Disebabkan ada waktu terluang, saya ingin senaraikan keseluruhan bajet sepanjang 4 hari 3 malam berada di bumi Siem Reap. Bagi anda yang teringin ke sini, harap entri ini dapat membantu.
TIKET PENERBANGAN
KLIA - Siem Reap (Return) - RM250.08
PENGANGKUTAN DI SIEM REAP
Saya ambil khidmat tuk-tuk dari Encik Salim. Pakej termasuk ambil dan hantar di airport dan juga air mineral setiap hari. Servis untuk 4 hari 3 malam dia cas 40USD (+- RM160), bahagi 2 = RM80 seorang. Ada tuk-tuk servis cas US45 - US55, jadi memang kena rajin survey dan bertanya. Khidmat Encik Salim memang terbaik, senang nak deal dan baik orangnya. Sangat-sangat direkemen.
Saya sertakan nombor untuk anda hubungi jika ingin menggunakan perkhidmatan beliau.
Email: limangkor@yahoo.com
Whatsapp: (+855) 1225 6503
HARGA TIKET MASUK
1. War Museum - 5USD (+- RM20)
2. Silk Farm - 5USD (+- RM20)
3. D'Angkor Artisan - PERCUMA
4. Mini Killing Field - PERCUMA
5. Royal Residence - PERCUMA
6. Lotus Farm - 0.5USD (+- RM2)
7. Tonle Sap Lake - 10USD (+- RM40)
8. Angkor World Heritage (Angkor Wat) - 20USD (+- RM80) ~Update harga tiket sekarang 37 USD~
MAKANAN
1. Hari Pertama
Makan Tengahari - Encik Salim belanja bubur Siem Reap
Makan Malam - 2 USD (+- RM8) ~Nasi Goreng + Jus
Street Food - 2 USD (+- RM8) ~Jus Buah
2. Hari Kedua
Sarapan - Roti (bawa dari Malaysia)
Makan Tengahari - 2 USD (+- RM8) ~Nasi Goreng + Jus
Makan Malam - 2 USD (+- RM8) ~Nasi Goreng + Jus (tengah malam lapar makan megi pula)
3. Hari Ketiga
Sarapan - Roti
Makan Tengahari - 6 USD (+- RM24) ~Lembu Naik Bukit (menu wajib cuba) + Nasi + Jus
Makan Malam - Megi
Street Food - 2 USD (+- RM8) ~Penkek coklat
Lembu Naik Bukit |
Penkek coklat |
4. Hari Keempat
Sarapan - 5 USD (+- RM20) ~Coffee kat Airport
HOTEL
Kami menginap di hotel bajet namanya 'Garden House Guesthouse'.
Layanan penjaga hotel memuaskan, bilik hotel luas, mempunyai bilik air private, tetapi bilik yang saya ambil tidak ada aircond, tetapi malam-malam sejuk je.
4 hari 3 malam - 24 USD (+- RM96), bahagi 2 = RM48
SIMKAD / INTERNET
Saya beli simkad di luar airport, ada beberapa telco yang menyediakan perkhidmatan ini di luar airport. Encik Salim menasihati kami supaya tak membeli simkad kerana di kebanyakan restoren dan hotel ada wifi, memang betul pun ada wifi, tapi kami beli juga sebab senang nak update kat luar kawasan. Haha.
Local Simkad - 5 USD (+- RM20), bahagi 2 = RM10 (Tak ingat berapa GB tapi okla untuk 4 hari kat sana)
RINGKASAN
Tiket Penerbangan - RM250.08
Pengangkutan - RM80.00
Tiket masuk - RM162.00
Makanan - RM84.00
Hotel - RM48.00
Simkad / Internet - RM10.00
TOTAL ~ RM634.08
TIPS : Kalau anda betul-betul ingin berjimat, tak perlu ambil khidmat tuk-tuk, sewa basikal atau jalan kaki jika ingin ke kawasan berdekatan. Di sana ramai je Mat Salleh naik basikal pagi-pagi ke Angkor Wat, gigih sungguh. FYI Angkor Wat dari bandar Siem Reap boleh tahan juga jauh. Huhu.
SENARAI TEMPAT DILAWATI
Hari Pertama
War Museum
Silk Farm
Gambar dah hilang T_T
Mini Killing Field
Night Market
Hari Kedua
D'Angkor Artisan
Lotus Farm
Tonle Sap Lake
Royal Residence
Night Market lagi
Hari Ketiga
Angkor Wat
Pub street
Royal Residence lagi
Lagi terperinci berkenaan tempat-tempat menarik di Siem Reap tekan link ini.
Salam singgah dan follow :D
ReplyDeletehttp://www.akuseorangtraveler.com/
Wasalam 😉 done follow. Nice blog!
DeleteHi. Kira en salim tu akan bw kita jalan2 kan?
ReplyDeleteHi, yup betul dia akan bagi tentatif itinery mana yang nak pergi, kalau ada tmpat awk nak pergi or ada tmpt xnak pergi just inform dia utk dia adjust masa, macam saya tuari xnak pergi cambodia village saya bgtahu dia, dia tukar bawa jalan tempat lain..
DeleteSalam sis, En Salim boleh berbahasa English ke boleh berbahasa melayu?
DeleteSis contact melalui email atau call?
terima kasih
Salam, dia boleh berbahasa melayu.
DeleteSy minta quote melalui email & wassap . Contact detail bole lihat di sini http://www.travelscape30.com/2017/12/tempat-menarik-di-siem-reap-kemboja.html
tq info..
ReplyDeleteyou're welcome :)
Delete