Thursday, 6 September 2018

BON BON BON ODORI!!!

21.07.18
Tahun ini merupakan kali ke-4 saya ke Pesta Bon Odori.
Tahun lepas saya pergi bersama rakan lepas beraya rumah dia, alang-alang rumah dia kat Klang, dekat dah tu dengan Shah Alam, singgahlah kan..huhu

Bon Odori tahun ni, super pack, ramai sangat orang yang join tahun ni..haih
Tahun lepas pun ramai juga tapi tahun ni lagi ramai, bayangkanlah

Kami join pesta ni bukan apa, sebab nak menari tarian Bon Odori je, best kot menari ramai-ramai. Masalahnya, tahun ni ramai betul budak2 hipster, BBNU dsb yang join, so kerja mereka apa lagi rakam video la, selfie la, tangkap gambar group lah, adoyaiii...oh adik2 sekelian orang datang nak menari ni bukan nak bergambar selfie bagai.

Huhh..redha je la, dapat lah juga menari Bon Odori walaupun asik berlaga-laga je.
Tahun lepas seronok sebab semua orang beratur buat barisan beri ruang / jarak yang cukup untuk menari supaya tak berlaga-laga. Tahun ni hancuss!!!

Dah lah 'uchiwa' pun tak dapat tahun ni..sadisnya~

Akhir kata, last year lagi best dari this year. Tamat.


NOTE : Lihat bawah untuk ketahui lebih lanjut apa itu Pesta Bon Odori ^^


Marilah layan sedikit sebanyak gambar di Pesta Bon Odori 2018.
Sebelum ke Bon Odori isi perut dulu

Sempat Wefie kat Kopitiam ni

Lautan manusia

Sementara tunggu time untuk menari, singgah dulu tengok persembahan drum

Inilah pentas dimana budak2 Jepun akan menari atas tu, kami2 yang dibawah akan follow menari mengelilingi pentas ni

Diserbu lautan manusia

Uii stress ke kak tengok ramai sangat orang. Haha.

Masih menunggu

Lantern

Uchiwa ni kutip atas jalan (orang lain buang. LOL)

Siap sedia ambil tempat untuk menari
Tamat sudah tarian Bon Odori 2018. Till we meet next year.

APA ITU PESTA BON ODORI ?

Mari saya share sedikit sebanyak maklumat mengenai pesta ini. Bon Odori atau maksudnya Tarian Bon , adalah gaya tarian yang dilakukan semasa Obon. Tarian Bon berbeza mengikut kawasan dan musik juga mungkin akan berbeza tetapi irama / rentak lagu akan dikekalkan.

Pada asalnya tarian ini dilakukan oleh masyarakat Nenbutsu untuk mengalu-alukan kedatangan roh mati di mana pada waktu ini keluarga dan sanak-saudara akan berkumpul beramai-ramai.
Lama kelamaan tarian ini telah dijadikan sebagai suatu hiburan untuk masyarakat dan kefahaman asal berkenaan tarian ini makin pudar.
Dan sekarang tarian Bon lebih dikaitakn dengan tarian / hiburan di musim panas.


MAKLUMAT BERKENAAN PESTA BON ODORI 2018 - MALAYSIA
Tempat berlangsung : Kompleks Sukan Negara, Seksyen 21, Shah Alam
Tarikh : 21.07.18
Waktu : 5.00 petang - 10.00 malam

Pesta ini akan diadakan setiap tahun. Jika anda terlepas tahun ni, boleh join tahun depan ya ^^
Dapat lah feel ke Jepunan sikit kat sini.




No comments:

Post a Comment