Sunday, 12 November 2017

TRAVEL SENDIRI ATAU MENGIKUT EJEN ?!


September lepas merupakan pertama kali saya dan  seorang lagi rakan ke Jepun. Kami merancang perjalanan kami selama setahun.
Saya berkeras untuk tidak mengambil mana-mana khidmat ejen pelancongan di Malaysia. Walaupun tawaran percutian ke Jepun seperti cendawan tumbuh selepas hujan sejak dari tahun lepas lagi, saya tetap dengan keputusan yang telah dibuat. 

Kenapa kami tidak memilih untuk mengikut ejen pelancongan ?! 
Ini antara sebab-sebabnya:-

1.0 Mahal
Kalau ikut ejen kenalah melabur lebih sedikit tapi apa yang baiknya, kita tak perlu pening memikirkan jadual perjalanan, bajet dsb kerana semua sudah termasuk dalam pakej. Kenapa saya kata mahal jika ikut ejen pelancongan ? Kebanyakkan pakej-pakej yang disediakan sudah termasuk tempat tinggal, pengangkutan dan makanan Bukan ka

2.0 Jadual (Ittinery) 
Kebanyakkan ejen pelancongan akan melawati tempat-tempat yang popular (tourist main attraction) sahaja. Memandangkan taste kami berdua agak pelik (suka pergi tempat-tempat yang kurang pelancong), jadi setiap ittinery yang ditawarkan oleh agen pelancongan memang sangat tidak menarik perhatian kami. Lagipun saya berasa seronok sewaktu membuat ittinery. Setiap hari ada sahaja tempat-tempat menarik yang akan saya jumpa ketika membuat research.

3.0 Kebebasan
Jika kami mengikut pakej tour, pastinya jadual telah ditetapkan. Rasa terkongkong itu saya tidak suka. Rasa stress pula jika saya tidak dapat meluangkan masa yang lebih sewaktu berada di tempat yang menarik.

4.0 'Stranger'
 Saya jenis yang introvert, jadi untuk bergaul dengan orang yang tidak dikenali agak sukar untuk dilakukan. Lebih elok travel sendiri dari rasa tidak selesa sepanjang masa.


Walaubagaimanapun terdapat juga kelebihan jika anda memilih pakej dari ejen-ejen pelancongan. Antaranya adalah:

1.0 Jimat Masa
Bagi anda yang sibuk bekerja semestinya kekurangan masa untuk memikir dan meluangkan masa untuk mengira bajet dan merancang jadual perjalanan kesana. Ambil pakej adalah jalan penyelesaiannya. Semuanya telah siap disediakan oleh ejen pelancongan. 

2.0 Banyak Pilihan
Sekarang terdapat banyak pakej-pakej pelancongan yang ditawarkan. Jika anda pergi ke Matta Fair, bersepah-sepah ejen pelancongan membuat tawaran. Ada yang murah dan juga sedikit mahal. Anda cuma perlu bijak memilih dan berhati-hati dalam memilih ejen pelancongan. Seeloknya kaji dahulu asal usul syarikat pelancongan tersebut. Membaca komen / review dari orang lain juga berguna dalam memastikan anda tidak salah membuat pilihan.

3.0 Perjalanan Terancang
Perjalanan anda di sana semestinya akan terancang. Waktu makan, waktu solat, waktu rehat semuanya akan dititikberatkan oleh ejen-ejen pelancongan. Anda cuma perlu ikut sahaja jadual yang telah disediakan. Mudah!

4.0 Kenderaan
Jika anda mengikut ejen pelancongan, masalah kenderaan tidak lagi menjadi masalah. Kebanyakan ejen akan menyediakan bas atau van private untuk pelanggan-pelanggannya. Jika anda memilih pakej bajet yang memerlukan anda menaiki kenderaan awam, ia juga tidak akan menjadi masalah kerana guide anda akan memberi arahan tren / bas apa yang anda perlu naik. Tidak perlu pening kepala memikirkan bas/tren mana patut dinaiki dan dimana anda perlu turun pula.

Sekian sahaja post kali ini. Harap membantu!


Keep Calm and Wait my Next Entry !



-Liyana Abdah- 


No comments:

Post a Comment