Monday, 15 July 2019

TRIP SANTAI DI IPOH, PERAK - DAY 1

26.01.19

Assalmualaikum semua.
Kali ini saya ingin bercerita mengenai trip saya ke Ipoh, Perak pada Januari 2019 tuari. Kali ni trip santai-santai je dengan kawan-kawan yang dah lama tak jumpa. Rasa lebih 10 tahun kot tak jumpa mereka. Boleh dah buat 10 years challenge patutnya tu. Hihi.

Kami berempat gerak dari KL seawal jam 10 pagi. Perjalanan ambil masa lebih 2 jam juga kerana kami singgah di RnR mengeteh kejap. Dalam jam 12 - 1 petang kami tiba di bandar Ipoh. Benda pertama yang kami cari pastinya kedai makan. Dah sampai masanya waktu makan tenghari, perut dah berkeroncong dah semua.

Nama pun trip santai, jadi memang masing-masing tak tau nak makan apa, jadi google lah jawapannya. Haha. Setelah google sana sini, kami pun decide nak singgah makan di Restoren Simpang Tiga. Review bagus, so redah je la ke sini.

Restoren ini menyajikan masakan Padang. Jadi nasi & lauk lah. Bagi saya menu yang disajikan boleh tahan menarik dan pelbagai. Daari segi masakannya memang sedap. Cuma harganya agak mahal sebab kami fikirkan menunya lebih kurang sama dengan nasi berlauk tapi harganya dua kali ganda mahal. So macam tak berbaloi pun ada juga. Haha.

Menunggu hidangan dengan penuh sabar

Juadah hari ini ^^

Selesai isi perut masing-masing, kami teruskan perjalanan ke destinasi seterusnya iaitu Gunung Lang. Ini kali kedua saya datang ke sini. Kawasan sini memang cantik, tasik dan pohon-pohon menghijau memang sejuk mata memandang. Untuk masuk ke taman ni unik sikit, kena naik bot melintasi tasik, adalah dalam 5 minit naik bot, huhu.

Disini terdapat pondok-pondok kecil untuk berteduh atau berkelah dan terdapat juga zoo mini disini. Masa kami datang waktu petang agak ramai juga pengunjung yang datang membawa bekal-bekal makanan untuk berkelah cuma satu je saya nak pesan 'Left nothing but your footprint / fingerprint / buttprint' Haha.

Air tejun buatan di Gunung Lang

Menaiki bot merentasi tasik

Serius cantik!

Sempat lagi OOTD sementara menunggu bot

Us


Destinasi seterusnya, kami decide untuk ke Stesen Keretapi Ipoh. Alang-alang KTM ni sebelah Masjid eloklah sebab memang nak singgah untuk solat jamak. Stesen keretapi ini berwarna putih, cantik nampak suci je..haha. Habis pusing-pusing kat sini, kami jalan ke kawasan foodcourt depan Masjid untuk singgah kat Menara Jam sekejap. Tak buat apa pun, tangkap gambar OOTD je. Kekeke~

Lepak sini petang-petang sedap juga

OOTD

Masjid Sultan Idris Shah II

Menara jam di depan Masjid


Kitorang ni jalan je keje, tempat nak tidur malam ni tak fikir lagi. Dah nama pun trip santai, sampai hotel pun tak book lagi. Haha. Kami decide untuk jalan cari hotel sambil buka google map. 

Sempat lagi snap gambar padahal busy cari hotel. Haha

Alang-alang dah lalu kan, kena lah snap satu dua pic :P

Lorong belakang Plan B

In the end, bukan hotel yang kami jumpa tapi gerai laksa (agak popular). Mulanya nak singgah minum je sebab penat jalan kan (padahal baru jalan sikit), bila dah masuk kawasan gerai tu tiba-tiba ternampak 'Laksa Saranghae" dan tengok meja lain makan macam sedap je. Terliur punya pasal, kami pun order 2 mangkuk, makan kongsi-kongsi sebab masing-masing masih kenyang sebenarnya.

Sedap laksa ni!

Selesai makan, kami decide untuk cari hotel naik kereta sahaja. Pergi ke kawasan jauh sikit dari bandar utama. Akhirnya kami decide untuk tinggal kat hotel XXX (lupa nama). Ingatkan dah selesai, tapi ada masalah lagi T_T. Kondisi bilik memang tak memuaskan hati. Bilik kecil utk 4 orang tu satu hal, tapi yang paling penting pintu bilik air tak boleh tutup rapat, like memang tak boleh tutup okay dan memang boleh nampak apa yang berlaku di dalam. Aircond pula x sejuk, peti ais tak boleh guna. Adoii, memang terus kami checkout dari situ dan minta balik duit. Nasib baik dapat balik.

Rancangan asal kami nak makan di Greentown Dimsum Cafe, tapi disebabkan hal tadi, kami tak sempat. Sampai-sampai kedai mereka dah tak terima pelanggan dah. Wuwuwu sedih~
Perut lapar, tak dapat makan dimsum lagi dan banyak kedai dah tutup kat Ipoh jam 9.00 malam.

Tapi kami masih belum putus asa! Kami singgah Gerbang Malam Night Market dengan harapan ada orang jual makanan. Tapi...nan hado. Akhir sekali kami googlemap restoren berdekatan dan jumpa kedai Ipoh Hainan Chicken, jalan kaki 15 minit je, apalagi kami redah je la. Bila sampai kedai tu penuh..aduhh kena menunggu lagi. Terpaksa lah tunggu, nasib baik tak lama.

Isi perut dulu~

In the end jam 10.00 baru dapat makan. Haha. Bersyukur. Selesai makan malam, hotel masih belum ketemu lagi. Sambil menunggu nasi ayam dihidang sempat juga saya cari hotel kat booking.com. Akhirnya kami decide tinggal di Brick Box Hotel. Agak mahal tapi hotel memang cun habis!

Akhirnya, dapat juga rehat. Fuhh!

Selesai hari pertama.

Sambungan hari kedua KLIK SINI