12.05.2018
Ok kali ni saya nak review kedai dessert pula. Saya ni memang
pencinta dessert tapi masalahnya saya xboleh makan makanan terlalu
manis..haha..cliche tak
Kali ni kawan saya belanja saya
makan kat kafe ni..ehem..terima kasih kawan (luv u!)
Mula-mula kami cadang
untuk makan dessert sebelum makan tengahari, tapi bila sampai kedai xbuka
lagi..uhuu..so postpone ke petang pula.
Kami pergi di outlet SS15. Kedai ni buka pada jam 2.00 petang
sehingga 11.00 malam. Details kedai saya tulis kat bawah ya.
![]() |
Bergambar depan kedai |
MONT FUJI KAKIGOORI
Terliur tak tengok gambar ni ? Haih rasa nak pi makan lagi ja.
Kami order yang ni sebab Nampak cantik sangat kat gambar, tangkap
masuk IG memang best..haha
Ok nak review rasa ais kepal ni. Rasanya setaraf dengan
rupanya..dua2 A+..lol..ais nya disagat halus, bila masuk dalam mulut terus
cair, lagi best bila tergigit buah strawberi & manga..yummy!
Ais kepal putih tu perisa yogurt, rasa masam manis dan yang paling
penting tak terlalu manis. Yang topping atas tu pula sos krim perisa black bean
tak silap.
Overall memang sedap, sangat2 recommended!
KENKO KAKIGOORI
Mula-mula order satu je konon takut tak habis, bila order 1 xcukup pula, so tambah la lagi satu. Kali ni kami cuba Kenko Kakigoori pula. Yang ini sama juga ais kepal nya perisa yogurt tapi yang lainnya toppingnya.
Kalau order kakigoori ni kita boleh pilih 5 topping untuk letak atas ais kepal tu. Macam2 juga topping yang kita boleh pilih.
Kami pilih buah dragon fruit, buah mangga, kacang pistachio, badam dan sunflower seed.
Rasanya sama sahaja macam tadi cuma yang ni crunchy sikit la sebab ada kekacang kan. Sedap dan lawa! Recommended!
HARGA ?!
Oklah asyik puji sedap je dari tadi kan, hehe. Sekarang kita cerita harga pula.
Mont Fuji Kakigoori - RM22
Kenko Kakigoori - RM12
Mahal ? Harga kakigoori kat kedai ni memang agak mahal juga, paling murah pun ada lah dalam RM12+-. Tapi bukan selalu pun nak makan benda alah ni kan?
Overall, value for money.
JUAL AIS KEPAL JE KE ???
Taklah, kedai ni ada juga jual dessert lain macam waffle dan penkek, minuman pula ada coffee,tea dan ice blended.
Alamat:
MyKori Dessert Cafe (SS15)
5-1, Jalan SS15/8A, 47500 Subang Jaya, Selangor.
Outlet lain:
Puchong
Kota Kemuning
Mahkota Cheras
SS2
Old Klang Road
No comments:
Post a Comment