Tuesday, 14 November 2017

SEHARIAN DI TAMAN BOTANI KL


Tarikh : 9 April 2016

Hi, kali ini saya ingin 'throwback' lagi kisah saya di TAMAN BOTANI KUALA LUMPUR pada April 2016 yg lalu.

Tangan saya sudah mula gatal untuk mengetip butang kamera. Rindu sudah lama tidak menangkap gambar. Disebabkan saya masih belum pernah pusing satu taman botani KL, saya membuat keputusan untuk melawat ke sana sahaja. Dua rakan saya yang tiada aktiviti pada hari tersebut sudi menemani saya ke sana.

Checklist
Kamera
Battery kamera
Tripod 

Okay setelah memastikan semua bahan-bahan utama dibawa untuk sesi fotografi nanti, saya mula bergerak ke rumah kawan untuk mengambil mereka. Kami tiba di taman agak lewat sedikit kerana singgah sarapan dahulu di gerai nasi lemak Tanglin. Gerai ini sangat popular di KL, ketika kami sampai disana ramai orang sedang beratur untuk membeli nasi lemak. Bagi saya nasi lemak disini memang sedap terutamanya sambal sotongnya.


TAMAN ORKID
Taman pertama yang kami singgah ialah taman orkid. Taman ini berhadapan dengan taman rama-rama dan taman burung. Dua tahun yang lepas saya pernah ke taman rama-rama bersama keluarga, tetapi rama-rama tidak banyak di sini. Kecewa.

Jika ikutkan taman orkid ini perlu dibayar sebelum masuk, tetapi tiada orang yang jaga di sini, hanya terdapat pondok jaga sahaja tanpa orangnya. Mungkin sekarang tidak perlu bayar lagi agaknya. Kami pun melangkah masuk dengan perasaan ragu-ragu. Tiada orang di dalam selain kami. Yay! Kami buat taman ini macam milik kami. LOL.
Saya sedikit kecewa kerana taman ini dinamakan taman orkid tetapi dimana bunga nya ??? Hahaha.. Tipulah tiada bunga langsung kan, tetapi bunganya sikit sangat, jauh beza dengan apa yang saya bayangkan. Disebabkan tiada orang di sana kami mula menangkap gambar dengan aksi-aksi pelik, melompatlah, berlari dsb. 
Rasa letih bergambar ini macam berjogging 3 km pula. Tidak dinafikan landskap di taman tersebut agak lawa cuma saya perasan kurangnya penyelenggaraan dari pihak bertanggungjawab.
Setelah cubaan melompat beberapa kali gagal, ambil gambar biasa shj. lol.
Orkid putih, suci je
 





TAMAN BUNGA RAYA
Selesai Taman Orkid, kami bergerak ke Taman Bunga Raya pula. Bunga raya itu ada tetapi macam kurang sihat saya tengok, mungkin disebabkan cuaca yang terlalu panas. Kami singgah di sini tidak terlalu lama kerana cuaca sudah mulai panas terik, tak tahan kot. Apa yang menariknya disini terdapat satu bangunan stail zaman kolonial dan terdapat air pancut didalamnya. Memang sesuai sangat kalau nak buat photoshot di sini.
Noted
Nasib ada beberapa kuntum bunga raya
Cantik tempat ni dan panas lit lit
Small  fountain

TAMAN HERBA
Kami teruskan perjalanan kami ke taman herba pula. Nasib baik di sini sejuk sedikit sebab cahaya matahari terlindung dengan pokok-pokok di sana. Tiada apa sangat yang saya boleh bercerita mengenai taman ini tetapi laluan pejalan kaki dan lorong-lorong di sini sangat cantik. Pokok-pokok herba dan rempah di sini banyak juga lah walaupun tak tahu pun itu pokok apa. Haha.
Cantik bunga ni, warna oren coral camtu
Tengok pantulan matahari pada atap kayu tu, cantik sangat
Akar berpusing



AIR TERJUN BUATAN
Setelah habis berpusing-pusing ketiga-tiga taman tadi, kami sudah buntu untuk kemana pula, jadi kami pusing-pusing sahaja di dalam menggunakan kereta. Tiba-tiba kami ternampak satu air terjun buatan di tengah jalan. Cantik! Kami mencari tempat parking kereta dan berjalan menuju ke sana. Bermulah sesi fotografi kami. Masalahnya kami semua 'kayu' di depan kamera. Beberapa kali shot hanya beberapa keping sahaja yang jadi. Haha.



SUNKEN GARDEN (TAMAN TENGGELAM)
Dengar nama taman ini sahaja sudah cukup menarikkan? Hari sudah mulai lewat sebenarnya tetapi kami tetap ingin mencari taman ini. Letih juga berpusing-pusing di sini mencari taman tenggelam ni. Rasanya kami telah melalui banyak tempat seperti stadium, laman perdana, taman permainan dsb sebelum tiba di sini. Sebaik sahaja sampai kami berehat dahulu. Puas berehat barulah kami mula menangkap gambar di sini. Kelihatan terdapat satu atau dua pasangan sedang menangkap gambar perkahwinan mereka di sini. Harap kami tak fotobom dalam album mereka nanti. Haha. Dalam 30 hingga 40 minit kami berada di sini. Bateri kamera saya sudah habis, ini menandakan sudah tibanya waktu untuk kami pulang. Sebelum pulang kami sempat singgah di taman permainan untuk berehat sambil melihat kanak-kanak yang seronok bermain. Tamat.
tepi tu pasangan sedang fotoshot 


Selain tempat-tempat yang saya senaraikan di atas, di sini juga terdapat tempat menarik yang anda boleh singgah. Untuk maklumat lebih lanjut boleh lawat laman web rasmi KL BOTANICAL GARDEN

TIPS:
Jika ingin bergambar di kawasan taman / hutan / kawasan yang menghijau / kecoklatan, memakai pakaian (at least tudung la) yang terang seperti merah dan pink paling sesuai kerana akan menaikkan seri gambar anda. Elakkan berpakaian gelap seperti hitam, biru gelap dan coklat gelap kerana gambar anda akan nampk suram.


Keep Calm and Wait my Next Entry !



-Liyana Abdah- 

No comments:

Post a Comment