Saturday, 4 November 2017

DIARI JEPUNKU 4 - KYOTO !

DATE : 19 SEPTEMBER 2017

4.0 Destinasi 
Kyoto & Kanazawa

4.1 Perjalanan
Osaka > Kyoto > Romantic Train > Arashiyama Bamboo Groove > Kanazawa



4.2 Hozugawa River Cruise
Rancangan asal kami sepatutnya menaiki river cruise ke Arashiyama Bamboo Groove. Malangnya, river cruise tidak beroperasi akibat kesan taufan Talim yang melanda di Laut China Timur. Sekarang baru kami faham kenapa tren ke Tottori semalam dibatalkan. (FYI, Tottori terletak bersebelahan dengan laut) Jadi kami mengubah rancangan untuk menaiki Romantic Train dahulu.
Pemandangan sepanjang perjalanan ke stesen Saga-Arashiyama
Sempat singgah beli 'souvenir' - Pepatung kayu yang boleh mengimbang
*Pakcik ni jual 1000 yen sahaja, jika anda beli di Arashiyama Bamboo Groove harganya 2000 yen
Musim menuai waktu ini di Kyoto

4.3 Sagano Romantic Train
Tren ini sangat menarik kerana ianya “"open-air"”. Kami berpeluang menikmati pemandangan sepanjang perjalanan sambil menghirup udara segar. Sepanjang perjalanan kami disajikan dengan keindahan sungai, pokok-pokok sakura dan juga gunung-ganang. Tren agak sesak kerana terdapat rombongan pelancong dari China/Taiwan/HongKong. Kurang pasti. ๐Ÿ˜…. Harga tiket tren adalah 620 yen seorang.
Inilah tren nya
Tugu di stesen Saga-Arashiyama
Sudah sampai di Arashiyama Bamboo Groove

4.4 Arashiyama Bamboo Groove
Turun sahaja tren, kami dapat melihat rimbunan buluh-buluh sepanjang perjalanan. Terselit juga bunga cosmos disebalik buluh. Pemandangan sungguh indah tidak terkata. Saya berpeluang merasa makanan kegemaran Sinbad (watak dari anime Ninja Boy yang selalu bersiaran di saluran NTV7) iaitu “"Dango"”. Rasanya agak sedap, sedikit manis dan juga masin.
Pelancong agak ramai pada hari itu. Nak dapat gambar tanpa “"photobomb"” ? Memang tak dapatlah. ๐Ÿ˜‚๐Ÿ˜‚๐Ÿ˜‚








Terbeli aiskirim ini sebab unik dan cantik
Dango..nyum!


Cubaan melompat gagal

Serius cantik, tenang je~


Photoshot wedding atau majalah ?!


4.5 Kanazawa
Kami selesai berjalan di Kyoto agak awal kerana river cruise telah dibatalkan. Jadi kami meneruskan rancangan untuk ke bandar Kanazawa. Jika sampai awal bolehlah kami berehat lama sikit. Perjalanan kami agak lancar, tren sampai pada waktunya, bas sampai tepat mengikut jadual (tidak lambat 1 minit pun, kagum), dan rumah sewa kami juga mudah dijumpai (dengan pertolongan seorang makcik dan anjingnya “"Obasaan, Arigatou ~!!!"”).

~Tamat Episod Keempat~

Bonus - Pemain Muzik Jalanan (Cajicose)
Sewaktu berjalan di bamboo groove, kami terserempak dengan seorang pemuzik sedang membuat persembahan. Kami berhenti sebentar untuk mendengar keunikan alunan muzik yang didendangkan. Beliau menggunakan alat muzik berbentuk seperti kuali berlekuk-lekuk, maaf tidak tahu nama alat muzik itu, Encik Google pun gagal membantu. Rakanku amat mengagumi persembahan beliau hingga membeli CD jualannya. Kelihatan beberapa pelancong lain turut membelinya.

Mari layan video~





Keep Calm and Wait my Next Entry !



-Liyana Abdah- 

Follow me on Instagram Personal   I   Instagram Photography

No comments:

Post a Comment