dan rama-rama. 
Rama-Rama Hitam, cantik!
Cantik corak rama-rama ini
Bersih dan tersusun ladang bunga ni
I'm in love with them
Close up sikit


8. Karen Long Neck Village, Chiangrai
(Rating : 3.5 bintang)
Kawasan kampung karen ini kecil sahaja, dalam 20 -30 buah keluarga sahaja yang mendiami di situ. Bagi saya, kampung ini tidak berapa menarik untuk dilawati tetapi jika anda belum pernah melihat penduduk Long Neck rasanya tidak salah untuk singgah sebentar disini. Anda boleh bergambar bersama mereka. Sesetengah penduduk mesra dan suka bila anda ingin bergambar dengan mereka. Jadi pandai-pandailah pilih orang untuk bergambar. Untuk pengetahuan anda, gelung yang dipakai pada leher mereka agak berat. Saya kurang pasti bagaimana mereka mampu untuk memakainya hari-hari.
Mengikut penerangan tour guide kami, penduduk-penduduk puak Karen Long Neck ini berasal dari Burma. Mereka berpindah ke sini kerana keadaan di negara mereka bahaya untuk didiami. Kesemua penduduk di sini adalah golongan wanita dan orang-orang tua. Golongan lelaki muda semuanya akan dihantar untuk berperang di kampung halaman.
Selain puak Karen, terdapat juga puak Arka di kampung ini. Puak Arka adalah puak lain yang telah diberi kerakyatan oleh kerajaan Thailand. Manakala puak Karen mereka menolak kerakyatan yang diberikan kerana mereka tidak mahu menjadi sebahagian dari Thailand. Mereka masih berkeras dengan keputusan itu sehinggalah sekarang.

Okay jom layan gambar dulu
Puak Arka
Makcik ni tak mahu senyum..huhu
Yang ni fesyen baju moden sikit
Kawasan kampung Karen
Test topi, comel topi ni tapi tak tahu boleh pakai di mana dan bila


9. San Kham Pang Village, Chiangmai
(Rating : 3 bintang)
Di sini terdapat pelbagai barangan kraftangan seperti kilang getah, galeri barang kemas/perhiasan, kedai Madu Asli dsb. Sa paper & Umbrella juga berada di kawasan ini. Saya hanya sempat ke Sa paper & Umbrella dan kedai madu asli. Tempat lain tidak sempat singgah.

Kedai Madu Asli 
 Sebaik sampai di sini kami di minta ke satu bilik. Di situ seorang jurujual mereka akan menerangkan produk-produk yang mereka keluarkan dan memberi kami peluang mencuba setiap produk yang dijual. Jika anda tiada bajet lebih, elok rancang masa anda ke tempat lain. Nasib kami baik, bos belanja setiap orang sebotol madu asli. Wohoo! Di luar kedai terdapat gerai menjual aiskrim berperisa madu. Ada empat perisa semuanya - Coklat Madu, Passion Fruit Madu, Madu Susu dan Madu Yogurt. Semuanya sangat sedap, memang terasa madunya. Harganya 60 bhat sahaja.
Aiskrim Madu~


10. Night Bazaar, Chiangmai
(Rating : 4 bintang)
Hotel yang saya duduk berdepanan sahaja dengan Night Bazaar. Sengaja saya memilih hotel ini kerana senang untuk shopping. Night bazaar ini akan dibuka setiap hari bermula jam 5 petang hingga tengah malam. Di sini terdapat pelbagai cenderamata dijual seperti baju, keychain, fridge magnet, patung gajah, passport holder dan lain-lain lagi. Jika anda bawa duit lebih boleh shopping baju disini kerana harganya berpatutan dan murah dari Malaysia.

TIPS : Jika anda ingin membeli-belah di sini anda perlu pandai tawar-menawar. Harga yang mereka letak amat tinggi untuk pelancong-pelancong luar. Jika anda hebat anda boleh mendapat diskaun sehingga 40%
Pelbagai warna dan pilihan loket
Hasilnya setelah siap (Passport holder) - 100 bhat sahaja!


11. Sunday Night Market, Chiangmai
(Rating : 4 bintang)
Berlainan dengan night bazaar, Sunday market hanya akan dibuka setiap hari Ahad sahaja bermula jam 5.00 petang sehingga tengah malam. Panjang market ini adalah sejauh 1.5 km. Jenuh juga nak berjalan. Bazaar ini terletak di pintu gate lama bandar Chiangmai. Saya tidak singgah ke sini kerana kepenatan dan tiada fulus. Barangan yang dijual lebih kurang sama di Night Bazaar cuma bezanya Sunday Market lebih banyak gerai/kedai.
Pinjam gambar dari Encik Google sebab saya tak singgah ke sini


12. Doi Suthep Temple
(Rating : 3.5 bintang)
Ini merupakan kuil yang sangat popular dan tua di Thailand. Umur kuil ini sudah melebih 600 tahun. Namun ia bukanlah merupakan kuil tertua di Thailand, terdapat lagi kuil yang berumur melebihi 700 tahun. Kuil ini terletak di atas bukit, cuaca agak nyaman dan sejuk di atas. Saya tidak berminat untuk masuk ke dalam kerana perlu membuka kasut jika ingin masuk. Hanya setakat mengambil gambar di luar sahaja. Jika anda rajin disarankan masuk ke dalam kerana dari dalam anda dapat melihat pemandangan satu bandar Chiangmai, sangat cantik. Saya hanya sekadar melihat gambar dari rakan sekerja sahaja. Haha. Rugi pula tak masuk.
Luar kuil
Pengunjung-pengunjung yang tidak melepaskan peluang berdoa disini
Pemandangan bandar Chiangmai dari kuil tersebut
Bahagian dalam. Ramai yang tawaf tiang emas tu

Setakat ini sahaja senarai tempat-tempat menarik di Chiangmai / rai yang saya boleh komen / rekemen. Ikutkan di sana terdapat juga tempat-tempat semulajadi yang menarik seperti bukit-bukau, air terjun dsb tetapi memandangkan ini trip sponsor dari company, kita ikut sahaja mana tour agen bawa. Maaf saya tidak dapat buat post berkenaan bajet ke sana kerana semuanya telah ditanggung oleh company.
Mungkin selepas ini saya akan senaraikan kedai makan halal / menarik di sana !


UPDATE!


Keep Calm and Wait my Next Entry !



-Liyana Abdah- 

1 comment:

  1. There are quite a few things to do and see in Chiang Mai and you would do well to plan them in advance here Set against a backdrop of mountains, Nimman Road is located on the west side of city, situated just a few kilometers away from the Old City

    ReplyDelete