![]() |
31.08.18 |
Dua minggu sudah berlalu hari Kemerdekaan.
Rasanya belum terlambat untuk saya mengucapkan
"SELAMAT MENYAMBUT HARI KEMERDEKAAN YANG KE-61"
Rasanya belum terlambat untuk saya mengucapkan
"SELAMAT MENYAMBUT HARI KEMERDEKAAN YANG KE-61"
Tahun ini macam biasa saya tiada perancangan untuk bercuti seperti tahun-tahun sebelumnya. Bukan apa, ramai sangat orang nanti bersesak-sesak, baik duduk rumah layan Netflix, huhu.
Tanggal 29 Ogos, tiba-tiba kawan ajak keluar lepak pada hari Merdeka. Saya ON sahaja, janji bukan kawasan orang sambut Merdeka la..hehe
Ding dong ding dong, kawan ajak pergi berkelah kat Hutan Lipur Lentang. Best juga kan, kat situ tempat nya tak ramai orang dan tenang, bolehlah layan lagu 90-an sambil baring kan.
Kami gerak dalam jam 10.00 pagi dari KL. Gerak dari rumah je jam 10.00, belum kira singgah gerai beli makanan, sempat juga singgah McD & KFC. Hehe. Tapau makanan untuk piknik nanti. Dah siap beli makanan semua, kami gerak dalam jam 11.00 lebih / 12.00 juga kami sampai kat sana.
Bayaran masuk adalah percuma, tapi parking kereta yang dikenakan ialah RM4.00 / kereta. Okay lah tu bahagi dua baru RM2.00 seorang. Dekat sini memang best nak beristirehat / lepak sebab kat sini tak ramai sangat orang. Bahagian bawah agak ramai sebab biasa keluarga yang ada anak-anak kecil yang berkelah di situ.
Bahagian bawah airnya cetek dan tenang, sesuai untuk kanak-kanak bermandi-manda. Bahagian atas pula airnya lebih deras dan banyak batu-batu besar di dalam sungai.
Kami pilih untuk berkelah di bahagian atas sebab nak baring sambil dengar lagu, jadi perlukan privasi sikit. Siap pilih port, kami bentang tikar piknik dan susun siap semua makanan. Sebelum makan tangkap gambar OOTD Merdeka dulu. Hehe.
Lama juga kami lepak di sini, dari jam 12.00 sampai jam 5.00 petang. Bateri phone pun dah hampir habis buka Spotify. Hari tu sebenarnya hujan sikit, nasib baik hujan datang dan pergi (kejap hujan kejap tak hujan). Aktiviti kami hanyalah makan, dengar spotify, borak dan mandi sungai je. Puas.
Ini saya share sikit gambar kat Hutan Lipur Lentang. Maaf tak banyak gambar pemandangan kat sana sebab terlupa nak tangkap banyak sangat barang yang nak dipegang (siap bawa bantal tu yang tak tahan).
![]() |
Inilah port piknik kami, lapang je, sungai kat bawah tu |
![]() |
Sebab Merdeka jadi kena juga beli bendera kat kedai mamak..huhu |
![]() |
Nasi kerabu + teh tarik..aummm |
![]() |
Nampak tak semangat piknik tu, bantal kepala dalam kereta pun dibawa sekali..haha |
![]() |
Tenang je tengok kehijauan pokok-pokok masa baring kat sini |
![]() |
Sungai kat bawah tu je..sejuk sangat air masa ni |
![]() |
Best woo baring kat sini |
![]() |
OOTD sikit |
![]() |
Cantik pula port ni |
![]() |
Batu-batuan |
Sekian sahaja perkongsian hari cuti Merdeka saya.
Ini alamat dan maklumat berkenaan Hutan Lipur Lentang.
Alamat:
Karak Expressway, Lentang, Bentong, Pahang - waze Lentang Forest Reserve
Karak Expressway, Lentang, Bentong, Pahang - waze Lentang Forest Reserve
(Sejam / lebih sikit jika gerak dari KL)
Waktu Operasi: 8 pagi - 5 petang
Bayaran masuk: Percuma
Bayaran Parking: RM4
No comments:
Post a comment