Thursday, 23 November 2017

DIARI JEPUNKU 7 - SHIRAKAWA-GO !

DATE : 22 SEPTEMBER 2017

7.0 Destinasi
Shirakawa, Gifu

7.1 Perjalanan
Takayama Nohi Bus Centre > Suganuma Village > Ainokura Village > Ogimachi Village (Shirakawa-go) > Tokyo



7.2 Suganuma Village
Kami membuat keputusan untuk mengikut ‘"bus tour"’ untuk pengembaraan kami ke Shirakawa-go. Bas kami bertolak ke Shirakawa tepat jam 8.50 pagi. Tidak ramai yang mengikuti tour ni, mungkin sebab bukan musim cuti di Jepun (agaknya). Terdapat dalam 4-6 orang tempatan dan 7-9 orang pelancong asing termasuk kami yang mengikuti trip tersebut.
Jurupandu kami seorang wanita Jepun agak muda juga jika dilihat dari paras rupanya. Beliau memperkanalkan dirinya sebagai xxxx (Maaf tidak ingat namanya, gomennasai~!)
Sepanjang perjalanan beliau menerangkan sejarah dan asal usul kampung-kampung yang akan kami lawati nanti.
Selepas 1 jam atau mungkin lebih kami tiba di perkampungan Suganuma. Kami hanya tengok dari dalam bas sahaja kerana pakej yang kami pilih adalah perkampungan Ainokura dan perkampungan Ogimachi. Suganuma merupakan perkampungan yang paling kecil dimana hanya mempunyai lebih kurang 9 buah rumah sahaja. Bas hanya berhenti dalam 5 minit untuk kami mengambil gambar dan cuci mata.
Inilah kampung Suganuma, cantik tetapi kecil jika dibandingkan dengan kampung Ainokura dan Ogimachi

7.3 Ainokura Village
Bas meneruskan perjalanan ke perkampungan Ainokura. Dalam 15 hingga 30 minit kami tiba disana. Cuaca pada waktu itu agak mendung dan berangin, memang sesuai sangat untuk berjalan-jalan. Kami hanya diberi masa satu jam setengah di sini. Jurupandu kami memberitahu bahawa jika kami ingin melihat dan menangkap gambar seluruh kampung kami boleh mendaki ke atas bukit. Ingatkan rendah, rupanya tinggi juga. Haha.
Kami tidak jadi naik ke atas, jadi kami berjalan-jalan disekitar kampung tersebut. Kami terpegun melihat keindahan kampung tersebut. Ini belum lagi kampung Ogimachi. Jariku tidak lekang mengetip butang kamera. Tanpa sedar sudah sejam lebih kami berpusing-pusing disini. Sempat juga kami singgah ke kedai cenderahati. Mulanya aku tidak mahu membeli apa-apa kerana ingin membeli di Stesen bas sahaja nanti, tetapi terbeli juga. NAFSU~
Belakang itu adalah muzium, kami tidak masuk kerana tidak sempat
Bunga dan rumah. Indahnya~



7.4 Ogimachi Village (Shirakawa-go)
Sebelum ke perkampungan Ogimachi, bas kami singgah ke restoren berdekatan dengan Ogimachi untuk makan tengahari. FYI, makan tengahari temasuk dalam pakej. Jimat. Restoren tersebut terletak di atas bukit. Di situ kami dapat melihat pemandangan seluruh perkampungan Ogimachi. MasyaAllah, serius cantik sangat. Terpegun kami melihatnya. Selesai makan kami segera ke luar untuk berswafoto. Puas hati dengan gambar yang ditangkap kami beransur ke bas untuk meneruskan perjalanan.
Pemandangan dari restoren. MasyaAllah sangat indah !
Inilah lunch kami, sangat sedap
Akhirnya selepas 15 minit, kami tiba juga ke kampung tersebut. Kami melawat ke muzium “"Gassho-zukuri Minkaen"” dahulu sebelum ke perkampungan. Muzium ini merupakan muzium terbuka dimana terdapat rumah-rumah tradisi yang masih dikekalkan rupa luaran dan dalamannya. Disini terdapat juga air terjun kecil, sungai, sawah padi dan juga taman. Kami melawat kedalam rumah untuk merasai suasana di dalam rumah jepun lama. Rumah ini mempunyai 2 tingkat dan loteng. Agak besar juga di dalam. 
Kami sempat singgah membeli aiskrim perisanya kurang pasti tapi rasanya seperti almond. Sedap. Di sini terdapat juga aiskrim perisa soba (tak sempat nak rasa 😅)
Selesai berjalan di "Gassho-zukuri Minkaen" kami segera ke perkampungan Ogimachi. Kami perlu melintas satu jambatan yang berjarak dalam 300m (rasanyalah). Usai melintasi jambatan kami pun tiba di kampung tersebut. Kami berjalan-jalan di situ sambil menangkap gambar untuk dijadikan kenangan. Kampung ini sangat cantik ditambah pula dengan padi yang menguning, rumah-rumahnya yang unik, pokok-pokok menghijau (ada sedikit sudah menguning) dan langit membiru. PERFECT! Ini baru sahaja pemandangan waktu musim panas, bayangkan jika pemandangan waktu musim sejuk, musim luruh dan musim bunga 😍😍😍
Kami tidak sempat untuk meneroka kampung tersebut dengan lebih menyeluruh kerana kami perlu ke Tokyo pula. Tepat jam 3.10 pm bas kami bergerak semula ke Takayama. Dari situ kami perlu mengambil tren ke Tokyo. Jika ada rezeki, InsyaAllah saya pasti akan kunjung semula ke sini. Serius berbaloi-baloi 😎
Spot popular untuk menangkap gambar. Sangat cantik !
Di dalam muzium terbuka. Cantik air terjun kecil ini.
Jambatan gantung ke kampung Ogimachi
Comel sangat orang-orang ni..haha

~Tamat Episod Ketujuh~


Bonus - Sarubobo
Disebabkan aku tidak sempat membeli cenderahati di kampung-kampung tadi, aku membuat keputusan untuk membelinya di bandar Takayama sahaja. Dalam jam 4/5 petang kami tiba di bandar Takayama. Kami bergambar dahulu bersama cik 'tour guide' dan mengucapkan terima kasih kepadanya. Aku mengajak rakanku singgah di kedai jual cenderahati di stesen bas. Aku memilih untuk membeli 'sarubobo' keychain kerana ia merupakan maskot bagi daerah Gifu. Mengikut sejarah yang diceritakan oleh cik guide kami, sarubobo merupakan patung mainan untuk anak-anak kecil dan juga bayi pada waktu dahulu. Lama kelamaan patung tersebut telah dianggap sebagai simbol kebahagiaan hingga menjadikannya maskot penting bagi penduduk Gifu.
Tour guide kami sedang menerangkan berkenaan Sarubobo. Layankan saja~

Mari layan video pula




Keep Calm and Wait my Next Entry !



-Liyana Abdah- 

2 comments:

  1. Assalamualaikum kak,
    Tompang tanya, macam mana akak pergi Shirakawa-go dengan agent ya? mana akak cari agent tu? terima kasih

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wasalam, guna online je dik..pergi kat website JAPANiCAN.com
      banyak trip japan offer kat sini..utk shirakawago ada few trip ikot tempat yang nak pergi

      Delete