Sunday, 17 June 2018

PENGEMBARAAN DI KUCHING, SARAWAK


Hai, tuari saya dah senaraikan bajet dan tempat2 yang sempat saya lawati sewaktu 3 hari 2 malam di Kuching. Kali ini saya nak cerita details sikit berkenaan trip ini.

Pengembaraan kali ini kami berdua sahaja (biasa memang trip pergi berdua je, senang)

1. TUGU KUCHING
Tak sah kalau pergi kuching tapi tak pergi tangkap gambar kat tugu ni, samalah macam pergi Langkawi tapi tak bergambar dengan Tugu Helang kan ?
Tugu ni terletak kat bulatan jalan, haih rasa malu pulak nak bergambar sambil kereta lalu lintas. Tapi sebab ramai orang masa tu tak da la malu sangat..hehe

Panas lit2 masa ni, nasib bawa topi

2. HUTAN SIMPAN SEMENGGOH
Sebenarnya ada dua pilihan samada nak ke Hutan Simpan Semnggoh atau Jong Crododile Farm, tapi disebabkan kami berdua dah pernah tengok buaya, so kami decide tengok orang utan lah. Sebenarnya kami dah terlambat sampai ke sini T_T . Orang utan ada waktu tertentu dia akan keluar makan dan interact dengan pengunjung, masa kami sampai orang utan masih ada tapi dalam 2-3 minit kemudian dia dah masuk hutan balik..uhuu..sedih..tapi dapatlah juga tangkap gambar buntut orang utan..huhu
Selain daya tarikan utama (orang utan), kat sini juga ada denai2 kecil dan buluh walk path untuk bersiar2.

Tak dapat tangkap dengan orang utan betul, tugu pon jadilah
Shift dah habis, masuk hutan semula T_T. Bye2..

Buaya pon ado

Buluh walk path

Cam Jepun x ?


3. KUCHING CIVIC CENTRE
Masa pergi sini, tempat ni tak buka, saya xsure samada tempat ni memang dah tutup atau masa tu tengah cuti..nak tanya orang pun tak ada orang masa tu..hehe.
Alang-alang dah sampai, kami bergambar je la dengan menara ni. Walaupun kecewa tak dapat melihat pemandangan 360 Kuching tapi takde la ralat sangat lepas dah dapat tangkap gambar cantiks.
Cantik design menara ni, macam bunga pon ado


4. PLAZA MERDEKA
Tempat ni dekat je dengan guesthouse, jalan kaki dalam 10 minit camtu. Disebabkan ada masa lebih sebelum malam, kami lepak dulu dekat kawasan mall ni, solat dulu lepastu jalan-jalan kejap dalam mall. Kat kawasan luar mall ada  padang besar dan pokok besar. Jom je la layan gambar.

Dah beratus tahun pokok ni, besar gilerr

OOTD

Plaza Merdeka

5. KUCHING WATERFRONT
Sini kawasan popular untuk pelancong. Masa kami pergi ada pesta kraftangan, so banyak stall and khemah2 menjual makanan dan barangan kraf. Mula2 ingat nak tengok2 je, last2 terbeli gak. Aduhh, ni lah perempuan, pantang nampak benda lawa je nak beli. Haha.
Kat sini best malam2, sejuk, bangunan DUN Sarawak pun cantik dihiasai lampu keemasan pada waktu malam.
Bazaar di Kuching Waterfront

Ni bot2 yang akan digunakan untuk baot race esok!

Bot comel, boleh bawa bersiar2 kat sungai ni. Kami tak naik sebab x ada bajet. Owner bot baik bagi kami bergambar kat bot dia ^^

Walk path kat sungai

Yass, kami datang lagi sebab nak tengok bot race ni
Langit biru menyerikan lagi gambar


6. TAMAN NEGARA BAKO
Dalam banyak2 tempat yang kami pergi, sinilah yang paling cantik & best. Masa kami pergi air surut tapi bergelora sikit sebab hujan, so masa naik bot memang melambung2 lah, pakcik bot tu pulak bawa laju..nasib tak melambung keluar bot..haha. Kat sini byk aktiviti yang anda boleh buat seperti hiking, juggle trekking, mandi laut dan lain2. Nak habis explore sehari memang xsempat, kena tidur sehari dua. Kat sini ada sediakan chalet. Harganya xsilap dalam 100-200 semalam. Kami pergi sini setengah hari je, xlarat pula nak pergi hiking, juggle trekking kejap je ingat nak cari monyet probosis tapi xde rezeki nak berjumpa. Ok layan gambar bawah ni dulu.

Selfie dulu (otw ke Tg Bako)

Da sampai! Air surut masa ni

Cantik ya'amat

Rasa2 batu ni rupa apa ?

Cantiks betul warna batu ni

Lagi OOTD photo

Anak monyet comel, masa tengah photoshot anak monyet ni tiba2 atuk monyet datang, apalagi terus kami blah..hhuu..takutt

Jalan masuk ke kawasan hutan

Otw ke juggle trekking

Air tengah surut

Baru sampai, kami pilih jalan yang paling pendek atas faktor masa dan tenaga

Aishh gambar akaq pon kena amik

Berselirat, kalau salah alngkah memang tergolek la

Done juggle trek, otw ke tempat amik bot

Air da start pasang


Sementara tunggu bot balik ke darat, kitorang jenjalan dulu atas laut..lol

Inilah tujuan utama kami ke sini, nak tengok benda alah ni

Lagi batu cantik, xtaulah bentuk apa

Pakcik bot kat belakang tengah menerangkan batu2 kat situ

Yang ni tau lah bentuk katak

Cer teka tu gunung apa?

Air pasang masa ni


7. RUMAH PANJANG ANNAH RAIS
Tempat ni jauh sikit dari bandar Kuching, dalam sejam perjalanan. Kami pergi tengahari lepas habis tengok bot race. Mula2 sampai tempat ni macam confuse juga sebab macam salah tempat, pondok pertanyaan pun x ada orang, nasib baik ada juga oranf yang datang melawat tempat ni, kami follow je la dorang. Sekejap je singgah sini sbb kecil je kwsn sini. 

Memang cukup2 untuk 1 kaki je tangga ni..huhu

Nak juga bergambar kat sini

Jambatan ke rumah orang lain

Ada kucing sudi jadi model kami la <3


8. GUA ANGIN
Kami datang sini pagi, langsung tiada pengunjung waktu kami datang, gua pun belum buka lagi 😂 So, tunggu je la dalam 15 minit camtu.
Benda yang paling lawak bila dua2 jenis pengecut, nak masuk dalam gua serius gelap gelita, lepastu ditambah dengan bunyi kelawar, fuhh siyes scary. Mula2 masuk berbekalkan lampu suluh kecil, jalan dalam 10 langkah je terus pecut lari keluar balik..haha..
Last2 pujuk pakcik jaga kaunter teman masuk sekali, barulah tak takut.

Pintu masuk

Tiket gua angin tapi gambar orang utan juga

Otw nak masuk

Tak masuk lagi ni, dah berpuluh gambar selfie..haha

Akhirnya masuk pun, ni lalu pendek so tak takut masuk sendiri..lol

Stalagtites

Kat belakang gua


9. TASIK BIRU
Ini destinasi terakhir kami sebelum bergerak ke Airport. Tasik ni dekat dah dengan Gua Angin, dalam 15 minit je sebab tu kami singgah sini dulu. Kenapa tasik ni namanya tasik biru? Mula2 ingat air tasik ni warna biru, tapi bila sampai hijau je warnanya. Rupa2 sebab pantulan langit membiru membuatkan tasik ni nampak kebiruan.


Fuhh cantik giloss

Nampak tak reflection tu

TEMPAT MENARIK LAIN YANG KAMI TAK SEMPAT SINGGAH

1. Taman Negara Gunung Gading - Boleh melihat sendiri bunga terbesar di dunia i.e. Bunga Rafflesia
2. Taman Negara Kubah - Boleh melihat binatang liar berkeliaran seperti rusa, babi hutan dan mobyet. Di sini juga anda boleh mendaki ke puncak Gunung Serapi
3. Fairy Cave - Gua batu kapur seperti Gua Angin, tetapi kawasan gua ini lebih besar dan terdapat juga aktiviti lasak seperti rock climbing bolhe dilakukan di sini
4. Borneo Highland - Ala-ala Cameron Highland
5. Pantai Damai 
6. Taman Buaya Jong - Aktivit popular disini sewaktu buaya diberi makan
7. Kampung Budaya Sarawak - Boleh pelajari budaya dan cara hidup etnik-etnik utama di Sarawak
8. Muzium Kuching - For cat lovers!
9. Muzium Sarawak
10. Pasar Serikin - shopping

Sekian entry kali ini. Wait for my next entry soon!


No comments:

Post a Comment