Monday, 11 June 2018

RESTOREN THAI TOM YAM KLASIK - SEDAP KEWW ?!

11.06.2018

Pejam celik, pejam celik, nak berakhir sudah bulan Ramadhan..rasa macam kejap sangat Ramadhan tahun ni..

Macam biasa saya dan lagi 2 org BFF biasa akan buat 'Annual Iftar'  
Disebabkan semua busy, x dapat nak arrange iftar awal ramadhan.

Alhamdullillah, akhirnya di hari2 terakhir baru dapat arrange walaupun macam biasa terdapat drama TV3 jap kat tgh2 tu..haha 

Done arrange time, sekarang masa untuk pilih location berbuka sahaja..disebabkan tekak terasa nak makan Tom Yum, my friend suggest la kedai 'Thai Tom Yum Classic' katanya, encik Google rekemen nau kedai ni..saya ON je janji kenyang..hehe..

Sampai hari yang dinanti, semua berkumpul dekat kat kedai, so kitorang pun order lauk Tom Yum Campoq (2 orang makan), Kailan Ikan Masin ( 2 orang makan), Telur Dadar (2 orang makan) dan Sotong goreng tepung (1 orang makan)

Eh lupa nak bgtau kedai ni kat mana 
Kedai ni kat Seksyen 7, Shah Alam..ala yang dekat ngan Jakel tu depan UiTM tu..haa kat situlah !


Okok xsabar nak tau sedap ke idok kan ?? Jom baca review kat bawah kayy 


1. Tom Yam Campur

Tengok color tomyum ni je dah boleh agak kan rasanya kan  hehe..memang superb, sedap sangat tomyum nya, rasa masam manis dan lemak berkrim ditambah dengan rasa pedas gitu2, memang best! Tomyum ni xpedas pon sesuai sangatlah untuk orang yang tak makan pedas. 
So, saya bagi ⭐⭐⭐⭐
You olls yang suka makan tomyum wajib try tau!



2. Telur dadar

Kalau kedai tomyum xreti masak telur dadar xtau la layak di panggil restoren ke tak  haha
So macam biasa je la rasa telur dadar kat mana2 sama je bezanya berminyak dengan tak berminyak ja..yang ni okla, not too oily, gebus juga..sedap ratah ni.
So ⭐⭐⭐



3. Kailan Ikan Masin

Asal makan kedai tomyum samada order kailan ikan masin atau kangkung belacan ja, haritu terasa nak makan kailan ikan masin so order la untuk 2 org makan.
Sedap lauk ni, ikan masin dorg memang nampak seketul2 , biasa pegi tempat lain ikan masin memang hilang da (tak tau la dorg letak ke tak ) haha. 
Sayur pon segar, ikan masin pun masin 
Overall sedap! ⭐⭐⭐⭐



4. Sotong Goreng Tepung

Lauk lain semua sedap, yang ini ja spoil sikit. Order sotong goreng tepung tapi tepungnya aja yang banyak, sotongnya entah ke mana..lols
Nasib order 1 org makan ja xdala ralat sangat
So ⭐⭐ cukup lah


Tadi komen rasa, ni nak komen harga pulak 
Harga memang sangat2 affordable, kami order makan kat atas tu tambah 3 nasi dan air total baru RM46 jek, so sorang bayar dalam RM15 je..fuhh jimat sangat2. Almaklumlah asyik pergi hipster kafe dan restoren2 kat mall je, sekali pergi restoren macam ni bayar RM15 je memang terasa gak lah murahnya 


So chuolls bolehlah ajak family ka, kawan ka makan dinner kat sini ya. Satu je yang xbest restoren ni, panaihhh..nasib kami pilih duduk luar rasala angin sepoi2 waktu malam..kalau duduk dalam memang macam sauna dah..haha

Oklah nanti saya singgah kedai makan best lagi sy up story lagi yek..bye bye chuolls 

Sempat lagi selfie sebelum pindah duduk luar..haha (btw wallpaper lawa!)

Sejuk sikit duduk luar, barula selesa nak makan

Macam biasa, habit anak2 zaman sekarang, food selfie before eat..haha

Alamat:
Thai Tom Yam Classic
2, 26 Jalan Plumbum Y 7/Y, 
Seksyen 7, 40000, Shah Alam, Selangor.



No comments:

Post a Comment