Saturday, 23 December 2017

TEMPAT MENARIK DI SIEM REAP, KEMBOJA


Siem Reap, Kemboja merupakan negara pertama yang saya kunjungi. Boleh dikatan ia merupakan kali pertama saya ke luar negara sepanjang 27 tahun hidup di bumi ini.
Kenapa saya memilih untuk ke Siem Reap ?
First, AirAsia ada buat offer masa tu.
Second, saya nak tengok (nak tangkap gambar sebenarnya) Angkor Wat.
Third, dah lama teringin bercuti ke luar negara. lol.

Nota Kaki:
Matawang di Siem Reap ialah Riel, walaubagaimanapun di kawasan pelancongan mereka tidak menggunkan Riel tetapi menggunakan USD. Jadi jika anda ingin melawat ke sini jangan tukar duit ke Riel ya, tukar USD. Matawang Riel hanya digunakan di kedai-kedai runcit dan kedai-kedai tepi jalan sahaja.

Kali ini saya akan menceritakan pengalaman dan tempat-tempat yang saya lawati sepanjang 4 hari 3 malam di sana.

1. WAR MUSEUM
Tiket masuk - 5USD = RM20

Apa ada di War Museum ni? Apa lagi yang ada, semestinya peninggalan jet-jet pejuang, meriam, peluru-peluru dan sewaktu dengannya. Saya sebenarnya tidak berminat untuk ke sini, tetapi adik saya lelaki dan dia berminat untuk ke sini, jadi saya ikutkan sahaja. Walaupun mula-mula tidak berminat, tetapi sebenarnya muzium ini agak menarik. Saya dapat pegang sebiji peluru meriam, berat woo, peluru meriam ini terdapat pelbagai saiz, saya pegang yang kecil pun dah terasa beratnya,yang besar tu hanya mampu tengok sahaja. Haha. Di sini juga terdapat pelbagai jenis meriam yang di pamerkan, ada juga jip tentera, helikopter, kapal / jet pejuang, kereta kebal dsb. Apalagi kami pun panjat la jip, kereta kebal untuk bergambar (takut juga kalau ada orang marah, tapi tak nampak pula orang yang menjaga). Kami di sini dalam 30 hingga 45 minit sahaja kerana muzium tidak besar.

Tempat simpan peluru. Serius berat sebiji peluru ni.
Helikopter perang kot 
Jet pejuang mungkin


2. SILK FARM
Tiket Masuk - 5USD = RM20

Di sini anda akan di bawa oleh seorang pekerja di sana yang berbahasa Inggeris. Beliau akan menerangkan kepada anda dari A to Z cara pembuatan Sutera. Mula-mula mereka akan membawa anda masuk ke dalam rumah ternakan ulat sutera. Memang banyak ulat sutera yang masih hidup, dia mempelawa saya untuk memegangnya, eehhh terima kasihlah, tak nak pegang. Adik saya sahaja pegang. Lembut katanya. Kemudian dia juga menunjukkan kepada kami bagaiman rupa ulat sutera dalam kepompong (dibaluti sutera) dan rupa kepompong selepas ulat sutera bersalin. Selesai di bahagian ulat sutera kami di bawa ke bahagian pemprosesan benang sutera. Saya kurang ingat bagaimana dari kepompong sutera tadi di proses menjadi benang, kerana tidak fokus bila jurupandu menrangkan. Hehe. Kemudian beliau juga menunjukkan kepada kami bagaimana benang sutera yang telah siap digunakan dalam proses mengait / menenun. Terakhir sekali kami dibawa ke kedai cenderamata yang menjual hasil dari sutera dan juga cenderamata lain seperti keychain dan fridge magnet.


3. D'ANGKOR ARTISAN
Tiket masuk - PERCUMA

Di sini mereka memaparkan cara-cara pembuatan hasil kraftangan seperti lilin, minyak wangi, sabum dan sebagainya. Jom layan gamabr dibawah.
Inilah tour guide kami sewaktu berjalan di sini. Lawa kan? Haha 

Yang ini pewangi. Konpius kami mula-mula fikir apa bendalah ni 
Fokus akak ni buat lilin


Tak ingat dah mereka buat apa ni. huhu 
Sabun pelbagai bentuk. Ada wangi, ada yang tak wangi juga. Haha


4. MINI KILLING FIELD
Tiket masuk - PERCUMA

Di sinilah adanya tengkorak kepala yang dikumpul dan di letakkan di dinding kaca. Tengkorak ini semuanya asli ya. Jika malam-malam ke sini ternampak tengkorak-tengkorak ini memang menakutkan. Kami ke sini petang, jadi tak menakutkan pun tengok tengkorak-tengkorak ini. Di depan tugu tengkorak terdapat sebuah kuil. Ramai juga sami-sami kecil sedang berborak / bermain di hadapan kuil. Saya perati je gelagat mereka.


Depannya ada kuil dan belakangnya ada sekolah


5. ROYAL RESIDENCE
Tiket masuk - TIADA

Okay masa untuk melawat istana pula. Istana ini merupakan tempat persinggahan bagi Raja Kemboja apabila beliau datang melawat Siem Reap. Kami dibawa ke kawasan taman di sekitar istana. Tamannya cantik, bersih dan sesuai untuk sesi fotografi. Selesai berjalan-jalan, kami dipanggil oleh pemandu tuk-tuk kami untuk ke bahagian padang. Di situ terdapat banyak pokok-pokok besar. Pemandu tuk-tuk kami memberitahu bahawa dalam jam 6.00 hingga 7.00 malam di situ banyak kelawar akan terbang keluar dari pokok-pokok disana (di sana jam 6.00 petang sudah gelap seperti jam 7.00 petang di Malaysia). Kami dengan penuh sabar menunggu saat-saat kelawat-kelawar di sana berterbangan. Memang betul, dalam 10 minit kami menunggu kelihat berpuluh-puluh (ke beratus?) kelawar keluar terbang ke langit (mungkin cari makan?). Memang menarik pengalaman ini, terima kasih kepada pemandu tuk-tuk kami yang mengajak kami untuk melihat fenomena ini. Terbaik!
Cantik dan besar taman ini 
Kat sinilah banyak kelawar, jam 6.30 petang akan keluar berterbangan
Baik pula burung ni tak lari
Tugu singa ?

6. NIGHT / OLD MARKET

Sudah letih berjalan, sekarang masa untuk bershopping pula. Masalahnya semua barangan yang dijual menggunakan matawang USD. Memang terasa mahalnya. Tetapi shopping tetap shopping. Saya membeli baju dan topi untuk diri sendiri. Selebihnya saya membeli buah tangan untuk dibawa pulang. Night market ini besar juga, pelbagai barangan dijual seperti selendang, baju, patung-patung gajah, buddha dsb, kerepek, teh kemboja dan lain-lain. Saya membeli teh kemboja yang berharga 50sen USD sebungkus sebagai buah tangan. Pelbagai perisa yang dijual seperti teh ros, teh lotus, teh jasmine dsb. Kerepek yang dijual di sana nampak macam sedap juga seperti kerepak betik, kerepek cempedak masalahnya mahal pula, jadi saya pun tak beli. Nak bershopping di sini anda perlu pandai tawar-menawar. Jika anda rasa barang yang dijual terlalu mahal, anda boleh minta diskaun sikit, InsyaAllah dapat. Harga keychain dan fridge magnet standard di setiap kedai, tetapi jika anda sudah membeli baju di satu kedai eloklah beli sekali keychain / fridge magnet di kedai yang sama kerana boleh minta diskaun lebih. Jimat.

Suasana dalam night market. Banyak saya borong souvenier kat akak ni. Hehe
Sedap jus buah kedai ni. Betul-betul depan Night market


7. TONLE SAP LAKE
Tiket masuk - 10 USD = RM40

Sebelum tiba di tmpat naik bot kami sempat singgah di sebuah ladang teratai sebab kami perlu tunggu lagi 2 kumpulan lain untuk naik bot bersama. Cantik sangat-sangat ladang ni. Rasa tak nak balik pula. Kami perlu membayar $1 untuk dua orang untuk masuk ladang ini. Selesai bergambar kami bergerak ke tasik Tonle Sap. Malas cerita panjang, jom tengok gambar di bawah.
I'm in Love


Pemandangan sepanjang perjalanan. 

Hai boat sebelah
Haha, power arak ni
Pemandangan Tonle Sap lake 
Macam comel pula tengok buaya ni tidur.


8. ANGKOR WORLD HERITAGE
Tiket masuk - 20USD = RM80

Untuk pengetahuan anda, di Angkor World Heritage ini bukan ada Angkor Wat sahaja, terdapat beratus-ratus kuil di sini. Jika anda nak melawat semua kuil dalam satu hari memang tidak sempat. Oleh itu, tiket masuk ke sini terdapat 2 pilihan samada tiket masuk untuk sehari dan juga tiga hari. Jika anda hanya ingin melawat kuil-kuil yang popular seperti Angkor Wat, Bayon Temple dan Angkor Thom, satu hari sudah memadai.

Kami melawat Angkor Wat ketika matahari terbit. Jadi selepas subuh (subuh dalam jam 4.15 pagi) kami terus bergerak ke sana. Tiket masuk ke Angkor Wat elok dibeli sehari sebelum ke sana kerana tempat membeli tiket berada agak jauh dari Angkor Wat. Dalam jam 5.30 pagi kami tiba di sana. Kami cepat-cepat masuk kedalam kerana takut terlepas tengok matahari terbit. Sebaik sahaja masuk, terdapat ramai orang. Serius ramai, sesak. Kami mencari port yang sesuai untuk melihat matahari terbit. Saya start setting kamera. Malangnya saya terlupa cas bateri kamera semalam, dan saya tiada bateri spare. Sedihnya, kamera tingal 1 bar sahaja. Saya sempat menangkap gambar sunrise kemudian kamera pun mati. Sedih sangat. Sekarang hanya bergantung pada kamera handphone sahaja. Disebabkan kamera dan habis bateri, mood untuk berjalan juga sudah mati.(salah sendiri padan muka). Kami jalan-jalan di dalam Angkor Wat. Besar kuil ini, serius besar. Bahagian dalam cantik, banyak spot-spot menarik untuk bergambar. Memang seronok berjalan di dalam. Selesai pusing satu kuil, kami kembali ke pemandu tuk-tuk kami.

Destinasi seterusnya ialah Bayon Temple. Bayon temple ini terkenal dengan senibina kuilnya di mana terdapat ukiran-ukiran wajah manusia. Jika saya tidak silap terdapat berpuluh-puluh ukiran muka manusia yang tersenyum, sedih, marah dsb. Kuil ini memang unik dan menarik untuk di lawati. Pelancong pun agak ramai sewaktu kami melawat. Sempat juga kami menangkap gambar dengan ukiran-ukiran wajah  di kuil tersebut.

Kemudian kami ke Angkor Thom. Sesiapa yang pernah menonton cerita Tomb Rider anda pasti akan ingat scene dimana Angelina Jolie berlawan di akar-akar pokok yang besar. Sebenarnya saya tidak pernah menonton cerita tomb rider, tetapi ramai yang bergambar di situ, saya tidak mahu melepaskan peluang bergambar di situ juga. Apa-apa pun kuil ini memang best dan besar. Seronok berjalan.
Terbaik! Tiket siap ada muka sekali.
Sunrise 



Besar kot tempat ni


Spot popular sebab pernah muncul dalam movie Tomb Rider
Bayon Temple (Temple yang penuh dengan muka) 


9. PUB STREET

Sini waktu malam memang happening dengan pelancong-pelancong luar (non-muslim). Kenapa? Harga arak kat sini memang super murah. $0.50 je segelas. Memang heaven lah buat pelancong-pelancong non-muslim kan. Kami ke sini jalan-jalan habiskan waktu pada waktu siang. Ada juga gerai-gerai kecil yang jual makanan dan minuman. Boleh juga alas perut kami ni sementara tunggu makan malam.
Keadaan pub street pada waktu siang 

Penkek coklat. Sedap!


10. CAMBODIAN CULTIRAL VILLAGE
Tiket masuk - 12USD = RM48

Kami tidak ke sini kerana tiada bajet (bajet untuk Angkor Wat sahaja, huhu). Rasanya jika anda minat untuk mempelajari budaya masyarakat kemboja, anda perlu masukkan ke dalam bajet dan itinery anda. Saya kurang berminat jadi saya terus keluarkan dari itinery saya, duit lebih boleh dibuat shopping.

Sekian sahaja post saya kali ini. Harap dapat membantu anda yang ingin melawat ke sini.


Sepanjang berada di Siem Reap, saya menggunakan khidmat tuk-tuk dari Encik Salim. Beliaulah menjadi jurupandu kami sepanjang berada di sana. Berikut saya sertakan nombor telefon dan email beliau jika anda ingin menggunkan perkhidmatannya.

Email: limangkor@yahoo.com
Nombor Whatsapp: (+855)1225 6503

Nota kaki - Encik Salim adalah orang Islam dan fasih berbahasa melayu. Beliau juga memiliki restoren di sana dan makanan di restoren beliau paling murah dan sangat sedap. Sepanjang berada di sana saya memang makan di situ sahaja untuk berjimat.




Keep Calm and Wait my Next Entry !



-Liyana Abdah- 





No comments:

Post a Comment