Saturday, 16 December 2017

MEE TARIK QING FANG YANG OMNOMNOM!


Assalamualaikum
Apa khabar anda semua. Kali ini saya ingin review Kedai Makan Cina Muslim pula iaitu Restoren Qing Fang Noodle House ini popular dengan mee tarik dan dimsum nya.
Bagaimana saya boleh terjebak ke kedai ini ?
Nak dijadikan cerita, ayah saya pernah makan di sini, jadi dia nak juga bawa kami sekeluarga merasa kesedapan makanan di sini. Masalahnya ayah saya ajak makan di sini waktu sarapan pagi kerana menganggap kedai ini sudah beroperasi seawal jam 9.00 pagi. Hampa kerana apabila kami tiba kedai masih belum buka, jam 12.00 tengahari baru buka. Huhuhu. Akhirnya bermamak sahajalah di NZ Curry House.

Ayah saya masih belum putus asa untuk membawa kami ke restoren tersebut, hari minggu seterusnya kami ke sana pada waktu makan tengahari pula. Alhamdullilah restoren tersebut buka. Kami sekeluarga masuk dan mula order makanan. Berikut merupakan menu pilihan kami pada hari tersebut.









Okay sekarang masa untuk review makanan pula.

Mee Tarik - Ramen Sup & Mee Goreng
Bagi saya mee tarik mereka memang sedap kerana mee mereka buat on the spot, memang terasa kesegarannya. Rasa mee mereka lebih kurang dengan Mee Tarik Warisan Asli, dua-dua sedap. Tekstur mee nya lembut dan pada masa yang sama sedikit kenyal, ketebalan mee nya memang elok-elok je untuk dikunyah.
Dari segi kuantiti untuk satu hidangan sangat banyak kerana bila saya makan separuh mangkuk, perut saya sudah terasa kenyang. Memang puas makan.
Dari segi harga, lebih kurang je dengan mee tarik warisan asli, standard bagi saya untuk kedai sebegini.
My bro order mee sup rempah (rasanya)

Mine...yummeh

Dim Sum Daging
Dim sum nya memang sedap, tetapi saya rasa Dim sum di Dolly Dim Sum lagi sedap tapi mahal yaamat. Dim sum ini didatangkan dengan sos rempah asli restoren ini (rasanya macam kari sikit tetapi kari cair) dan juga sup rumpai laut. Rasa sos nya boleh tahan tetapi rasa supnya terlalu masam. Macam pelik pula makan sup rumpai laut yang masam.
Dari segi kuantiti untuk satu hidangan, boleh dikatakan agak banyak juga, berbaloi dengan harga yang dibayar.
Banyak portionnya...

Isi padat dan sedap. Terbaik!

Makanan Sampingan (Starter)
Kami order kacang kukus dan jagung rebus. Kacang kukus tu memang terbaik. Sedap sangat untuk diratah. Tak tahulah apa yang membuatkan ianya sedap, tapi memang sedap. Jagungnya pon sedap, tapi biasa-biasa saja. Not bad.

Terbaik!

Minuman
Pelbagai minuman anda boleh pilih di sini. Saya order Teh Hijau Bunga Merah kerana dalam gambar nampak lawa. Haha. Masalahnya bila sampai air tu, mak dan ayah mula bertanya saya order air apa nim, adik pula tolong jawab air teh rumput. Hahaha. Sekali tengok memang macam rumput je kat dalam air teh ni. Apa-apa pun rasanya sedap!
Order sebab nampak lawa jek ni..haha

Sibuk saya bercerita di atas, lupa nak bagitahu kat mana restoren ini. Boleh rujuk di bawah untuk maklumat lebih lanjut.

Alamat:
Qing Fang Noodle House
No.19 dan 20, Block B, No.53300,
Jalan Langkawi, Platinum Walk,
53000 Kuala Lumpur.
Waktu perniagaan : 11.00 pagi hingga 1.00 pagi
No. telefon: 03-4144 3119


Group pic dahulu!




Keep Calm and Wait my Next Entry !



-Liyana Abdah- 


No comments:

Post a Comment