Thursday, 13 September 2018

JJCM KUALA SELANGOR - SEDAP KE DAGING LANDAK ?!

01.09.18

Semalamnya (31.08.18) saya dan kawan berpiknik di Hutan Lipur Lentang, hari ini pula (01.09.18) saya bersama ibu dan adik ke Kuala Selangor pula. Nak berJJCM kat sini..huhu. Di Kuala Selangor memang popular dengan makanan eksotik dan seafood.

Apa makanan eksotik yang dimaksudkan ?

Kat sini ada satu restoren yang jual daging landak. Omo daging landak pun ada orang makan ke? Huhu. Ya ada orang makan, tapi bukan boleh suka-suka hati je nak jual daging landak, kena dapatkan lesen dahulu baru boleh jual. Maklumlah bukan senang nak tangkap landak ni. Selain landak ada juga rusa, pelanduk, arnab dsb.

Untuk seafood pula kat sini memang popular dengan mentarang. Apa benda mentarang ni ?
Mantarang ni sama sahaja seperti lala, kepah dan sewaktu dengannya, cuma saiznya memang 2-3 kali ganda besar dari lala..isinya pun gebus padat. Umm..fikir je dah terliur ni.


FARIDAH MENTARANG BAKAR

Perjalanan kami bermula jam 12.00 dari Putrajaya (sebenarnya terlajak tidur, patut nak gerak jam 11.00 pagi). Dari Putrajaya ke Kuala Selangor ambil masa dua jam juga. 
Destinasi pertama kami ialah Restoren Faridah Mentarang Bakar. Restoren ini memang agak popular juga, bila google makanan sedap di KS memang akan keluar nama restoren ni.

Dalam jam 2.00 kami sampai kat sini, eloklah tu sampai masa makan tengahari terus. Kami order Mentarang masak cili api, mentarang goreng tepung, belangkas bakar dan sayur kangkung belacan. Sebenarnya datang sini sengaja nak cuba rasa mentarang ni, sebab masing-masing tak pernah makan. Yang belangkas tu rasa macam menyesal pula order sebab tak reti nak makan..haha.

Inilah restorennya
Wefie dahulu sebelum makan

Mentarang goreng tepung. Serius sedap giler!

Mentarang masak cili api. Ingatkan pedas tapi tak pedas langsung. lol

Kangkung belacan

Inilah rupa isi mentarang

Err..no komen..rupa belangkas ni je dah buat teringat pada Encik L

Bahagian isi belangkas, tak tahu mana yang patut dimakannya..hehe

Kesimpulannya, makanan di restoren ini boleh tahan sedap, dari segi harga berpatutan juga, jumlah semua makanan yang di order RM68 sahaja termasuk minuman. Owner restoren ni sangat peramah, masuk je kedai terus di beri salam, bagus betul. Jika anda tak pernah rasa lagi mentarang boleh datang cuba di sini ya.

Alamat: 
Pasir Panjang, 45400 Sekinchan, Selangor.
Waktu Operasi:
9.00 pagi hingga 8.00 malam
Kemudahan : Parking


RESTOREN LEMBAH BERNAM

Selesai makan di Restoren Faridah, kami gerak ke Restoren Lembah Bernam, nak cuba daging landak pula. Nasib kami baik sebab daging landak masih ada lagi. Disebabkan kekenyangan, kami hanya order lauk sahaja. Kami order daging landak masak rendang dan rusa masak black pepper sahaja.

Rendang Landak. Sedap kot rendang ni.

Rusa Blackpepper.

Setelah merasa kedua-dua lauk di atas, saya membuat kesimpulan bahawa makanan di sini sedap. Rendang landak tu memang sedap, kalau makan dengan ketupat syok tu. Rusa blackpepper pun sedap, dapat makan dengan nasi putih memang padu. Tapi disebabkan kekenyangan tak dapatlah nak makan gitu kan. 
Dari segi rasa daging, mengikut komen dari mak saya, daging landak teksturnya lagi halus dari daging lembu/kambing manakala daging rusa teksturnya juga halus tapi tak sehalus landak.
Dari segi harga, daging landak memang agak mahal, 200 gram RM24, daging rusa murah sikit, 200 gram RM16.
Pokoknya saya rekemen untuk makan di restoren Ini.

Alamat:
Jalan Main Canal, Tali Air 9, Sekinchan, Pasir Panjang, Selangor.
Waktu Operasi:
11.00 pagi hingga 5.00 petang
Kemudahan : Parking


CENDOL BAKAR KUALA SELANGOR

Selesai makan tengahari, kami cari makanan ringan pula (dessert). Jadi kami pun singgah ke Cendol Bakar, lokasinya berdekatan sahaja dengan Bukit Melawati. Mula-mula kami ingat nak naik Bukit Melawati baru singgah makan cendol, tapi tengok ramai sangat orang beratur, terus batalkan niat. 

Rasa cendol bakar ni memang sedap, lemak santan tu memang terasa tambah pula dengan gula melaka yang di bakar..padu! Kat sini kalau anda malas nak turun kereta makan kat kedai boleh juga beli 'drive-thru'. Wow!

Ada macam-macam jenis cendol yang dijual kat sini. Cendol biasa (RM2), Cendol VIP (RM2.50), Cendol VVIP (RM3), Cendol Tapai (RM3.50), Cendol Pulut Tapai (RM3.50), Cendol Durian (RM4), Cendol Durian Pulut (RM4.50)
Selain cendol kat sini ada juga jual makanan ringan lain seperti keropok lekor, pisang goreng cheese, otak-otak, sata dsb.

Cendol bakat special

Alamat: 
Lot 170, Batu 25 1/4, Jalan Klang, Kampung Assam Jawa, 45700 Kuala Selangor, Selangor.
Waktu Operasi:
Isnin hingga Jumaat - 11.00 pagi hingga 9.00 malam
Sabtu dan Ahad - 11.00 pagi hingga 7.00 malam
Kemudahan : Parking, Drive-thru

Sekian perkongsian kali ini. Jika anda melawat / bercuti ke Kuala Selangor jangan lupa cuba makanan di atas ya ^^


No comments:

Post a Comment