Thursday, 14 March 2019

TRIP THAILAND 2019 - BUDGET & TEMPAT DILAWATI

01.01.19 - 05.01.19

Assalamualaikum semua.
Sudah tiba masanya untuk saya qada' segala entry yang tertunda akibat kemalasan dan tiada mood untuk menulis. Sekarang mood dah datang semula, jadi marilah ~

Kali ini saya akan menulis tentang trip New Year 2019 saya ke Thailand. Trip kali ini agak adventure juga memandangkan dalam masa 5 hari kami nak redah 4 kawasan di Thailand. Bayangkan sehari satu tempat, masak wehh..haha.

Trip kali ini juga agak special sebab ini merupakan kali pertama saya berjalan bersama-sama dengan rakan kenalan dari FB. Nervous dan risau juga sebab saya ini jenis introvert sikit, risau tak dapat blend in je nanti. Alhamdullillah mereka semua okay dan baik. Problem settle!
Us ^^

Macam biasa saya akan mulakan dengan BAJET sepanjang 5 hari 4 malam di bumi Thailand, kemudian saya akan senaraikan tempat-tempat yang saya lawati.


BAJET
*Nota kaki : Kami pergi berempat. Bajet dibawah ini sudah siap bahagi 4 orang. Harap maklum.

TIKET PENERBANGAN
Klia2 ke Bangkok - RM164.00 (ada offer AA masa ni)


PENGANGKUTAN DI THAILAND

BANGKOK
Grab / Taxi / Songtheaw - RM38.00 (~300 bhat)
Bus (pergi balik Maeklong Railway Stn - RM23.00 (~180 bhat)

PAK CHONG
Grab - RM12.00 (~95 bhat)
Taxi Rental (sekali driver) - RM63.90 sehari (~500 bhat)
*dapat free air mineral seharian
Kami bersama owner teksi, namanya Cofi (xtaula betul ke ejaan)
Van (Mo chit bus stn ke Pakchong) - RM24.50 (~192 bhat)
Bus (Pakchong ke Hua Hin Stn - RM38.00 (~300 bhat)

HUA HIN
Taxi Rental (sekali driver) - RM48 (~350 bhat)
Sleeping train (Hua Hin ke Hatyai) - RM106.50 (beli online)
*Nota kaki :  Tiket tren boleh dibeli di website ini : www.railway.co.th

HATYAI
Grab / Tuk tuk - RM52 (~406 bhat)
Bus (Hatyai ke KL) - RM75 (beli online)
*Nota kaki :  Tiket bus boleh dibeli di website ini : www.busonlineticket.com

JUMLAH : RM480.90


GUESTHOUSE / HOSTEL

BANGKOK
The Mixx Hostel - RM18 (~140 bhat)

HATYAI
Hatyai Dee Hostel - RM38 (~300 bhat)

JUMLAH - RM56.00


MAKANAN

BANGKOK
Makan malam - Nasi goreng udang + telur mata - RM8.50 (~66 bhat)

PAKCHONG
Sarapan - Roti dan Mineral - RM6.50 (~50 bhat)
Makan Tengahari - Pulut Ayam - RM7.80 (~60 bhat)


Makan Malam - Buah & Penkek Thailand - RM5 (~40 bhat)

HUA HIN
Sarapan - Air buah - RM2.50 (~20 bhat)
Makan Tengahari - Tomyam + Nasi + Telur mata - RM17 (~130 bhat)

Makan Malam - Nasi Goreng + Pad thai + Air - RM20.50 (~160 bhat)


HATYAI
Sarapan - Chabura Dimsum - RM25 (~190 bhat)


Makan Tengahari - Khlong hae market- RM6.50 (~50 bhat)

Makan Malam - Night Market - RM6.50 (~50 bhat)

Sarapan - Hostel Restaurant - RM15 (~110 bhat)

Makan Tengahari - Jajan - RM20

JUMLAH - RM140.80


HARGA TIKET MASUK

BANGKOK
Asiatique Sky Ferris Wheel - RM52 (~400 bhat)

PAKCHONG
Rai Maneesorn Sunflower Farm - RM2.50 (~20 bhat)
Primo Piazza - RM25.50 (~200 bhat)
The Bloom - RM25.50 (~199 bhat)

HUA HIN
Venezia - RM38 (~299 bhat)
Santorini Park - RM20 (~150 bhat)
Swiss Sheep Farm - RM20 (~150 bhat)

JUMLAH - RM183.50


SIMKAD
5 hari - RM13 (~100 bhat)

RINGKASAN
Pengangkutan - RM644.90
Tempat Tinggal - RM56.00
Makanan - RM140.80
Tiket masuk - RM183.50
Simkad - RM13.00

JUMLAH KESELURUHAN - RM1,038.20


SENARAI TEMPAT YANG DILAWATI

BANGKOK

Maeklong Railway Market
(Rating: 4 bintang)
*Kalau datang sini pastikan anda check dahulu waktu tren berlepas / tiba di stesen ni. Jika tidak rugi tak dapat saksikan keadaan sewaktu tren lalu di kawasan tapak jualan disini. Ini merupakan pengalaman yang menarik bagi saya. Sekali seumur hidup cukuplah. Haha.
Ini stesen Maeklong. Disini ada gerai-gerai makanan jika anda lapar boleh singgah makan.

Tren otw ke stesen Maeklong

OOTD dulu sementara menunggu tren tiba

Antara gerai yang terdapat di sini

Happy nya tengok anak beranak ni. Hihi.


Khao San Road
(Rating : 2 bintang)
*Sini terdapat banyak bar dan restaurant, agak ramai Mat Salleh akan lepak dan minum2 disini. Disini juga agak merbahaya sikit, jadi untuk kaum wanita diluar sana hati-hati jika jalan disini terutamanya pada waktu lewat malam.
Waktu awal pagi pun dah ramai orang disini


Asiatique
(Rating : 3.5 bintang)
*Sini memang best kalau nak lepak-lepak dengan kawan-kawan, nak membeli-belah souvenier pun boleh juga, harga tak adalah mahal sangat disini. Saya cadangkan datang sini waktu malam sebab memang cantik dengan lampu-lampu yang menghiasi di setiap lorong & kedai-kedai. Disini juga terdapat banyak jual makanan / minuman hipster. 
Kami berempat naik ferris wheel tu. Yehuu!


Happening


Cantik lampu-lampu disni


PAK CHONG

Rai Maneesorn Sunflower Farm
(Rating : 4.5 bintang)
*Misi utama untuk trip kali ini tentunya mengejar 'Sunflower'. Disebabkan masa tak cukup, kami tak sempat singgah Lopburi untuk melawat ladang sunflower kat sana, tapi misi harus diteruskan, so kami decide untuk ke sini sahaja. Serius besar ladang sunflower disini, cuma bunganya tak tinggi sangat seperti di Lopburi. Tapi misi tercapai, sis Puas! Haha.

Serius luas sangat kat sini

Adudu comeyy nya dia..haha

Primo Piazza
(Rating : 3.5 bintang)
*Sini memang cantik bangunan dia, semuanya style Italy, memang sesuai sangat nak bergambar OOTD. Lagi satu, akhirnya dapat juga saya jumpa Alpaca berbulus, my favourite animal. Dulu pergi di Jepun Alpaca nya dah togel, haha. Sadis. 
Terik juga cuaca masa ni, tapi angin sepoi-sepoi bahasa la

Ada taman juga disini
Comeyyy tunjuk gigi

Tiket masuk akan dapat kupon diskaun untuk aiskrim, jadi kenalah beli kan


The Bloom
(Rating : 3.5 bintang)
*Rasanya kami salah datang musim, jadi agak sendu sikit di sini, tapi masih ada banyak bunga-bunga. Kami datang pun dah petang, tambah penat lagi, rasa dah tak larat dah nak bergambar. Haha. Di sini macam kurang maintanance, jadi ada sesetengah tempat macam sedikit serabut.
Hampir senja waktu ni, cantik langit


Fefeeling je la bila sampai sini kan

Favourite flowers!

Lagi spot untuk bergambar




Beli tiket dapat sekali air free


Pak Chong Night Market
(Rating : 3 bintang)
*Night market disini kecil sahaja. Disini terdapat jual makanan, baju, aksesori dan macam-macam lagi. Saya sempat lagi shopping beli sweater & beg duit. Haha.


HUA HIN

Hua Hin Station
(Rating : 4 bintang)
*Stesen ni memang cantik dan unik. Wajib singgah kalau ke Hua Hin ok!




Mecardo de Plearnwarn
(Rating : 3 bintang)
*Tempat menarik untuk OOTD dan chill bersama family / friends. Harga makanan agak mahal disini.
Ada merry go round la..hihi

Old skol

Pemandangan dari tingkat atas

Datang sini pagi-pagi sendu sikit sebab tak ada orang datang lagi..haha

My favourite color!

Venezia
(Rating : 3.5 bintang)
*Tiket masuk agak mahal, tapi tempat agak luas untuk berjalan jadi berbaloi juga bayar mahal. Disini bangunan memang berkonsepkan venezia, memang cantik! Tak dapat ke Venezia betul pun tak apa, sini pun boleh. Haha.
Bole la fe feeling Venezia masa naik bot ni..haha



Art museum pun ada dalam ni



Upside down museum pun ada juga

Santorini Park
(Rating : 3.5 bintang)
*Disini terdapat banyak outlet brand untuk anda-anda yang ingin shopping. Harganya saya pun tak tahu murah atau mahal sebab jarang beli barang branded, selalu shopping shoppee je. Haha. 
Muka tidak bersedia

Bahagian luar bangunan ini

Perfect place for OOTD :P


Swiss Sheep Farm
(Rating : 3 bintang)
*Datang sini buat apa? Tengok kambing lagi la. Haha. Penat dah rasanya tengok kambing dua hari berturut-turut ni. Tapi sini ada baby kambing & biri-biri.Comel sangat-sangat. Ada baby kambing tu sibuk nak gigit tali kasut, tali bag saya. Haha. Selain biri-biri, sini juga ada kuda padi.

Comel je dua ekor ni




HATYAI

Khlong Hae Floating Market
(Rating : 3.5 bintang)
*Ini dah kali ketiga saya jejak ke sini. Seriusly dah bosan. Haha. Bagi sesiapa belum pernah sampai sini, saya rekemen untuk ke sini. Chill chill, lepak-lepak sambil makan & minum.


Masjid Songkhla
(Rating : 3.5 bintang)
*Masjid ni cantik sangat dan agak luas juga. Tapi masjid ni terletak agak jauh dari bandar Hatyai, kalau nak ke sini memang kena naik tuk-tuk atau grab.
Cantik sangat

Masa ni dah tinggal bertiga je sebab lagi sorang dah balik KL. Hehe

Bahagian dalam masjid

Asean Night Bazaar
(Rating : 3.5 bintang)
*Shopping girls! Barang-barang kat sini ada yang murah dan ada yang mahal, kena pandai-pandai cari lah.

Greenway Market
(Rating : 3 bintang)
*Jika nak bandingkan dengan Asean Night Bazaar, sini macam kureng sikit. Barangan & makanan yang dijual lebij kurang sama je seperti di ANB. Tapi kalau ada masa dan tenaga apa salahnya singgah sini, dalam 5-10 minit je jalan kaki dari ANB.

Sekian sahaja untuk entry kali ini. Semoga membantu. Kalau nak tanya apa-apa boleh komen kat sini ya. TQ. XOXO.




2 comments:

  1. Hi awak. Saya nk tnya between khao yai dan hua hin mana yang lebih berbaloi utk dilawati?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hi, bagi saya khao yai sbb kawasannya agak sejuk berbanding hua hin dan lebih byk kwsn cantik untuk dilawat. Jika ingin ke Hua Hin better lawat national park nye sekali baru berbaloi trip tu, kalau setakat melawat kwsn2 utk OOTD mcm xberapa berbaloi sangat.

      Delete