Wednesday, 1 November 2017

DIARI JEPUNKU 2 - OSAKA !


DATE : 17 SEPTEMBER 2017

2.0 Destinasi 
Osaka

2.1 Perjalanan 
Nagai Park > Osaka Castle > Osaka Museum Housing Living > Umeda Sky Building > Namba

2.2 Nagai Park
Kami sengaja memilih taman sebagai tempat untuk kami bersarapan. “"Fefeeling"” piknik sekejap. Taman ini hanya 10 minit berjalan kaki dari rumah sewa kami. Sampai sahaja di sana, kami mencari tempat yang sesuai untuk bersarapan. Kami memilih untuk duduk di kerusi kayu yang di sediakan. Kami bersarapan sambil ditemani oleh burung-burung merpati. Seronok mereka bila kami memberi serpihan-serpihan kulit roti. Waktu pagi di sana menyamankan dan menenangkan.


2.3 Osaka Castle
Selesai bersarapan, kami ke Osaka Castle. Kami melalui sebuah taman yang besar dan indah. Kelihatan pasangan ayah dan anak membawa jaring, mungkin mereka ingin menangkap kupu-kupu atau kumbang. Seronok melihat gelagat mereka, saya tidak melepaskan peluang untuk menangkap gambar sebagai kenangan.
Kami meneruskan perjalanan ke istana, dan akhirnya kami sampai di pintu gerbang. Sewaktu kami tiba terdapat beberapa rombongan bas pelancong dari China. Mereka teralu ramai sehingga kami merasakan kami seperti berada di China bukan Jepun. Kekeliruan sementara. LOL.
Akhirnya kami berkeputusan untuk tidak masuk ke dalam kerana tidak mampu mendaki. Kami hanya memandang istana dari jauh sahaja. Janji sudah tengok, oklah.




2.4 Osaka Museum of Housing and Living
Kami meneruskan aktiviti kami seperti yang telah dijadualkan. Sebaik sahaja turun dari tren, kami melalui kawasan deretan kedai dimana kebanyakkannya masih belum buka mungkin disebabkan masih terlalu awal. Setelah 10 hingga 15 minit berjalan kami menjumpai muzium yang dicari. Malangnya muzium tersebut ditutup kerana hari itu merupakan hari cuti umum bagi Osaka. Kami sedikit kecewa, tetapi perjalanan harus diteruskan.


2.5 Umeda Sky Building
Tapak kaki kami mulai terasa sakit. Kami memutuskan untuk berehat dan makan tengahari di bawah pohon rendang berdepanan dengan Umeda Sky Building. Hampir sejam kami berehat disitu.
Setelah lama berehat kami menuju ke hadapan bangunan tersebut. Kelihatan ramai pelancong berswafoto di hadapan bangunan itu. Kami juga tidak melepaskan peluang untuk bergambar bersama.
Selesai sesi bergambar kami menuju ke puncak bangunan untuk melihat panorama seluruh bandar Osaka. Tiket masuk seorang adalah 1,000 yen. Pemandangan di atas amat menakjubkan. Memandangkan angin agak kuat waktu itu kami memutuskan untuk menikmati pemandangan di dalam bangunan. Di situ terdapat café dan kerusi yang disediakan untuk pengunjung beristirehat sambil menikmati pemandangan.



2.6 Namba
Tidak sah kalau ke Osaka tidak bergambar dengan poster “"Glico Man"” di Namba. Sampai sahaja di Namba Street saya agak teruja melihat poster Nino. LOL. Sebenarnya saya langsung tidak berminat dengan poster pakcik Glico itu, sekadar untuk tengok dan mengambil gambar untuk membuktikan kami sudah jejakkan kaki di Osaka. Suasana disini waktu malam agak meriah, ramai anak muda melepak Bersama rakan-rakan dan terdapat juga stesen televisyen sedang membuat rakaman / liputan. Sengaja saya lalu sebelah mereka dengan harapan mereka akan memanggil untuk “"interview"”. 😂
Setelah penat berjalan, barulah kami mula google Takoyaki Halal di sini. Akhirnya jumpa kedainya. Takoyaki disini sangat sedap ditambah pula dengan perut kami yang lapar.




~Tamat episod kedua~

Bonus - Jaguar Team
Dalam perjalan ke tren stesen kami ternampak sekumpulan pemain besbol sedang berlatih di padang. Besbol merupakan sukan yang agak popular di sini. Kami tidak melepaskan peluang untuk melihat mereka berlatih. Nasib baik kami tidak dihalau. Haha. Apa-apa pun saya puas hati dapat melihat pemain besbol berlatih secara langsung. 





LAGI GAMBAR DI OSAKA~




-Liyana Abdah- 

Follow me on Instagram Personal   I   Instagram Photography


No comments:

Post a Comment