Kali ini saya ingin bercerita mengenai percutian pendek saya dan seorang rakan ke Kuching, Sarawak. Serius memang dah lama teringin nak ke Sarawak sebab semua negeri di Malaysia saya dah pernah pergi (lalu pun dikira juga ya :P), Sarawak je belum pernah pergi.
Kebetulan Malindo tengah ada offer tiket ke Kuching, saya dan kawan apa lagi terus grab tiket pergi-balik Kuching, ting tong ting tong nak dekat RM250+- juga tiket. Oklah malas cita panjang, jom tengok bawah untuk bajet dan itinery 3 hari 2 malam di Kuching.
TIKET PENERBANGAN
KLIA-Kuching (Return) - RM237.32
PENGANGKUTAN DI KUCHING
Sewa VIVA (2.5 hari) - RM225 (RM90 sehari) bahagi 2 = RM112.50
Petrol - RM40 bahagi 2 = RM20
Saya sewa pada kawan kepada kawan saya, namanya Augustine, baik orangnya, hehe, conditon kereta pun masih baik, takda lah macam nak roboh macam saya sewa kereta di Pulau Pangkor dulu, haha. Standart sewa kereta VIVA dalam RM90 hingga RM110 sehari, so dapat RM90 sehari ok lah.
Disini saya sertakan nombor untuk dihubungi jika berminat untuk menggunakan perkhidmatan beliau.
Augustine Anak Aji
Whatsapp : +6017-853 6842
HARGA TIKET MASUK
1. Hutan Simpan Semenggoh - RM5
2. Tanjung Bako / Taman Negara Bako - RM50
3. Rumah Panjang Annah Rais - PERCUMA
4. Gua Angin - RM3
5. Tasik Biru - PERCUMA
MAKANAN
1. Hari Pertama
Makan Tengahari - RM12 ~Ayam penyet + Jus
Makan Malam - RM10 ~Snack + Air di Kuching Waterfront
2. Hari Kedua
Sarapan - RM6 ~ Bihun / Mee goreng + Teh tarik di tempat menunggu bot tg bako
Makan Tengahari - Tiada
Makan Malam - RM20 ~Mee kolok + Chiken Chop + Jus
3. Hari Ketiga
Sarapan - Tiada
Makan Tengahari - RM18 ~ Makan kat Airport Kuching
HOTEL
Kami menginap di QuiikCat Guesthouse.
Guesthouse betul-betul terletak sebelah jalan raya (jalan besar) dan di tengah bandar Kuching, memang senang sangat nak cari, waze je confirm jumpa.
![]() |
Mural di Guesthouse |
Kalau anda sewa kereta pandai-pandailah cari parking ya sebab tiada parking disediakan tapi boleh je parking tepi-tepi jalan, x kena saman InsyaAllah.
Kalau jalan kaki dalam 10 minit anda akan jumpa Travillion Shopping Mall.
3 hari 2 malam - RM60 bahagi 2 = RM30
(bilik double bed + fan + shared bathroom)
RINGKASAN
Tiket Penerbangan - RM237.32
Pengangkutan - RM132.50
Tiket masuk - RM58
Makanan - RM60
Hotel - RM30
TOTAL - RM517.82
SENARAI TEMPAT DILAWATI
Hari Pertama
Hari Kedua
Tanjung Bako / Taman Negara Bako
Untuk maklumat terperinci mengenai tempat-tempat yang dilawati tekan link ini.
No comments:
Post a comment