Friday, 10 November 2017

DIARI JEPUNKU 6 - HIDA x GATTAN-GO

DATE : 21 SEPTEMBER 2017

6.0 Destinasi 
Rail Mountain Bike Gattan-Go / Hida Furukawa

6.1 Perjalanan
Kanazawa > Gattan Go > Hida Furukawa > Takayama

6.2 RMB Gattan-go!
Kami menaiki teksi seawal jam 6.00 pagi untuk mengejar tren ke Toyama pada jam 7.00 pagi. Jika kami terlepas tren ini bermakna kami akan terlepas bas untuk ke gattan-go. Alhamdullillah semua berjalan lancar. Kami tiba di Gattan-go jam 9.30 pagi.
Apa yang menarik disini ?
Disini terdapat aktiviti berbasikal, bukan di atas jalan raya atau di sawah padi, tetapi di atas rel keretapi. Unikkan?
Kami sangat teruja untuk melakukan aktiviti ini. Kebanyakkan pelancong yang hadir adalah rakyat tempatan, hanya kami dan dua orang pelancong asing yang menyertai. Bayaran yang dikenakan adalah sebanyak 1,500 yen seorang.
Tepat jam 10.00 pagi kami bersama-sama pengunjung lain mula bersiap sedia untuk memulakan aktiviti. Rasa berdebar-debar hati sewaktu mereka meminta kami untuk naik basikal. Lima minit sudah berlalu, pengunjung-pengunjung lain sudah mula mengayuh basikal mereka dan kini tiba giliran kami pula. Kami mulakan kayuhan dengan Bismillah. Gedengg..gedengg..gedegukk..bunyi sewaktu kami mengayuh. Bunyinya seperti keretapi sedang berjalan. Kami telah diberitahu bahawa ada juru gambar mereka akan menangkap gambar kami di point pertama. Apabila sampai di point tersebut kami segera mengangkat kedua belah tangan (itu sahaja gaya yang sempat kami fikir.
Kami meneruskan perjalanan sambil menikmati pemandangan kawasan perumahan, gunung-ganang dan langit membiru. Setelah 5 minit atau lebih berkayuh kami melalui terowong gelap, pendek sahaja terowong ini, tetapi sangat sejuk didalam dan gelap. Seronok. Kami melalui tiga terowong dimana terowong terakhir adalah terowong yang paling panjang. Perjalanan kami didalam terowong ditemani oleh bunyi rel keretapi, angin yang sejuk dan cahaya lampu dari basikal. Disebabkan cuaca pada hari tersebut agak panas, jadi kami memang menanti terowong disepanjang perjalanan.
Setelah 20 minit mengayuh kami sampai di penghujung. Kami menunggu untuk berpatah semula ke tempat permulaan.
Setelah 10 minit berehat, kami memulakan perjalanan untuk pulang. Perjalanan sewaktu pergi amat menyeronokkan, tetapi perjalanan pulang sedikit menyiksakan kerana menaiki bukit. Arghhh..separuh perjalanan kami mula terasa lenguh di kaki, rasa nak putus asa pun ada juga. Alhamdullillah setelah 30 minit berkayuh, kami tiba juga.🎉🎉🎉
Kami dah nak mula mengayuh ni, excited!
Mula untuk berpatah semula ke tempat permulaan tadi
Yang ni semua penduduk lokal, muda-muda lagi <3
Bersedia untuk masuk terowong gelap, best!
Ole-ole untuk dibawa pulang
Tren yang sudah tidak digunakan

6.3 Kafe Asunaro
Kami memutuskan untuk makan tengahari dahulu sementara mengunggu bas kami pada jam 12.30 hari. Kami ke kafe di sebelah RMB Gattan-go memandangkan itu sahaja kafe yang ada di area sana. Kafe tersebut agak popular kerana roti bakarnya yang sedap. Kafe ini hanya fokus menjual kopi, roti bakar dan sandwic sahaja. Kami memesan roti bakar telur, sandwic telur dan roti bakar jem strawberi. Sambil menunggu makanan, kami membelek gambar yang ditangkap oleh juru gambar sewaktu kami berbasikal tadi. Cantik gambar itu, kami membelinya sebagai kenang-kenangan. 500 yen untuk 2 keping gambar. Setelah 10 minit menunggu makanan kami pun sampai. Kami menjamah roti-roti tersebut. Rasa seperti telah lama kami tidak makan makanan yang sedap. (5 hari ber'onigiri dan ber'Brahim sahaja). Serius roti bakar mereka sangat sedap. Terbaik!!! 👍



6.4 Stesen JR
Jam 12.30 hari bas kami tiba, kami menaiki bas ke stesen JR terdekat untuk ke Hida Folksvillage. Kami berhenti di stesen bas (tidak ingat nama), kami sangkakan stesen JR terletak berdepanan dengan bas stesen, rupa-rupanya kami perlu mendaki sedikit untuk ke sana. Kami mendaki bersama-sama beg kami. Malangnya kami terlepas tren. Wuwuwu~
Stesen lengang, tiada orang menunggu, konduktur dan penjaga stesen juga tidak kelihatan. Hanya kami berdua disana menunggu tren seterusnya pada jam 4.30 petang. Hampir 2 jam kami menunggu tren disana. Krik krik krik. Kami membuka lagu di telefon pintar sambil mengemaskini laman muka buku dan Instagram masing-masing.😂
Terkandas. Berdua. Sekali lagi.😂
Akibat suka ke kawasan pedalaman. Tren hanya muncul sekali sekala. Huhu 😂😂😂


6.5 Hida Furukawa
Akhirnya kami sampai juga ke destinasi kami iaitu Hida Furukawa. Masih ingat lagi suatu ketika dahulu viral di laman media social bahawa longkang Jepun sangat bersih hingga ikan Koi boleh hidup disitu ? Disinilah salah satu tempatnya. Ya kami kesini hanya ingin tengok ikan Koi di dalam longkang. Haha. Kami tiba disana agak lewat dan hanya mempunyai 2 jam untuk bersiar-siar kerana langit akan mulai gelap pada jam 6.30 petang. Kami mengambil peta dan mula mencari longkang. LOL. Sebenarnya ia bukan dipanggil longkang tetapi terusan. Di sepanjang terusan ini terdapat beratus-ratus ekor ikan Koi yang hidup. Bermacam-macam warna ikan yang kami jumpa, hitam, oren, kuning, turquoise, putih dsb. Semuanya sihat-sihat dan besar belaka. Airnya cukup jernih dan bersih. Tidak kelihatan walau secebis sampah di dalamnya. Kami tidak melepaskan peluang untuk memberi makan pada ikan-ikan tersebut. Makanan ikan ada disediakan, kami cuma perlu membayar 100 yen untuk satu paket makanan ikan.
Kami sambung bersiar-siar di kawasan kampung. Kebanyakkan kedai dan muzium telah tutup pada jam 5 petang. Maklumlah kawasan kampung pada jam 6.00 petang sudah sunyi. Kami bersiar-siar sambil mengambil gambar dan pulang ke stesen tren untuk ke rumah rehat yang telah ditempah di Takayama.
Inilah terusannya..banyak ikan koi dalam ni
Kuil
Sungai yang jernih
Kawasan kampung..bersih je
Kedai Sake
Daun Ginko yang masih belum menguning
Inilah ikan-ikan koi tadi, semuanya sihat-sihat dan besar

6.6 Rumah Rehat Fish in The River
Kami tiba di Takayama dalam jam 7.30 petang. Kami membuat keputusan untuk meninggalkan beg di loker stesen kerana kami akan bergerak awal pagi keesokannya. Kami hanya membawa pakaian tukar dan keperluan lain ke rumah rehat. Sebelum ke sana, kami singgah ke restoren halal berdekatan dengan tren stesen. Restoren tersebut menyajikan masakan india. Akhirnya kami dapat makan ayam goreng. Serius rindu sangat dengan ayam goreng. Selesai makan malam kami berjalan ke rumah rehat, kami membayar 6,500 yen untuk satu malam. Agak mahal tetapi dekat dengan stesen dan dapat bilik peribadi. Rumah rehat ini berkonsepkan tradisional jepun. Rumahnya sangat bersih, cantik dan mempunyai laman di tengah-tengah. Rasa macam orang jepun pula tinggal di situ. Malangnya kami hanya bermalam satu hari sahaja disitu.

~Tamat Episod Keenam~

Bonus - Nenek di Kampung Hida
Sewaktu bersiar-siar dan mengambil gambar di kawasan kampung, kami ditegur oleh seorang nenek. Beliau bertanya kami berasal dari mana. Kami mengatakan kami dari Malaysia. Riak wajahnya nampak gembira sekali. Agaknya ini kali pertama orang Malaysia ke sini kah atau pun jarang-jarang sekali pelancong luar datang kesini. Nenek tersebut mengucapkan terima kasih kepada kami kerana mengunjungi kampungnya sebelum beredar. Rasa berbunga-bunga hati bila nenek tersebut sudi menegur kami. Terima kasih nenek! 😘

Video di Gattan-Go

Video di Hida Furukawa

<Episod 5 - Kanazawa  I  Episod 7 - Shirakawa-go>

TIPS: 
Dari stesen Kanazawa ke Gattan-Go RMTB
1. Tren & Bas - Ambil tren Hokuriku-shinkasen turun di stesen Toyama (20 minit), kemudian ambil bas di stesen Toyama Ekimae dan turun di stesen Kyuokuhidaonsen Guchieki (1 jam 40 minit). Kos dalam RM180 sehala, jika anda ada JR pass hanya perlu bayar tambang bas RM50 sehala)

2. Bas - Ambil bas di stesen Kanazawaeki turun di stesen bas Kyuokuhidainsen Guchieki (2 jam 50 minit). Anda perlu menukar bas dalam 2 kali sebelum sampai ke sini. Kos dalam RM90 sehala)

Bayaran aktiviti : RM60

Klik sini untuk LAMAN WEB RASMI RMTB GATTAN-GO!

Dari Gattan-Go RMTB ke Hida Furukawa
Bas & Tren - Ambil di stesen Kyuokuhidaonsen Guchieki dan turun di stesen bus Inotani. Berjalan sedikit untuk ke stesen JR Inotani, kemudian ambil tren JR Hida (limited Ekspress)  turun di stesen Hida-Furukawa ( 2 jam 30 minit). Kos dalam RM110 sehala, jika anda ada JR pass hanya perlu bayar tambang bas RM8 sehala)

*Disebabkan sini adalah kawasan pedalaman, kekerapan bas dan tren sangat kurang, jadi rancang perjalanan anda baik-baik jangan terkandas di sana sudah.huhu.


Keep Calm and Wait my Next Entry !



-Liyana Abdah- 

No comments:

Post a Comment