Tuesday, 10 July 2018

INDAHNYA KUALA SELANGOR - TRIP BAJET

07.07.18

Assalamualaikum,
Tahun lepas saya sudah ke Kuala Selangor tapi mainly untuk ke SKY MIRROR sahaja. Kali ini saya buat trip bajet untuk jalan-jalan ke kawasan menarik di sekitar Kuala Selangor (KS).

Pada mula, kami nak pergi bertiga, tapi di atas faktor yang tidak dapat dielakkan akhirnya berdua juga. Huhu.

Mengikut rancangan asal, nak keluar seawal jam 8.00 pagi ke KS, ding dong ding dong akhirnya jam 11.10 pagi baru gerak ke KS. Saya keluar rumah jam 9.20 pagi dari Putrajaya, ambil kawan di Rawang (memang dah satu hala ke KS), pekena teh tarik dan roti telur dulu kat mamak, akhirnya barulah gerak. Dalam jam 12.00 tengahari kami sampai.

Berikut saya ceritakan lebih detail perjalanan kami di KS.

BUKIT MELAWATI
Tiket masuk : RM3

Ini merupakan destinasi pertama kami. Kami park kereta kat kawasan deretan kedai sebab apa ? Parking free, hehe. Kalau nak park kat parking berbayar pun ada juga, harga lupa nak tengok tuari (maap). Lepas park cepat2 kami beli tiket masuk sebab tengok tram dah nak jalan naik dah.
Nak berjalan-jalan kat sini ada dua cara samada naik tram yang disediakan (free) atau boleh berjalan kaki tapi kalau nak berjalan kaki bersiap sedialah untuk mendaki, dah nama pun bukit kan..haha.
Jika anda datang hari biasa, kereta boleh bawa naik, kalau weekend tak boleh.
Kat sebelah bukit ini ada surau, jadi senanglah nak singgah solat. Gerai2 makan pun ada je kat sini.

Apa ada dekat sini ?
Rumah Api
Muzium Sejarah KS
Telaga Tujuh
Perigi Beracun
Taman Ikan Air Tawar

Dalam banyak-banyak tempat di atas kami hanya pergi Rumah Api & Muzium Sejarah je. Tempat lain xdan nak singgah.

Otw naik atas bukit

Pemandangan dari Bukit Melawati

Hanya kami berdua je yang sibuk bergambar dengan meriam, yang lain semua tengah main2 dengan monyet. Haha

Macam seronok je makcik tu dikelilingi monyet & lotong (My friend takut dengan haiwan ni, so dari jauh je lah)

Sedih je muka cik monyet ni

The Lotongs
The popular Rumah Api
Depan Muzium Sejarah

Betul2 baca ke pura-pura tu ? Hihi



Yang ni nampak sangat 'fake' tu


TAMAN ALAM KUALA SELANGOR (TAKS)
Tiket masuk : RM4

TAKS ni terletak betul2 bersebelahan dengan bukit melawati. Jadi kalau dah ke Bukit Melawati digalakkan untuk singgah ke sini. Tiket masuk pun murah sahaja. 
Apa ada kat sini ?
Apa lagi kalau bukan hutan kan..nama pun taman alam. Hehe.
TAKS ini mempunyai keluasan 296 hektar dan terdiri dari hutan hujan tropika dan hutan paya bakau. Memang besar tempat ni. Di sini merupakan kawasan yang popular bagi pencinta burung kerana pada bulan September hingga Mac, disini merupakan tempat persinggahan bagi burung2 luar negara dan tempatan.Kalau anda berminat nak tengok spesis burung yang jarang-jarang ada kat Malaysia ni bolehlah singgah ke sini.

Tujuan kami ke sini bukan untuk tengok burung, tetapi untuk bergambar sahaja. Memang tidak mengecewakan kawasan-kawasan di sini. Banyak port2 yang cantik untuk bergambar dan yang paling penting tak ada orang photoboom.
Kat sini memang kurang sangat pengunjung yang datang melawat, masa kami datang memang tak ada orang langsung, boleh katakan dalam TAKS hanya kami berdua bersama-sama monyet, cicak, burung dan nyamuks. Ya kat sini banyak juga nyamuks, tolonglah datang sini jangan pakai baju hitam!!!
Alhamdullillah saya pakai baju biru putih & seluar jeans, encik nyamuks tak berminat dengan saya tapi berminat dengan kawan saya yang berpakaian serba hitam. Hihi.

Harga tiket

Peta Arah

Noted

Jalan masuk ke Denai Kembara

Yass, tak sampai seminit jalan dah bergambar sebab apa ?  Sebab cantiks sangat!

Fefeeling model majalah VOGUE. lol.

Menara tinjau pertama. Kami tak naik sebab view tak cantik sangat. Hehe.

Lagi spot baik untuk berphotoshoot

Menara tinjau ke-2. Tak naik juga sebab dah pancit.

Spot popular untuk bergambar. Kat sini dah start hutan paya bakau. Memang cantik!


Persis model paya bakau. Haha.

Ini memang gaya model habis! Boleh apply untuk jadi model baju muslimah. Hihi.

Rupa sebelum edit

Selepas edit.
Tengok je kawasan ni memang dah terfikir macamana nak edit bagi nampak macam kat obersi.
Tak perlu terbang jauh, kat Malaysia pun boleh.


PANTAI REMIS
Tiket masuk : TIADA

Mengikut rancangan asal kami ingin akhiri perjalanan kami di KS dengan menikmati pemandangan SUNSET di sini. Tapi disebabkan kepenatan berjalan di TAKS dan penat bergambar, perut kami dah start menyanyi2 macam2 lagu. Haih tak boleh jadi, rancangan asal terpaksa digubah.

Keluar je dari TAKS kami terus pecut ke Pantai Remis. Bukan tak boleh makan kat tempat lain, tapi kami bawa bekal dari rumah konon nak piknik (sekali berjimat), jadi kenalah piknik kat tempat yang sesuai kan. Kat Bukit Melawati & TAKS macam tak sesuai sebab kat BK banyak monyets lagi satu tak de kawasan yang sesuai, kat TAKS pula banyak nyamuks confirm tak selesa.
Kami sampai sini dalam jam 4.00 petang. Kami park betul2 depan pantai tempat kami nak piknik. Cuaca masa tu terik sungguh, nasib kami dapat tempat yang teduh, bawah pokok.

Alang-alang dah dekat pantai ni, kami pun ambil peluang untuk berehat sekali. Dalam sejam setengah kami kat sini.

Yay! Piknik. Gigih bangun awal pagi nak masak spagheti carbonara tu.
(Boleh juga berjimat duit makan)
Kami lepak dekat2 sini, banyak pohon rendang. Sejuk je kena angin pantai.
Rasa nak tertidur pun ada.

Air surut masa ini, luas sangat kawasan pantai. Kawasan pantai sini berlumpur / berselut sikit, so kalau xbawa selipar jangan berangan nak jalan-jalan kat tepi laut eh.

Boleh kutip ni buat rantai kerang. Hehe

Suasana pantai remis

Gembira sangat tu dapat kutip mentarang kot. Hehe

Kat celah-celah batu ni ada kot kerang ke ketam tu, ramai juga orang yang turun tepi pantai mencari kerang / ketam / mentarang dan sewaktu dengannya.


D'TOURS PASIR PENAMBANG - EAGLE FEEDING
Tiket masuk : RM25

Tahun lepas saya dah pergi tengok kelip-kelip di sini (nak tahu lebih lanjut tekan link ini), jadi tahun ni tengok helang pula. Kami sampai di sini dalam jam 6.15 petang, elok dah untuk tengok sunset kat Sungai Selangor. Lepas beli tiket bukan boleh terus naik bot, kena tunggu dulu, dah ramai sikit orang barulah bot jalan. Dalam 20 minit juga kami tunggu barulah bot jalan.
Mula-mula saya ingat orang bot akan baling makanan bagi helang sebab nama tour Eagle feeding kan, rupa-rupanya hanya tengok helang menyambar ikan kat Sungai Selangor. Tengok dari jauh saja. Huhu.

Pintu masuk

Ruang menunggu. Hanya kami berdua.


Banyak sungguh helang. Ini je gambar terbaik, yang lain semua goyang T_T

Encik Helang sedang membuat cubaan menyambar ikan dari sungai.

Sebelum pulang, akhirnya dapat tengok sunset cantik!

Bye bye Encik Helangs~

Kesimpulannya, kos hangus ke sini adalah...

Petrol & Tol - RM21.75 
(Pergi lalu tol, balik guna jalan lama)
Makan - RM5.70 (Air kelapa & 100plus)
Tiket masuk - RM32

TOTAL - RM59.45

Ini pergi berdua, kalau pergi berempat tak sampai RM50 pun total belanja. Hehe.


TEMPAT LAIN YANG ANDA BOLEH LAWATI DI KUALA SELANGOR
1. The Sky Mirror (tekan untuk lihat lebih lanjut)
2. Sekinchan (view sawah padi yang awesome)
3. Kelip-kelip Kampung Kuantan & Pasir Penambang
4. Perkampungan Sungai Haji Dorani
5. Bukit Belanda




Sunday, 1 July 2018

KRABI-HATYAI SHORT TRIP - BAJET DAN TEMPAT DI LAWATI

08.03.18

Sebenarnya tak terasa nak post trip ke Krabi tuari, tapi ada masa terluang ni saya coret la sikit2 berkenaan bajet dan tempat yang sempat saya lawati sewaktu berada di Krabi & Hatyai. Btw trip ni menggunakan jalan darat sahaja, konon nak acah2 jadi travellers sejati la..hihi.


PENGANGKUTAN

TBS ke Hatyai
Bas (one way) - RM65
Bas ni turunkan kami sebelum masuk Hatyai tapi lepas border la. Lepas tu naik van ke Hatyai (harga tu dah termasuk naik van ni). Tak silap saya start Disember 2017 bas Malaysia tak boleh masuk Thailand, saya pergi masa ni bulan Mac 2018. Sekarang tak tahulah boleh atau tak.

Hatyai ke Krabi
Van (return) - RM190+- (1600 bhat)
Hat ni yang geram asal pergi Thailand, kerja nak cekau duit tourist je T_T. Kami sebenarnya nak pergi stesen bas Hatyai, bila naik tuk tuk dibawanya kami ke agensi pelancongan. Geram jek, tapi disebabkan masih pagi dan mamai serta otak macam blur & xbetul sangat saya macam 'follow the flow' lah. Agensi cas 1600bhat ke Krabi pergi-balik, kalau pergi kat stesen bas boleh dapat dalam 800 hingga 1000 bhat je. Ishh geramm gila bila teringat!

Hatyai ke TBS
Train (Hatyai - Padang Besar) - RM8+- (70 bhat)
KTM (Padang besar - TBS) - RM77
Nota kaki : Tiket KTM cepat sold out, disarankan book awal sebulan.

Hatyai
Tuktuk ke Hotel - RM3+- (seorang)
Tuktuk ke Khlong Hae Floating Market - RM5+- (seorang)
Tuktuk ke Night Market - RM5+- (seorang)
Tuktuk ke Hotel - RM3+- (seorang)


HARGA TIKET MASUK / TRIP
4 Island Tour (speed boat) - RM96+- (800 bhat)
~trip half day, dari jam 9.00 pagi hingga jam 3.00 petang


MAKANAN

Hari Pertama
Sarapan & Makan Tengahari - RM15+- (120 bhat) ~Roti kat mall + green tea stall tepi jalan
Makan malam - RM18+- (150 bhat) ~ Nasi goreng tomyam & jus buah
Nasi Goreng TomYam


Hari Kedua
Sarapan - RM10+- (85 bhat) ~ Roti & tea dari convenient mart
Makan Tengahari - dah termasuk dalam pakej Island Tour
Makan Malam - RM18+-(150 bhat) ~ Burger + penkek Krabi
The popular penkek Krabi

Hari Ketiga
Sarapan - RM15+- (120 bhat) ~ Nasi goreng + jus buah
Makan Tengahari & Makan Malam - RM30+- (250 bhat) - Khlong Hae Market / Night Market
Coconut shake
Teh Ais

Mini telur
Nasi goreng tempurung


Hari Keempat
Makan Tengahari - RM10 ~Nasi lemak di stesen Padang Besar
Makan Petang - RM20 ~ Nasi tomato dalam KTM


HOTEL
View Son Resort  (Krabi 2 malam) - RM75+- (600 bhat)
Cathay Guesthouse (Hatyai 1 malam) - RM20+- (160 bhat)


SIMKAD / INTERNET
Saya guna DIGI roaming - RM25 untuk 3 hari
Kalau nak jimat boleh beli simkad di Krabi dalam 120 bhat je


RINGKASAN
Pengangkutan - RM356+-
Makanan - RM136+-
Hotel - RM95+-
Simkad / Internet - RM25

TOTAL - RM612+-

Nota kaki : Bajet RM520 je, disebabkan Van ke krabi yang mahal, dah ter'over bajet RM100 T_T


SENARAI TEMPAT DILAWATI

Hari Pertama

Hatyai tren stesen



Aonang Walking street
Pantai di Aonang Street

Hari Kedua
4 Island Tour - Pranang, Tup, Chicken & Poda Island
Tup Island
Chicken Island
Poda Island
Pranang Island


Aonang Walking street (again)


Hari Ketiga

Hatyai Floating Market

Asean Night Bazaar


Hari Keempat
Padang Besar (Shopping)
Stesen Padang Besar

Sekian sahaja untuk entry kali ini. XOXO.