Thursday, 11 October 2018

LADANG TEH GAHARU DI GOPENG ?!

06.09.18

Hai, sebelum ini saya ada post berkenaan trip saya ke Perak. Untuk post kali ini saya ingin fokus pada satu tempat sahaja iaitu Ladang Teh Gaharu (Gaharu Tea Valley) yang terletak di bandar Gopeng negeri Perak. Ladang teh ini hanya memakan masa dalam 30 minit dari bandar Kampar dan 40 minit dari bandar Ipoh. Jika anda bercadang untuk bercuti di Ipoh mungkin boleh masukkan sekali lokasi ini sebagai salah satu tempat lawatan.

Apa yang menarik di sini ? 
Nama pun ladang teh, semestinya ada teh kan..hihi..tapi ladang teh disini tidak sama seperti di Cameron Highland. Pada mulanya saya fikir lebih kurang sama di Cameron rupanya di sini mereka tanam pokok Gaharu dan daun dari pokok gaharu akan diproses untuk menjadi teh gaharu. Baru tahu daun pokok gaharu pun boleh buat teh, noob pula rasa diri.

Sebenarnya setiap bahagian pokok ini boleh digunakan, dimana bahagian batangnya boleh digunakan sebagai minyak wangi, buahnya pula boleh digunakan sebagai ubat (migrain, kanser dan lain-lain) dan daunnya boleh dibuat teh. Banyak sungguh kegunaan pokok ini. 

Ladang ini terletak di Kg Itek, memang perlu masuk kampung baru jumpa gerbang ladang teh ini. Tak susah pun nak jumpa, waze sahaja pasti jumpa. Hehe. Bayaran masuk percuma sahaja, tapi nak berjalan-jalan di sini nak tak nak kena ambil tour van di sini sebab sini kawasan berbukit, tak larat kami nak daki dengan cuaca yang panas lagi. Bayaran van hanya RM10 dan akan diberi percuma sebungkus teh gaharu.


Ladang teh ini terletak di Kampung Itek

Jalan dalam 1 km dari pintu gerbang Kg Itek nanti akan nampak pintu gerbang ini pula

Van tour tiket

View dari dalam van. Tour guide sedang memberikan keterangan mengenai ladang ini

Wefie dalam van

Di sini terdapat 3 poin untuk pengunjung melawat. poin pertama adalah "View Point", poin kedua pula "Hugging Park" dan poin terakhir ialah "Lover's Park". Rasanya memang tak rugi bayar RM10.


Poin 1 : View Point
Di sini anda akan disajikan dengan pemandangan yang indah ladang teh ini. Terdapat beratus pokok gaharu menghijau yg di tanam di kawasan berbukit ini. Kalau cuaca cerah masa tu, memang cantik sangat pemandangan langit yang membiru dan pokok yang menghijau. Terbaik!
Kat sini selfie / wefie lah sepuas-puasnya. Dah dapat gambar cun, anda boleh tunggu next van sampai untuk ke poin seterusnya. Lupa pula, kalau rasa nak lepak sekejap kat sini pun okay sebab angin sepoi-sepoi bahasa memang best dan terdapat juga kerusi & meja disediakan disini.

So green..LOVE

Bergambar di point pertama. Tiada orang masa ini. Syokk!

Cantk sangat pemandangan

Bestnya angin~

Poin 2 : Hugging Park
Kenapa tiba-tiba ada hugging park kat sini kan. Rupanya taman ini dibuat untuk pengunjung untuk memeluk pokok-pokok disini. Apakah ? Hihi..ofcos la peluk dengan sebab kan. Pokok-pokok di taman ini telah dilukis dengan gambar-gambar binatang, tak nak peluk pun terasa nak peluk sebab comel sangat. Macam-macam binatang ada, pilihlah mana yang anda berkenan. Habis cerita.
Selain itu, terdapat juga ikan-ikan koi dan kura-kura di sini. Udara disini pun segar. Kalau ada jual jajan / minuman best sikit nak lepak sebab nyamuk langsung tiada.

Dah sampai ke point kedua

Mohon peluk sepuas-puasnya..hehe

Ular~
tapir

Ada kura-kura juga kat sini

Buah gaharu

Fokus 

Terima kasih pakcik sungguh-sungguh nak kami lihat buah ni secara dekat

Taraa..ada dua biji sahaja dalam buah gaharu ni

Poin 3 : Lover's Park
Lepas Hug, kita Love-love pula. Di bawah saya sertakan gambar sejarah / summary taman ini. Bacalah sendiri ya. Hihi.
Disini terdapat sepasang pokok yang berusia melebihi 200 tahun. Besar dan tua dah pokok ini. Pokok ini kelihatan seperti bersambung macam satu pokok sahaja, tapi jika anda perhatikan rupanya ada dua pokok. Rasanya sebab inilah taman ini dinamakan Taman Cinta. Logik tak ?
Tadi di poin dua ada ikan, tapi kat sini lagi banyak ikannya. Masa kami datang disini terdapat onstruction nampak macam nak buat kolam tapi tak pasti betul ke tak.

Point yang ketiga ^^
Pokok cinta yang berusia 200 tahun

Serius banyak betul ikan kat kolam ini

Kat sini cantik tangkap group picture..colorful

Sudah puas berjalan, last sekali kita singgah pula ke kedai teh gaharu ini. Dapat minum teh percuma. Boleh refill banyak kali kalau nak. Itu yang best. Saya sebagai peminat teh (tak minat kopi), teh gaharu ini memang sedap. Tak payah letak gula pun dah ada rasa manis. Sedap. Tapi harga teh mereka jual ni boleh tahan mahal juga. Sebab trip bajet, jadi tak belilah teh kat sini. Minum yang free cukuplah.

Kami sempat lepak disini minum dan makan sandwich (bekalan makan tengahari) dan makan aiskrim teh kat sini. Angin sepoi-sepoi masa ini, sedaplah nak berehat kat situ. Jika anda datang sini, mohon cuba aiskrim teh tu ya, sedap sangat! Harga RM3 jika tak silap. Kopi dan teh panas ada juga dijual di kafe ini, harga dalam RM3-5 secawan.

Dah siap meneroka, silalah singgah kafe kat sini

Berehat kejap sambil minum teh

Inilah set yang paling mahal yang dijual disini..Sudi-sudilah melabur RM1k..huhu

Wajib cuba aiskrim teh ini, sedap sangat

Hehe..sempat minum petang kat sini sambil makan bekal

Teh buah gaharu original. Pahit sikit tapi oklah

Sekian sahaja celoteh kali ini. Bagi sesiapa yang teringin nak pergi saya sertakan maklumat berkenaan tempat ini dibawah.

Alamat:
Jalan Sungai Itek, 31600, Gopeng, Perak.
Waktu operasi:
9.15 pagi - 6.00 petang (Khamis cuti)
Bayaran van : RM10









No comments:

Post a Comment