Saturday, 15 September 2018

TAHUN MELAWAT PERAK 2018 - TRIP BAJET

06.09.18

Assalamualaikum
Beberapa bulan lepas saya ada kongsikan trip bajet ke Kuala Selangor, kali ini tempat pilihan saya adalah Perak! Sempena tahun melawat perak 2018, saya decide untuk ke Tapah-Kampar-Gopeng-Ipoh.
Fuhh! Semuanya nak dilawat dalam masa sehari sahaja. Maklumlah ini adalah 'day trip'.
Part yang paling best adalah perbelanjaan keseluruhan adalah kurang dari RM100 ^^

Kami berempat gerak dari Klang pada jam 7.45 pagi (lambat 45 minit dari rancangan asal) dan perjalanan makan masa dua jam lebih sebab jam (cuti 4 hari sederet, ramai yang balik kampung...uhuu). Dalam jam 10.30 pagi kami baru tiba ke destinasi pertama kami di Tapah, Perak. Info lanjut jom baca di bawah ini.

Berikut merupakan tempat yang dilawati oleh kami berempat.


HUTAN LIPUR KUALA WOH, TAPAH
Alamat : Hutan Lipur Kuala Woh, 35000 Tapah, Perak
Waktu Operasi : 7 pagi hingga 6 petang
Tiket masuk : RM1 / seorang
Parking : Percuma

Ini merupakan destinasi pertama kami kerana kami ingin berkelah di sini. Rancangan asalnya kami patut tiba di sini jam 9.00 pagi tapi jam 10.30 pagi baru tiba. Masing-masing perut memang dah lapar sangat, disebabkan terlalu lapar kami makan bekal kami sikit dalam kereta. Hehe. Sekarang nak sambung makan di sini.

Kawasan di sini agak luas, banyak juga pondok-pondok yang disediakan untuk kemudahan pengunjung yang ingin berkelah di sini. Air sungainya jernih, dan arus tidak deras. Sesuai untuk bermandi-mandi. Udara pun segar, kawasan bersih sejuk je mata memandang.

Siap pilih port kami bentang tikar Upin Ipin kami dan susun semua makanan. Siap ber'wefie' kami terus makan. Hehe. Lapar sangat dah. Kami duduk sini dalam dua jam juga (makan dan bergambar). 

Tikar upin ipin pon bolehlah..huhu

Meriah dengan makanan..haha
Matahari tegak masa ni..tapi gambar kat jambatan gantung perlu ambil juga

Bestnya kalau dapat mandi kat sini

Group photo

Masa ni semua tak tahu nak buat gaya apa, saya sebagai photogrpaher yang
 tak bertauliah haruslah memberi direction pada mereka..huhu

Batu-batuan sungai

Galeri Perhutanan Hutan Lipur Kuala Woh. Tutup waktu ini.

Bangunan cantik, ala-ala British kolonial gitu

Sungai yang jernih

Inilah tempat kami berkelah..betul-betul sebelah jambatan gantung


DISNEY AVENUE, KAMPAR
Tiket masuk : Tiada
Parking : Percuma

Dah kenyang makan dan siap selfie bagai, kami bergerak pula ke destinasi seterusnya iaitu Disney Avenue di bandar Kampar. Dengar nama sahaja mesti dah dapat agak apa yang ada kat sana kan?
Kami datang ke sini hanya untuk bergambar sahaja. Sebab bangunan disini memang cantik, berkonsepkan disney memang sesuai sangat dengan nama yang diberi.
Di sini masih tidak terlalu ramai orang sebab kedai-kedai disini kebanyakkan masih kosong. Eloklah sementara tak ramai ni lah sesuai untuk bergambar barulah tiada 'photoboom'. 

Kami di sini dalam sejam sahaja. Cuaca masa tu hujan renyai-renyai, oklah masih boleh tangkap gambar cuma langit tak biru. Sedih sikit.

Don't look back, you'll miss what in front of you ^^

Ini alamat tempat ni ya kawan-kawan

Semua kafe tutup hari tu, jadi bergambar dengan kerusi sahajalah

Cantik pula angle ni

Kafe Beauty and the Beast

Malificent dessert cafe!

Comel sangat warna kedai ni

Gelagat pengunjung-pengunjung di Disney Avenue ;P


GAHARU TEA VALLEY, GOPENG
Alamat : Jalan Sungai Itek, 31500 Gopeng, Perak
Waktu Operasi : 9 pagi hingga 6 petang (Selasa cuti)
Tiket tour : RM10 seorang (Van tour)

Selesai sesi photoshot di Kampar, kami gerak pula ke Gopeng. Ini yang dinanti-nantikan oleh saya untuk trip kali ini, melawat ladang teh. Tak mampu sampai ke Cameron musim-musim cuti ni, kat sini pun ada juga. 
Di sini tak ramai sangat pengunjung, tempat nya lengang je, mungkin sebab baru lagi beroperasi. Ladang teh ini mula dibuka kepada pengunjung pada tahun 2012. Baru 6 tahun, jadi tak ramai lagi yang tahu tempat ini. Tempat-tempat macam ini lah yang saya suka pergi, tak ramai orang, tempat masih cantik, bersih dan dijaga rapi. Nak bergambar pun senang. Hehe.

Lagi maklumat terperinci mengenai ladang teh ini tekan link ini (will update soon)

Gerbang Gaharu Tea Valley

Bayar RM10 dapat free 1 paket teh gaharu + van tour (berbaloi)

1st Point : View point
Cantik sangat pemandangan

Layan angin sepoi-sepoi bahasa kat sini

Nampak macam lukisan pula..i'm in love

Nampak tak yang bulat-bulat tu adalah buah gaharu..1st time kami tengok

2nd point: Hugging Park...kenapa nama hugging park?
Sebab kat sini banyak lukisan di pokok-pokok gaharu yang
bertujuan untuk pengunjung bergambar sambil memeluk pokok gaharu

Kerenah orang yang lahir tahun ular..layankan je..huhu

3rd Point : Lover's Park
Ini adalah dua pokok yang seakan bergabung
dimana kedua-duanya berusia 200 tahun

Colorful LOVE..hehe

Kafe di Gaharu Tea Valley

Last sekali jangan lupa makan aiskrim teh kat sini ya.
Serius sedap!



GREENTOWN DIM SUM CAFE, IPOH
Alamat : 10, Persiaran Greentown 4, Pusat Perdagangan Greentown, 30450 Menglembu, Perak.

Mengikut rancangan asal, kami sepatutnya ingin melawat ke Kellie's Castle, tetapi disebabkan delay lebih sejam dari jadual asal, kami tak sempat melawat ke sana. Tetapi rancangan untuk ke Ipoh tetap diteruskan. 
Disebabkan saya mengidam nak makan dimsum, saya pujuk kawan untuk datang makan disini. Sebab apa? Dimsum kat sini murah dan sedap! Kalau compare dengan Dolly Dim Sum, harga kat sini 50% - 60 % murah dari sana.

Kami order 7 mangkuk dimsum dan 1 pinggan kecil nasi pulut. Jumlah yang perlu dibayar hanya RM64 sahaja. Jika anda singgah ke Ipoh, restoren ini wajib cuba ya. Sangat-sangat disyorkan.

Macam-macam dimsum kami order,
tapi yang paling sedap dimsum udang+ telur masin. Aihh terliur pula..
My favourite..dimsum telur masin

My 2nd favourite! Rasa macam mochi sikit


Selesai sudah perjalanan kami ke Perak. 
Jumlah perbelanjaan seorang untuk trip kali ini adalah :-

Petrol & Tol : RM29.50 (RM118 / 4 orang)
(Perjalanan dari Klang - Tapah - Gopeng - Ipoh - Klang)
Makan : RM22.50 (RM90 / 4 orang)
(Sarapan, makan tenghari dan minum petang kami bawa bekal dari rumah)
Tiket masuk & parking : RM11.00

JUMLAH : RM62.00

Jika anda ada bajet lebih, saya syorkan untuk bermalam sehari di Ipoh, mungkin tambah bajet dalam RM50-70 sahaja lagi. Keesokan harinya boleh melawat bandar Ipoh pula. InsyaAllah nanti saya buat post berkenaan Trip ke Ipoh pula ya ^^







No comments:

Post a Comment