Sunday, 1 July 2018

KRABI-HATYAI SHORT TRIP - BAJET DAN TEMPAT DI LAWATI

08.03.18

Sebenarnya tak terasa nak post trip ke Krabi tuari, tapi ada masa terluang ni saya coret la sikit2 berkenaan bajet dan tempat yang sempat saya lawati sewaktu berada di Krabi & Hatyai. Btw trip ni menggunakan jalan darat sahaja, konon nak acah2 jadi travellers sejati la..hihi.


PENGANGKUTAN

TBS ke Hatyai
Bas (one way) - RM65
Bas ni turunkan kami sebelum masuk Hatyai tapi lepas border la. Lepas tu naik van ke Hatyai (harga tu dah termasuk naik van ni). Tak silap saya start Disember 2017 bas Malaysia tak boleh masuk Thailand, saya pergi masa ni bulan Mac 2018. Sekarang tak tahulah boleh atau tak.

Hatyai ke Krabi
Van (return) - RM190+- (1600 bhat)
Hat ni yang geram asal pergi Thailand, kerja nak cekau duit tourist je T_T. Kami sebenarnya nak pergi stesen bas Hatyai, bila naik tuk tuk dibawanya kami ke agensi pelancongan. Geram jek, tapi disebabkan masih pagi dan mamai serta otak macam blur & xbetul sangat saya macam 'follow the flow' lah. Agensi cas 1600bhat ke Krabi pergi-balik, kalau pergi kat stesen bas boleh dapat dalam 800 hingga 1000 bhat je. Ishh geramm gila bila teringat!

Hatyai ke TBS
Train (Hatyai - Padang Besar) - RM8+- (70 bhat)
KTM (Padang besar - TBS) - RM77
Nota kaki : Tiket KTM cepat sold out, disarankan book awal sebulan.

Hatyai
Tuktuk ke Hotel - RM3+- (seorang)
Tuktuk ke Khlong Hae Floating Market - RM5+- (seorang)
Tuktuk ke Night Market - RM5+- (seorang)
Tuktuk ke Hotel - RM3+- (seorang)


HARGA TIKET MASUK / TRIP
4 Island Tour (speed boat) - RM96+- (800 bhat)
~trip half day, dari jam 9.00 pagi hingga jam 3.00 petang


MAKANAN

Hari Pertama
Sarapan & Makan Tengahari - RM15+- (120 bhat) ~Roti kat mall + green tea stall tepi jalan
Makan malam - RM18+- (150 bhat) ~ Nasi goreng tomyam & jus buah
Nasi Goreng TomYam


Hari Kedua
Sarapan - RM10+- (85 bhat) ~ Roti & tea dari convenient mart
Makan Tengahari - dah termasuk dalam pakej Island Tour
Makan Malam - RM18+-(150 bhat) ~ Burger + penkek Krabi
The popular penkek Krabi

Hari Ketiga
Sarapan - RM15+- (120 bhat) ~ Nasi goreng + jus buah
Makan Tengahari & Makan Malam - RM30+- (250 bhat) - Khlong Hae Market / Night Market
Coconut shake
Teh Ais

Mini telur
Nasi goreng tempurung


Hari Keempat
Makan Tengahari - RM10 ~Nasi lemak di stesen Padang Besar
Makan Petang - RM20 ~ Nasi tomato dalam KTM


HOTEL
View Son Resort  (Krabi 2 malam) - RM75+- (600 bhat)
Cathay Guesthouse (Hatyai 1 malam) - RM20+- (160 bhat)


SIMKAD / INTERNET
Saya guna DIGI roaming - RM25 untuk 3 hari
Kalau nak jimat boleh beli simkad di Krabi dalam 120 bhat je


RINGKASAN
Pengangkutan - RM356+-
Makanan - RM136+-
Hotel - RM95+-
Simkad / Internet - RM25

TOTAL - RM612+-

Nota kaki : Bajet RM520 je, disebabkan Van ke krabi yang mahal, dah ter'over bajet RM100 T_T


SENARAI TEMPAT DILAWATI

Hari Pertama

Hatyai tren stesen



Aonang Walking street
Pantai di Aonang Street

Hari Kedua
4 Island Tour - Pranang, Tup, Chicken & Poda Island
Tup Island
Chicken Island
Poda Island
Pranang Island


Aonang Walking street (again)


Hari Ketiga

Hatyai Floating Market

Asean Night Bazaar


Hari Keempat
Padang Besar (Shopping)
Stesen Padang Besar

Sekian sahaja untuk entry kali ini. XOXO.



14 comments:

  1. cantik gambar2 yg dipost, cuma kalau ditambah lg koleksi gambar2 tu pasti menarik. kalau ada info2 lain spt hotel lg bagus. susunatur dan penerangan ringkas mudah baca. nanti tambahlah tips2 lain utk kami yg blom pernah sampai ke sana lg.. tahniah cik

    ReplyDelete
  2. saya nak tanya, cathay guesthouse dekat hatyai tu, ok ke condition nye?

    ReplyDelete
    Replies
    1. hi, condition xberapa cun sgt tapi bilik luas. bilik air dia unik sikit sbb tandas dia tinggi..huhu
      kalau jenis tak kisah & setakat untuk tidur satu dua hari ok je, tapi kalau nak selesa mungkin boleh pilih hotel lain. saya pilih sini sebab dekat dgn train stn je..

      Delete
  3. Boleh sy tahu trip bas dari hat yai ke krabi pukul berapa ya?

    ReplyDelete
    Replies

    1. Sy naik van..dlm jam 10pg-11 pg waktu thailand van gerak

      Delete
    2. Lebih baik tinggal kat VC Residences.

      Delete
  4. In Thailand, tours outside of the main city of Bangkok will likely take you north, over the border in neighbouring Laos to the confluence of the Nam Khan and Mekong Rivers, which almost completely surround this town. http://eliburan.com/bangkok-grand-palaces-wat-phra-kaeo/ There is also a small market selling a large wide range of lucky charms and other mementoes, besides many food stalls.

    ReplyDelete
  5. Admiring the time and energy you put into your blog and in depth information you offer. It’s good to come across a blog every once in a while that isn’t the same old rehashed material. Fantastic read! I’ve bookmarked your site and I’m adding your RSS feeds to my Google account. Alquiler vacacional Fuerteventura

    ReplyDelete
  6. Sekarang bas Malaysia dah boleh masuk hatyai..Coz bln 11 2018 sy ke hatyai..elok je bas m
    Malaysia masuk..tak tau la aetengah2 bas tak leh masuk..saya naik bas Alisan

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hi, bulan Jan 2019 tuari ada juga naik bus balik ke KL dr Hatyai, tapi sekarang bus tunggu tempat lain, dari stesen kena naik van dahulu ke tmpt bus berhenti..mgkn nak elak jam kot

      Delete
    2. Kamu mesti ambil bas malam dari Hatyai Variety sahaja kalau dari Kuala Lumpur TBS naik Kesatuan dari malam hari sampai subuh.

      Delete
  7. Dari stesen bas Hatyai boleh ambil pagi dalam jam 10 pagi . Bas itu pergi sampai ke Phuket tetapi mesti berhenti di Krabi.

    ReplyDelete