Wednesday, 13 March 2019

MISI MENCARI RAMA-RAMA - ENTOPIA, PENANG


Assalamualaikum ^^
Seteleh lama menyepi, saya kembali untuk menulis. Ikutkan mood menulis masih belum tiba, tapi dah berbulan-bulan lamanya tak menulis ni sampai dah masuk tahun 2019 dah. Haha.

Kali ini saya ingin fokus pada satu tempat menarik di Penang iaitu Entopia.
Entopia dahulunya dikenali sebagai Taman Rama-Rama Pulau Penang dan telah ditukar namanya pada 2hb Mei 2016. Misi Entopia adalah ingin memberi isnpirasi kepada orang orang umum untuk bersatu semula dengan alam semulajadi melalui detik-detik keajaiban di Entopia.
(sumber dari: www.entopia.com)

Saya sebenarnya tak sabar nak ke sini sebab dah lama sangat tak tangkap gambar serangga. Kali terakhir tangkap tahun lepas masa di Jepun. Adoi lama sangat dah tu. Rindu!
Kami gerak dari Klang jam 4.00 pagi tepat, dalam jam 8.30 pagi dah sampai Penang (sempat singgah solat dan isi minyak di pertengahn jalan. Ding dong! Ding dong! cari kedai untuk sarapan dulu, singgah tangkap gambar OOTD kejap, dalam jam 10.00 pagi baru kami gerak ke Entopia. Dari Georgetown ke Entopia (di Teluk Bahang) mengambil masa dala, 30-35 minit juga sebab jalan banyak trafiic light dan berselekoh. Nak dekat jam 11.00 pagi baru kami sampai.

Cuaca kat Penang ni tak yah cakaplah, jam 8.00 pagi matahari dah tegak, uihhh panaihhh litlit kot. Entopia ini ada 2 bahagian iaitu Natureland (outdoor) dan Cocoon (indoor). Masa masuk memang akan tiba di bahagian outdoor dahulu. Bahagian inilah terdapatnya banyak rama-rama. Wahh siapa peminat rama-rama mesti rasa teruja tengok segerombolan rama-rama di sini.

Jika dibandingkan Entopia dan Taman Rama-Rama di KL, memang kalah teruklah di KL. Selain rama-rama terdapat juga serangga lain seperti labah-labah, kala jengking, ulat gonggok dan pepatung.
Di sini juga terdapat haiwan reptillia seperti ular, mengkarung dan kura-kura. Kawasan di sini memang bersih dan berbau segar (bau alam semulajadi). Gerbang dan hiasan dalaman juga cantik. Sesuai untuk OOTD. lol. Okay cakap banyak pun tak guna, jom layan gambar rama-rama ni dulu.

My favourite butterfly for that day!

Cantik sangat warna biru kundang rama-rama ni

Orangeeeee!

Stress tak dapat fokus sharp kat mata dia T_T

All time favourite - black!

Pastel blue <3

Geram je tengok dia dikelilingi rama-rama. Lainkali datang sini kena bawa madu!
Mengkarung kan ni? haha

Untunglah..huhu

Ada 2 air terjun kecil di sini


Pemandangan dari tingkat atas

Dalam sejam lebih juga kami di bahagian outdoor. Letih juga sebab sibuk tangkap gambar bagai. Hihi. Dah puas di bahagian luar kami teruskan perjalanan ke bahagian Cocoon pula. Disini lebih fokus kepada konsep pameran pendidikan mengenai dunia serangga dan invertebrata. Terdapat dua tingkat disini dan terdapat beberapa bahagian di sini seperti Pandora Forest, Metamorphosis, Cinerama & Breeding Ground, Downtown Entopia dan lain-lain lagi. Memang banya maklumat disediakan di sini, jika datang untuk study memang lama juga lah duduk dalam ni.

Sini bahagian Downtown Entopia. Cantik sangat!
  
Bahagian paling best, lampu LED kat lorong ni akan tukar macam2 color


Sini bahagian metamorphosis, adalah info2 yang ditulis kat sini, tapi tak de la sis baca..haha
Ini ulat beluncas gergasi
Kawasan istirehat sambil makan aiskrim
Tak berbaloi betul beli asikrim ni, harga mahal lepastu sikit pula tu, dah sikit senget pula..hahaha
We are done!


Kesimpulannya, tak rugi datang sini walaupun harga tiket masuk mahal, tapi berbaloi lah. Sekali sekala apa salahnya.


Maklumat berkenaan Entopia.

Alamat:-
No 830, Jalan Teluk Bahang, Teluk Bahang, 11050, Pulau Pinang.

Waktu operasi :-
Dibuka setiap hari, jam 9.00 pagi hingga 6.00 petang

Harga tiket :-
Dewasa : Standart RM65, Mykad RM49
Kanak-kanak : Standart RM45, Mykad RM29
Warga emas (60 tahun ke atas) : Standart RM45, Mykad RM29

Promosi :-
http://www.entopia.com/plan-your-visit/online-ticketing

Map Entopia





No comments:

Post a Comment