Saturday, 4 November 2017

TRIP JEPUN - BAJET & TEMPAT MENARIK !


Pada bulan September 2017 yang lalu, aku dan seorang lagi rakanku telah berjaya menjejakkan kaki ke negara Matahari terbit iaitu Jepun. Memang sudah lama aku ingin ke Jepun akhirnya setelah 28 tahun hidup, berjaya juga ke sini dengan menggunakan duit simpanan sendiri.

Okay tak nak cerita panjang-panjang kerana anda boleh baca pengalaman kami di sana secara terperinci di DIARI JEPUNKU - EPISOD 1 DIARI JEPUNKU - EPISOD 2 DIARI JEPUNKU - EPISOD 3, episod 4 hingga 10 bakal menyusul.

Post kali ini saya ingin kongsi bajet dan senarai tempat yang saya kunjungi sepanjang 10 hari di sana.
FYI - bajet dan itinery kami rancang selama 1 tahun (lama tak~?) Haha.


BAJET

TIKET PENERBANGAN
1. KLIA2 ke Kansai Airport (Osaka) - RM659/seorang
*Kami naik AirAsia sebab ada promo masa ni.
*Kami ambil luggage 20kg sekali dengan makanan.
2. Haneda Airport (Tokyo) ke KLIA2 - RM512/seorang + RM52 = RM564/seorang
TOTAL - RM1,223

*Last minit kami tambah seat, jadi 2 orang dapat 1 row sebab tempat duduk AirAsia tersangatlah kecil dan tidak selesa tambahan pula saya ni plus size. Kena tambah dalam RM52/seorang

TIPS: Kalau nak jimat lagi elok ambil flight return i.e dari KL-OSAKA-KL or KL-TOKYO-KL, jika Airasia buat promo boleh dapat dalam RM800 je seorang.


JR PASS (JAPAN RAIL PASS)
7 Hari JR pass - RM1,115
*Pass ni kena beli di luar Jepun sahaja. Jadi kami beli di Malaysia la kan :P
*Kami beli dari HIS travel agent. Masa ni mereka buat promo sebab rate Jepun tengah turun. Biasa harga pass ni dalam 1,200 ke atas.
TIPS: JR Pass hanya boleh dibeli sebulan sebelum tarikh perjalanan. 

METRO PASS JAPAN
2 hari metro pass - RM48
*Pass ini boleh dibeli dimana-mana Metro line stesen di Tokyo. Harga pass sehari RM24.
TIPS: Kad Metro hanya boleh digunakan pada Metro line stesen sahaja. Line lain seperti JR line dsb tidak boleh digunakan. Tetapi kebanyakkan tempat di Tokyo dapat akses menggunakan Metro line.
*Jika tidak mahu menggunakan pass ini sewaktu di Tokyo boleh juga beli SUICA card (macam Touch n Go) kena bayar deposit 1000 yen tak silap dan boleh topup kad. Deposit akan dipulangkan semula, anda hanya perlu ke kaunter di tren stesen. 
TIPS: Kad ini boleh digunakan dimana-mana tren stesen asalkan cukup baki didalam.


PENGANGKUTAN DI JEPUN

OSAKA
Tren selain JR tren - RM18

TOTTORI
Teksi - RM10

KYOTO
Romantic Tren di Arashiyama, Kyoto - RM25

KANAZAWA
1. Bas - RM40
2. Teksi- RM80

HIDA, GIFU
1. Bas ke Gattan-go - RM72
2. Bas tour (Shirakawa-go) - RM270 (termasuk makan tengahari)

TOKYO
1. Tren - RM50
2. Bas ke Chiba Mother Farm- RM74
3. Bas ke Fuji (pergi-balik) - RM140
4. Bas Hop On/Off di Fuji - RM26
5. Teksi ke Shinjuku Stesen - RM180
6. Sewa basikal (satu hari) di Kawaguchi Lake - RM60 

JUMLAH - RM1,045


HARGA TIKET MASUK

OSAKA
Umeda Sky Building - RM40

KYOTO
Toei Kyoto Studio Park - RM88

TOTTORI
Conan Museum Factory - RM28

KANAZAWA
1. Kenrokuen Garden dan Kanazawa Castle Park -RM20 (Combo)
* Jika harga satu taman - RM12
2. Sewa Kimono + Aksesori (beg, payung & terompah) - RM180 (Sehari)

HIDA, GIFU
Gattan-go Rail Mountain Bike (RMTB) - RM60

TOKYO
1. Chiba Mother Farm - RM54
2. Rumah Sejuk (-30C) di Chiba Mother Farm - RM8
3. Purikura (Tangkap gambar di mesin Purikura) - RM8

JUMLAH - RM486


LOKER BAGASI (LUGGAGE RENTAL)

KYOTO
1. Stesen Kyoto (Hari pertama) - RM20 (Loker Besar)
2. Stesen Kyoto (Hari Keempat) - RM20 (Loker Besar)

HIDA, GIFU
Stesen Takayama (Hari ke-6 dan 7) - RM40 (Loker Besar)

TOKYO
Kurier Bagasi ke Haneda Airport - RM135 (Bag lebih 20kg)

JUMLAH - RM215

TIPS: Harga loker berbeza mengikut saiz. 
Loker saiz L - 700 yen hingga 800 yen sehari (boleh muat sehingga 24 inci bagasi)
Loker saiz M - 500 yen hingga 600 yen sehari (Boleh muat sehingga 19 inci bagasi)
Loker saiz S - 300 hingga 400 yen sehari (boleh muat sehingga 15 inci backpack)

Jika anda ingin berjimat elok bawa bagasi kecil. Loker bersaiz kecil lebih banyak disediakan berbanding loker bersaiz besar. Jika anda tidak bernasib baik, loker besar mungkin habis terutama pada waktu 'holiday peak period'. Sesetengah stesen ada menyediakan tempat untuk meletak bagasi anda jika loker telah penuh. Bayarannya saya kurang pasti.

MAKANAN

OSAKA
1. Takoyaki - RM14 (5 biji)
2. Air / Makanan di kedai serbaneka - RM15 hingga RM30 (estimate 1 hari)

KYOTO
1. Green Tea Icecream - RM12
2. Strawberry Icecream - RM20
3. Dango - RM8
4. Air / Makanan di kedai serbaneka - RM20 hingga RM40 (estimate 2 hari)

TOTTORI
1. Epal Chizu - RM4
2. Air / Makanan di kedai serbaneka - RM10 hingga RM20 (estimate 1 hari)

KANAZAWA
1. Kakigoori (Ais Kepal) - RM15
2. Air / Makanan di kedai serbaneka -RM20 hingga RM40 (estimate 2 hari)

HIDA, GIFU
1. Restoren Asunaro (Gattan-go) - RM60 (Roti bakar telur dan Sandwich telur)
2. Restoren Halal Indian Food - RM120 (Nasi Goreng + Ayam Goreng + Tapau Nasi Goreng)
3. Kakigoori (Ais Kepal) - RM15
4. Aiskrim di Shirakawago - RM6
5. Air / Makanan di kedai serbaneka - RM20 hingga RM40 (estimate 2 hari)

TOKYO
1. Maid Cafe - RM120 (Manisan)
2. Sekai Cafe (Halal) - RM60 (Nasi Kari Jepun)
3. Food court Airport - RM60 (Roti Naan + Kari)
4. Aiskrim Vanila Karamel - RM10
5. Air / Makanan di kedai serbaneka - RM45 hingga RM80 (estimate 3 hari)

JUMLAH - RM780+-

*Di area Osaka air di mesin layan diri (vending machine) murah sedikit berbanding Tokyo. Harga air bermula dari 100 yen hingga 300 yen.
*Makanan di kedai serbaneka seperti roti, onigiri, bento dsb dalam 110 yen hingga 400 yen.

TIPS: Di Akihabara terdapat banyak maid cafe. Kami singgah di Maidreamin Cafe sebab salah seorang maid menghampiri dan mangajak kami ke cafe nya. Kami pun ikut je lagipun Maidreamin cafe merupakan maid cafe paling popular disana. Sebaik masuk sahaja satu kepala akan dikenakan cas sebanyak 500 yen dan satu kepala perlu menempah satu menu (tidak kira dessert atau main). Jika ingin bergambar dengan maid di situ perlu membayar 500 yen untuk sekeping gambar.
Harga masuk ke cafe biasanya berbeza mengikut cafe.
Harganya memang mahal tetapi ianya berbaloi untuk pengalaman yang akan dirasai.


RUMAH TUMPANGAN / HOSTEL

OSAKA
Rityu Apartment (Airbnb) - RM207 / seorang (4H3M)

KANAZAWA
Ruhe Maison Apartment (Airbnb) - RM136 / seorang (3H2M)

HIDA, GIFU
Fish in the River Hostel (Booking.com) - RM130 / seorang (2H1M)

TOKYO
Japan Lifestyle Apartment (Booking.com) - RM225 / seorang (4H3M)

TIPS: Tempah penginapan awal sama ada di booking.com atau Airbnb. Jika tempah lambat hanya tinggal apartment / hostel / hotel yang mahal sahaja. Rancang awal untuk jimat!

JUMLAH - RM698


WIFI
Unlimited Pocket Wifi - RM75
TIPS: Wifi boleh disewa dari travel agen di Malaysia. Kami sewa dari HIS travel agency, wifi laju dan boleh guna hingga 10 orang. Jimat!
Boleh dikatakan di kesemua kawasan di Jepun line mereka laju walaupun berada di kawasan pedalaman.


OLE-OLE (Maklumat Harga Sahaja)

OSAKA
1. Umeda Sky Building - Fridge magnet - 150 - 300 yen sebiji, Poskad - 100 yen
2. Osaka Castle - N/A

KYOTO
1. Toei Kyoto Studio Park - Pelbagai barangan ninja (replika/mainan) dan samurai dijual disini. Harga bermula dari 140 yen dan ke atas.
2. Arashiyama Bamboo Groove - Fridge magnet - 150 - 200 yen sebiji, Payung - 800 yen, Handmade firefly - 1000 - 2000 yen dll

TOTTORI
Conan Museum Factory - Di muzium ini terdapat kedai cenderamata barangan Conan, agak mahal tapi kalau dah minat akan beli juga. Harga bermula dari 300 yen ke atas.

KANAZAWA
1. Kenrokuen Garden / Kanazawa Street - Disini popular barangan yang menggunakan flake emas. Keychain, aiskrim, kek dsb. Harga bermula dari 250 yen ke atas.
2. Ishikawa Souvenir Shop - Pelbagai snek dan manisan dijual disini. Harga paling murah untuk snek dalam 250 yen.

HIDA, GIFU
1. Hida Folksvillage - Keychain, fridge magnet dan makanan seperti ikan kering dsb terdapat dijual disini. Harganya dalam 250 yen untuk keychain/ magnet, manakala makanan pula dalam 400 yen ke atas.
2. Gattan-go RMTB - Poskad - 50 yen sehelai, Baju - 1000-1800 yen, Fridge magnet - 200 yen

3. Shirakawa-go / Takayama - Harganya lebih kurang seperti di Hida Folksvillage. Snek dan biskut agak mahal tetapi semua comel-comel, berbaloi beli sebagai buah tangan untuk keluarga dan rakan-rakan.

TOKYO
1. Chiba Mother Farm - Keychain dan fridge magnet disini agak mahal. Harga bermula dari 300 yen
2. Takeshita street - Syurga fesyen di Jepun. Terdapat baju, beg, topi, kasut dsb. Harganya mahal tetapi semua branded dan original. Jika anda minat beg jenama Anello bolehlah beli disini kerana ianya lebih murah. Jimat RM50-100 untuk sebiji bag.
3. Kawaguchi-lake / Fuji - Baju - 1000 - 3000 yen, keychain / magnet - 250 yen ke atas, snek/biskut - 400 yen ke atas.


RINGKASAN
Pengangkutan - RM3,431
Tempat Tinggal - RM698
Makanan - RM780
Bagasi (Loker / Kurier) - RM215
Tiket Masuk - RM290
Wifi - RM75

TOTAL = RM5,489


    Nota Kaki : 
    *Kos pengangkutan kami ter'over bajet kerana kami memilih naik teksi pada hari terakhir (akibat terlalu penat dan malas nak bersesak di tren. Menyesal sudah tidak berguna). Jika anda hendak jimat tolonglah jangan naik teksi sebab memang super duper mahal. (Jimat RM260)

    *Kami memilih untuk kurier bagasi kami ke airport kerana tak mampu dah nak angkut beg. Nasihat saya jika hendak travel jauh sendiri / tanpa agen janganlah bawa bagasi yang banyak dan berat. (Jimat RM135)

    *Makanan di Jepun agak mahal terutama di restoren-restoren halal. Jika anda betul-betul nak berjimat bawalah bekal cukup-cukup dari Malaysia. (Jimat RM500)


    SENARAI TEMPAT YANG DILAWATI

    OSAKA
    Nagai Park 
    *Jika apartment / hostel / hotel yang anda sewa berdekatan dengan taman ini bolehlah singgah disini piknik sekejap.

    Umeda Sky Building
    (Rating : 4 bintang)
    *Anda dapat melihat 360 darjah bandar Osaka kerana bangunan ini terletak di tengah-tengah bandar

    Namba
    (Rating : 4.5 bintang)
    *Wajib singgah dan makan takoyaki di sini !!!

    Osaka Castle
    (Rating : 3.5 bintang)
    *Rajin-rajin mendaki jika nak melawat ke sini. :)


    KYOTO
    Toei Kyoto Studio Park
    (Rating : 4.5 bintang)
    *Tiket masuk agak mahal tapi jika anda berminat dengan ninja dan samurai rasanya tidak rugi untuk melabur sedikit disini. Taman tema yang unik dan menarik untuk dikunjungi! 

    Arashiyama Bamboo Groove
    (Rating : 3.5 bintang)
    *Jika anda sukakan alam semulajadi, tempat ini agak menarik untuk dikunjungi. 
    Tips : Elok ke sini seawal yang mungkin untuk mendapatan shot gambar yang menarik  jika tidak gambar anda pasti akn di fotoboom oleh pelancong-pelancong lain.
    Bosan hanya datang melihat buluh dan temple sahaja? Jangan membazir masa anda ke sini, elok rancang masa anda ke tempat yang lebih menarik. 


    TOTTORI
    Conan Street & Detective Conan Factory Museum
    (Rating : 4 bintang)
    *Peminat Detective Conan memang wajib singgah disini. Berbaloi-baloi. Jika anda tidak minat jangan membazir duit anda, jalan tempat lain okay. Haha.


    KANAZAWA
    Kenroku-en Garden
    (Rating : 5 bintang)
    *Taman ini telah dinobatkan sebagai salah satu daripada 'tiga taman landskap yang paling indah di Jepun". Jika anda melawat Kanazawa jangan lupa singgah!

    Kanazawa Castle Garden
    *Jika anda ke Kenroku-en Garden, boleh singgah sekali ditaman ini kerana ia terletak berhadapan sahaja. Kombo tiket turut dijual.

    Higashi-Chaya District
    (Rating : 4 bintang)
    *Suasana di sini memang sesuai sangat untuk buat photoshoot. Bangunan lamanya masih kekal cantik dan di jaga rapi. Jika sudah letih berjalan boleh singgah minum teh dan makan manisan tradisional Jepun disini.


    HIDA, GIFU
    Gattan-go Rail Mountain Bike
    (Rating : 5 bintang)
    *Wajib singgah kerana anda tak akan menyesal dengan pengalaman yang bakal dirasai.

    Hida Folks Village
    (Rating : 4 bintang)
    *Jika anda ada masa lebih di Jepun bolehlah singgah disini untuk melihat suasana kampung di Jepun sambil berbasikal di tepi sawah padi.

    Ainokura Village & Ogimachi Village (Shirakawa-go)
    (Rating : 5 bintang)
    *Keunikan kampung ini memang lain dari yang lain. Pencinta landskap dan senibina WAJIB singgah. Jika ada duit lebih boleh bermalam disini, berbaloi-baloi. 

    TOKYO
    Takeshita Street (Harajuku)
    (Rating : 4 bintang)
    *Jika ingin membeli ole-ole dan shopping sakan bolehlah singgah disini. 
    *Tips : Datang seawal jam 9.30 pagi kerana jam 12 ke atas tempat ini sangat sesak)

    Maid Cafe / AKB48 Cafe (Akihabara)
    (Rating : 4 bintang)
    *Ingin rasai pengalaman 'moe-moe' bersama gadis-gadis comel bolehlah singgah disini. (Sesuai untuk lelaki dan perempuan)

    Tokyo Sky Tree
    (Rating : 4 bintang)

    Kawaguchiko Lake (Fuji Mount View)
    (Rating : 5 bintang)
    *Jika ada masa eloklah bermalam disini kerana banyak tempat menarik yang boleh dilawati, jika hendak habiskannya dalam masa sehari memang tidak sempat.
    Gunung Fuji di sebalik awan

    Hachiko Statue (Shibuya)
    (Rating : 4 bintang)
    *Jika anda bertuah mungkin boleh berjumpa dengan artis Jepun sewaktu berjalan-jalan disini.

    CHIBA
    Chiba Mother Farm
    (Rating : 3.5 bintang)
    *Jika anda sukakan haiwan dan alam semulajadi, bolehlah datang ke sini. Seronok melihat gelagat haiwan-haiwan disini. Semua sihat-sihat belaka.

    Sekian sahaja untuk 'entry' kali ini. Entry seterusnya saya akan kongsi jadual perjalanan saya di sana.


    Keep Calm and Wait my Next Entry !



    -Liyana Abdah- 

    2 comments:

    1. Some times its a pain in the ass to read what people wrote but this web site is very user friendly ! . From Zero to Wealthy in Two Years – With AirBnb?

      ReplyDelete
    2. As salam ...akak nak tanya kalau peminat dragon ball kat mana ye nak pergi...soalan ni bagi pihak anak akak

      ReplyDelete