Wednesday, 8 November 2017

MAKANAN HALAL DI CHIANGMAI / CHIANGRAI ?


Hi, seperti  yang dijanjikan, post kali ini saya akan senaraikan kedai makan halal yang best di Chiangmai / Chiangrai.


CHIANGRAI
Buat pengetahuan anda, Chiangrai merupakan kawasan kampung, boleh dikira sebagai kawasan pedalaman juga. Penduduk Islam juga jarang-jarang anda boleh berjumpa di sini. Untuk mencari kedai makan yang halal di sini agak sukar. Jika anda 'google' pun hanya dua tempat yang anda akan jumpa. Walaubagaimanapun, ini tidak akan menjadi masalah kerana kebiasaan trip ke Chiangmai hanyalah sehari (day trip) sahaja. Jika anda tidak yakin dapat mencari makanan halal di sini, boleh sediakan bekal yang cukup dari Chiangmai.

Inilah adalah kedai halal yang anda boleh singgah jika ke sini.

1. RUAMMIT1 RESTAURANT, CHIANGRAI
(Rating : 3.5 Bintang)
Jenis makanan : Thai Cuisine
Harga :  bermula dari RM8 hingga RM40
Restoren ini terdapat juga beberapa cawangan lain di Thailand termasuk Chiangmai. Saya singgah ke sini untuk makan tengahari sewaktu di Chiangrai. Jujur cakap, makanan di sini sedap cuma Tom Yum sahaja kurang sedap. Macam tak ada 'kick' tom yum nya. Tetapi lauk lain semuanya sedap. Disini terdapat surau disediakan, jadi mudah untuk kita lakukan solat jama' & qasar.

2. SALEEMA MUSLIM FOOD, CHIANGRAI
(Rating : - )
Jenis makanan : Egg Noodle Cuisine
Harga : Bermula RM8 hingga RM20
Saya tidak singgah ke sini kerana jadual kami seterusnya adalah ke Mae Sai Market (Northern Most of Thailand). Jika mengikut kajian yang saya jumpa di 'google', restoren ini agak sedap dan murah. Tidak tahulah kebenarannya. Jika anda ke sini boleh bagi 'review' nanti ya!

3. MAE SAI MARKET, BORDER OF THAILAND
(Rating : - )
Jenis makanan : Street food
Harga :  Bermula dari RM4 hingga RM15
Tidak sah jika anda ke Chiangrai tetapi tidak singgah di sempadan Thai-Myanmar ini. Disini pelbagai barangan dijual, tidak kurang juga gerai-gerai makanan yang dibuka untuk pengunjung-pengunjung yang gemar mencuba 'Street Food'. Di sepanjang pasar ini saya ada terjumpa beberapa gerai halal yang menjual makanan seperti mee, burger, minuman dan juga penkek thailand. Harga makanan yang dijual juga berpatutan dan lebih murah dari restoren. Jadi makan malam anda boleh jimat di sini. Disini juga terdapat jual buah-buahan segar seperti pisang kaki, plum, mangga dengan harga yang agak murah.


CHIANGMAI
Berlainan dengan Chiangrai, Chiangmai merupakan bandar yang sedang membangun. Untuk mencari makanan halal di sini tidak sesuaar di Chiangrai kerana di sini terdapat 'Halal Street/Town'. Di lorong ini terdapat beberapa buah restoren dan gerai-gerai kecil yang menjual makanan halal. Berikut adalah senarai kedai / restoren :

1. RUAMMIT1 RESTAURANT, CHIANGMAI
(Rating : 3.5 Bintang)
Jenis makanan : Thai Cuisine
Harga :  bermula dari RM8 hingga RM40
Restoren ini sama seperti di Chiangrai. Saya tidak singgah ke sini kerana telah mencuba makanannya di Chiangrai. Jika anda suka dengan masakan di restoren ini boleh singgah lagi di Chiangmai.


2. YARING CUISINE, CHIANGMAI
(Rating : 4.5 Bintang)
Jenis makanan : Southern Thai Cuisine
Harga :  bermula dari RM8 hingga RM40
Restoren ini sangat cantik deco nya. Bersesuaian dengan zaman sekarang yang 'hipster', restoren ini amat sesuai untuk hipster-hipster di luar sana. Saya pun amat suka restoren ini, seronok bergambar di sini. Restoren ini sekali dengan rumah tumpangan Changmoi House. Rumah tumpangan di sini juga sangat cantik dan bersih sekelilingnya. Harganya juga tidak terlalu mahal. Jika saya ke sini sebagai backpackers mungkin saya akan memilih untuk menginap di sini. Okay berbalik pada rasa makanan di sini, rasa makanan di sini boleh dikategorikan sebagai sedap, cuma mungkin 'portion' makanan agak sedikit (pada saya lah). Tetapi tetap berbaloi untuk singgah makan di sini.
Pintu masuk. Maaf tiada gambar makanan, bila lapar semua terlupa.lol
Dibahagian luar restoren. Cantik!

3. TAKAWA HALAL CUISINE RESTAURANT, CHIANGMAI
(Rating : 4 Bintang)
Jenis makanan : Thai Cuisine
Harga :  bermula dari RM10 hingga RM40
Restoren ini menghidangkan makanan asli thai seperti tomyam, somtam dsb. Rasa makanan di sini agak sedap. Sepanjang 4 hari saya di sini, kedai ini sahaja yang menghidangkan tom yum yang sedap. Lauk-lauk lain seperti somtam, ikan dll juga sedap. Kedai ini berkonsepkan kafe, sangar santai, selesa dan cantik. Sesuai untuk 'melepak' di sini sekejap sambil minum kopi.
Sempat tangkap gambar dari dalam van sahaja sebab terlupa...huhu

4. KHUM KHANTOKE HALAL RESTAURANT
(Rating : 4.5 Bintang)
Jenis makanan : Khantoke dinner (Tradisional Thai Cusine)
Harga :  RM50 hingga RM60 seorang
Khantoke dinner merupakan makanan tradisi rakyat Thailand pada zaman dahulu (sehingga sekarang). Setiap makanan akan dihidangkan di dalam mangkuk kecil dan diletak di dalam dulang besar. Makanan ini akan dikongsi dalam 3 hingga 4 orang. Risau makanan tidak cukup? Jangan risau, jika makanan di dalam dulang anda telah habis, pelayan-pelayan di sana akan menambah untuk anda. Antara lauk pauk yang dihidangkan ialah ayam goreng, kari ayam, keropok, ulam-ulam dan sambal belacan, pisang goreng dan lain-lain. Dalam dulang anda akan dapat 5 hingga 6 lauk pauk.
Jika anda ke Chiangmai wajib singgah restoren ini. Kenapa ? kerana di sini anda akan disajikan dengan persembahan tarian-tarian tradisional Thai dan juga nyanyian lagu tradisional. Di sini sahajalah anda dapat merasa pengalaman makan malam sambil ditemani persembahan unik dari mereka. Di sini juga kameraman mereka akan menangkap gambar anda bersama pelayan yang berpakaian tradisional, kemudian akan mencuci dan bingkaikannya untuk dijual kepada pengunjung sebagai kenang-kenangan. Saya membelinya kerana gambar yang ditangkap oleh mereka cantik dan dapat bingkai sekali dengan harga 100 bhat sahaja. Berbaloi sebagai kenangan.
Kawasan persembahan
Hidangan Khantoke

5. HALAL STREET HILAL TOWN
pinjam gambar google sebab gambar saya tak lawa pula
Halal street ini terletak berdekatan dengan Night Market, dalam 300 meter sahaja. Di sini terdapat banyak kedai yang menghidangkan makanan halal. Antara kedai yang terdapat di sini :

 i. Asma Restoren (Rating : 2 bintang)
ii. Arabia Restoren (Rating : 3.5 bintang)
iii. Khao Soi Islam (Rating : 4 bintang) *Egg noodle terbaik!
iv. Babylonian Iraqi Restaurant (Rating : 3.5 bintang)
v. Al-Hussain Restaurant (Rating : 3.5 bintang)
vi. Mat'am Ikhwan Restaurant (Rating : 4 bintang)
vii. Choei Cafe & Bistro (Rating : 5 bintang)
x. Al-Reem Restaurant (Rating : 3 bintang)

Saya hanya lalu sahaja di sekitar restoren ini kerana makanan telah di sponsor oleh company. Di atas saya sertakan rating mengikut komen-komen yang diberikan oleh pengunjung-pengunjung.
Di lorong ini juga terdapat banyak rumah tumpangan untuk anda sewa. Masjid dan pusat Islam Chiangmai juga berada di kawasan ini.
Masjid di Chiangmai. Besar.

6. RESTOREN / KAFE DI SEKITAR NIGHT MARKET
Di sekitar night market terdapat kafe dan restoren makanan segera jika anda ingin singgah berehat sambil minum kopi dan mengguna wifi. Antaranya adalah:

i. STARBUCKS COFFEE
ii. McDONALD (non-halal)
iii. BURGER KING (non-halal)
iv. HARD ROCK CAFE (non-halal)

Sekian sahaja post kali ini. Harap dapat membantu anda untuk membuat keputusan dalam memilih restoren halal di sana nanti.

Klik sini untuk



Keep Calm and Wait my Next Entry !



-Liyana Abdah- 



No comments:

Post a Comment