Monday, 18 June 2018

OMURICE HEAVEN ? -OMULAB-

13.05.18

Halo!

Siapa peminat Jepun mesti tahu apa tu Omurice kan? 
Omurice ni macam nasi goreng Pattaya lah cuma bezanya Omurice ni telurnya duduk atas nasi nya, tak dibalut macam nasi goreng pattaya. (tapi kadang2 ada juga yang balut sekali ngan nasi)

Kat Jepun menu ni agak popular terutamanya pada golongan kanak-kanak. Ada macam2 jenis Omurice juga depends pada restoren. Tapi Omurice yang original mestilah telurnya kena gebusss lepastu ada sos (sos daging or sos resipi restoren). Ummpp fikir je dah buat terliur,,hehe

Sekarang anda tak perlu nak ke Jepun dah nak rasa Omurice ni, kat Selangor dah ada kedai yang jual Omurice kat Seksyen 17, PJ. 

Sempena birhday saya, my bff nak belanja kat sini <3
Kami datang dalam jam 11.00 pagi, sengaja datang awal sebab takut penuh nanti.

Kami order 2 jenis omurice, 1 manisan dan 1 teapot. Ok time to review!

Master Demiglace (MD)
Bagi saya ini original Omurice sebab simple je, ada telur gebus atas nasi goreng daging bersama sos demiglace.
Rasanya memang sedap, telurnya bahagian luar masak tapi bila potong, fuhh meleleh bahagian dalamnya separa masak. Memang terbaik! Rasa sedap, simple dan sos demiglace pon cun. Bagi mereka yang tak biasa makan makanan Jepun mungkin akan rasa pelik sikit mula2 sebab nasi gorengnya style Jepun.
Rate : 4****
Harga : RM22.90

Sebelum
Selepas
(p/s : Check IG saya untuk video detik2 sewaktu memotong Omurice ni. Sangat satisfy!)


Double Omurice (DO)
Yang ini unik sikit sebab dihidang bersama sos 'blue cheese'. Dalam menu tulis nasi goreng Wafu, saya tak sure la pula wafu tu apa, tapi sedap kot. Rasa memang berbeza dengan MD omurice. Sosnya lebih lemak berkrim, telurnya pula cara masa tak sama dengan MD. DO telurnya dimasak lebih nipis daripada MD dan cara potongnya juga berbeza. MD perlu potong secara 'Horizontal' manakala DO perlu potong secara 'Vertical', barulah dapat effect umpph gitu.
Rate : 4****
Harga : RM22.90

Sebelum
Selepas

Warabi Mochi
Mochi ni macam jelly yang liat2, tekstur macam kuih koci tu takpun macam tekstur teobokki.
Mochi ni dimakan bersama kinako (serbuk kacang soya) dan caramelized brown sugar. Manisan ni popular di Jepun pada musim panas sebab mochi ni rasanya fresh dan sejuk bila makan.
Rasanya biasa2 sahaja, not bad.
Rate : 3.5***
Harga : RM7.00



Body Boost Teapot
Teh bunga roselle bersama hirisan lemon. Sedap sangat teh ni. Rasa bunga roselle yang segar ditambah dengan rasa masam lemon. Ummphhh. Klau Omulab ada jual uncang teh ni memang nak beli sangat2 lah..hehe.
Rate : 5*****
Harga : RM10.00

Warna cantik, rasa sedap. Terbaik.

Address:
Omulab 
7, Jalan 17/45, Seksyen 17, 46400 Petaling Jaya, Selangor.
Waktu : Buka setiap hari kecuali Isnin, dari jam 10.30 am hingga 9.30 pm

Sekian sahaja untuk entry kali ini. Nanti rajin saya update restoren lain pula okeh!

TIPS : Jangan selfie lama sangat dengan Omurice tu, dapat je Omurice, tangkap gambar cepat2 lepas tu cepat2 potong sebab nanti kalau dah sejuk telur tu mengeras, so jangan salahkan chef kalau masa potong Omurice telurnya tak lembik kat dalam ya. Salah sendiri. Huhu.

L.O.V.E



No comments:

Post a Comment