Wednesday, 12 September 2018

BERGAMBAR PERSIS MODEL DI ASTAKA MOROCCO

01.05.18

Assalamualaikum semua
Disebabkan sekarang ada mood untuk menulis, jadi nak qada' segala entry-entry yang tertunggak..ada banyak juga lah..huhu

Kali ini saya nak bercerita tentang satu tempat yang terletak di Putrajaya iaitu Astaka Morocco. Dah lama dah tahu tempat ini tapi biasalah makin dekat kita duduk dengan tempat yang nak dijalan, makin lambat kita akan singgah tempat tu. Asyik pergi yang jauh-jauh je dulu. Haha.

Astaka Morocco ini terletak betul-betul bersebelah Taman Botani Putrajaya. Astaka ini direka khas untuk mempamerkan keindahan seni bina Morocco. Seni bina ini diambil daripada gaya tradisional 4 kota di Morocco iaitu Fez, Meknes, Rabat dan Marakech.

Kami ke sini sengaja untuk membuang masa sebelum ke destinasi utama kami iaitu ke kenduri rumah kawan..hehe

Kami hanya berada di bahagian luar sahaja sebab bahagian dalam tutup pada hari itu.
Di bahagian luar masuk adalah percuma, jika ingin explore lebih lagi boleh beli tiket untuk masuk ke bahagian dalam bangunan. Bahagian luar pun dah cukup cantik untuk bergambar apatah lagi dibahagian dalam.

Jika anda bawa kamera professional masuk ke dalam, anda akan dikenakan bayaran. Berapa ? Wallahuallam..hehe..sorry terlupa nak check tuari. Kenapa kamera kena bayar ? Sebab ramai yang buat photoshoot wedding kat sini, sebab tu lah mereka cas agakya.

Tapi seriously tempat ni memang sangat cantik..ukiran kat dinding, pintu, kolam dsb memang cantik dan detail. Tangkap lah gambar kat mana-mana ceruk / bahagian kat sini memang confirm lawa punya.

Okay sudah sampai masanya untuk layan gambar kat sana.

P/S : Maafkan 'kegedikan' kami di dalam gambar ya.

Tips: Untuk gambar kelihatan cantik dan elegant, digalakkan memakai pakaian tidak bercorak / plain sahaja. Warna yang sesuai adalah biru royal, krim, putih dan merah. Warna gelap seperti hitam, coklat gelap dan biru gelap mungkin akan membuatkan gambar kelihatan bosan / warna tidak naik.

Pintu masuk pun dah lawa kan ?

sinki dihiasi corak yang unik dan menarik

Cantik sungguh hasil ukiran ni

Kat pintu pun boleh..huhu

Salah satu gerbang yang terdapat di sini..gerbang berwarna krim keemasan

Ukiran yang terdapat di bahagian dinding atas..warna krim keemasan

Silalah berfeeling princess di sini ya..bila lagi kan ? Huhu

Lagi gambar di pintu

Close up sikit..hehe

Salah satu teknik untuk kelihatan slim..sila cuba ya! Haha

Macam ni la gaya pengantin selalu tangkap gambar, boleh berlatih kat sini..haha

merenung jauh mengenang apa tu ?

Kenalah pula baju kami berdua dengan lantai ni


Sekian sahaja entry kali ini. Tunggu next entry berkenaan Day Trip saya ke Perak!!!



No comments:

Post a Comment