Saturday, 4 November 2017

THAILAND TIPS - PERBEZAAN 'KRAP', 'KA' & 'HA'



Hi, post kali ini saya ingin berkongsi sedikit berkenaan perkataan 'ka', 'krap' dan 'ha'
Bagi sesiapa yang pernah ke Thailand, mesti anda sudah biasa mendengar penduduk lokal disana memberi salam pada anda. Ucapan salam bagi rakyat Thailand  ialah "sawadee" yang bermaksud selamat sejahtera. Ucapan ini boleh digunakan pada waktu pagi, tengahari, petang dan juga malam. Satu perkataan sahaja, senang untuk diingati. Simple!

Walaubagaimanapun, anda perlu berhati-hati ketika menyebut perkataan ini. Jika tersalah sebut boleh membuatkan orang thai disana salah faham dengan anda. 
Apa yang anda perlu tahu ? Mari saya terangkan dibawah.

Kadang-kadang kita akan mendengar mereka menyebut sawadee-ka, sawadee-krap dan jarang-jarang sawadee-ha.

Berbeza kah maksudnya ???

Jawpannya TIDAK. Semuanya masih bermaksud selamat sejahtera. Yang membezakannya adalah siapa yang mengucapkannya.

Ucapan Sawadee-KA adalah khas untuk golongan WANITA sahaja,

manakala ucapan Sawadee-KRAP adalah untuk LELAKI,

dan istimewa sedikit bagi ucapan Sawadee-HA adalah untuk golongan "SHE-MALE/LADY-BOY".
Haa nampak tak di mana bahayanya ???

Jadi kalau anda berada di sana dan terdengar orang memberi ucapan selamat pada anda diakhiri dengan 'HA' mohon berhati-hati terutamanya kaum lelaki, kerana golongan HA disana memang sangat lawa, lagi lawa dari wanita asli. Hahahaha.

Bagi kaum wanita, jangan terslah sebut KA dan HA ya, nanti mereka salah faham anda itu bukan perempuan asli. LOL

Sekian. Harap bermanfaat.

Nota kaki:

Perkataan2 lain seperti 'kop khun' bermaksud terima kasih juga menggunakan rule yang sama.





Keep Calm and Wait my Next Entry !



-Liyana Abdah- 

No comments:

Post a Comment