Wednesday, 1 November 2017

DIARI JEPUNKU 3 - CONAN MUZIUM TOTTORI


DATE: 18 SEPTEMBER 2017

3.0 Destinasi
Conan Museum Factory, Tottori

3.1 Perjalanan
Osaka loop line > Okayama > Hyogo > Tottori


3.2 Tren Stesyen
Kami sepatutnya mengambil tren jam 7.30 pagi untuk ke Tottori. Kami kurang pasti mengapa tetapi tren telah dibatalkan. Rakanku mencadangkan kami mengambil tren lain untuk ke sana. Aku ikutkan sahaja kerana malas nak fikir. Perjalanan kami sepatutnya mengambil masa 4 jam sahaja telah menjadi 8 jam. 😂😂😂
Beberapa kali juga kami perlu menukar tren. Pelbagai jenis tren telah kami merasa pada hari itu. Paling menarik apabila kami menaiki tren dimana hanya mempunyai satu gerabak sahaja dan penumpangnya hampir 90% adalah warga emas. Rasa “"krik krik"” sangat bila masuk tren tersebut. Mereka memandang pelik pada kami berdua, mungkin sebab jarang pelancong seperti kami mengambil tren ini.
keadaan di dalam tren
Pemandangan dari dalam tren sepanjang perjalanan

3.3 Chizu Stesen
Tren tersebut berhenti di stesen Chizu. Tren untuk ke Tottori masih belum tiba, jadi kami membuat keputusan untuk berjalan-jalan disekitar. Bandar tersebut amat sunyi walhal jam baru menunjukkan pukul 2.00 petang. Kami melihat terdapat mart berdekatan. Sengaja kami ke sana untuk membuang masa sambil mencari makanan. Selesai membeli kami kembali ke stesen dan meneruskan perjalanan.
Kawasan lapang di luar stesen Chizu. Cantik! 
Stesen bas di Chizu
Singgah mart di sini mencari makanan
Makan buah je untuk alas perut. #EpalChizu

3.4 Conan Street
Akhirnya setelah 8 jam perjalanan, kami tiba juga ke destinasi. Jam menunjukkan 3.40 petang. Kami hanya ada masa selama satu jam setengah disini kerana tren terakhir untuk ke Osaka bertolak pada jam 5.00 petang. Kami berhenti di stesen Yura atau lebih dikenali sebagai stesen Conan. Kami mengambil peta untuk ke Conan Factory Museum. Untuk ke sana kami perlu berjalan kaki dalam 2.6 km.
Kami memilih untuk berjalan kaki kerana sepanjang perjalanan ke sana kami akan disajikan dengan tugu-tugu watak dari komik Conan. Kami mempercepatkan perjalanan kami kerana kesuntukan masa. Setelah 45 minit berjalan kami tiba di muzium conan. Tiket masuk adalah 700 yen seorang.
Kami berjalan di dalam muzium selama setengah jam. Jujur cakap tidak puas setengah jam didalam. Hukhuk. Kami mengambil teksi untuk pulang ke stesen. Perjalanan dari muzium ke stesen hanya 5 minit menaiki teksi.
Conan Station. Wow!

Minta maaf Shinichi, kami lewat :(
Conan yang comel!
Bergambar dengan Genta kejap
Suiri (Deduction)
Dating ke tu~?
Conan Museum Factory dari luar
Di dalam muzium~
Gosho Aoyama workstation
Encik Gosho posing untuk kami!
Sempat bergambar bersama Prof. Agasa punya Volks!
Mungkinkah ini Mouri Kogor tertidur yang sebenar ?

3.5 Shinkansen ke Osaka
Untuk pulang ke Osaka kami menaiki tren ekspress dimana hanya mengambil masa 3-4 jam sahaja. Inilah tren yang patut kami naik pagi tadi. Ciss. Walaubagaimanapun, pengalaman kami merentasi 3 buah negeri pada hari ini amat berharga. Satu hari dapat pergi 3 buah negeri kot (Okayama > Hyogo > Tottori) Bukit bukau, gunung-ganang, sawah padi, langit membiru dan kampung-kampung kami lalui sepanjang perjalanan tidak akan dilupakan.
Shinkansen
~Tamat Episod Ketiga~

Bonus - Pemuda dan Radio Lamanya
Terdapat seseorang yang menarik perhatian kami sepanjang perjalanan ke Tottori. Seorang pemuda yang berumur dalam lingkungan 30-an, berambut panjang hingga ke leher dan lurus seperti Chibi Maruko-chan, memakai t-shirt berseluar jeans dan dia membawa sebuah radio lama berwarna kelabu. Dah kenapa bawa radio lama pergi Tottori ?! Haha. Apa yang menarik perhatian kami adalah beliau menaiki tren yang sama dengan kami waktu perjalanan ke Tottori dan juga waktu pulang ke Osaka. Jangan cakap ada jodoh ya. LOL.


Nota kaki : 
Ini adalah hari kegemaranku sepanjang berada di Jepun. 



LAGI GAMBAR DI TOTTORI




TIPS :
Cara untuk ke Conan Museum Factory dari Osaka Stesen
1. Tren - dari stesen Osaka ambil tren JR Super Hakuto (Limited Express) turun di Kurayoshi stesen, kemudian ambil tren San In line turun di Yura Station. Dari Yura stesen anda boleh berjalan kaki ke muzium. Peta boleh di ambil di stesen Yura. Perjalanan lebih kurang 3 jam 40 minit)
(kos dalam RM300 satu hala, jika anda ada JR pass, percuma)
2. Bas - Ambil bas di Hankyu Highway Bus stop untuk ke Tottori stesen, kemudian ambil tren di Tottori stesen turun di Yura stesen. Perjalanan lebih kurang 4 jam 50 minit)
(kos dalam RM180 satu hala)

Tiket Masuk : RM28 (700 yen)







-Liyana Abdah- 



Follow me on Instagram Personal   I   Instagram Photography

No comments:

Post a Comment